Bakal haji tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH). Rayuan tahun 2024 adalah melalui aplikasi THIJARI.
Sebelum ini untuk tahun sebelumnya, proses rayuan adalah melalui penghantaran surat rayuan haji terus ke kaunter-kaunter cawangan Tabung Haji termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran atau melalui pos.
Senarai Isi Kandungan
Tarikh Dan Permohonan Rayuan Mengerjakan Fardhu Haji Tahun 2024/ 1445H
TERKINI : Melalui pemakluman di Facebook Rasmi Tabung Haji,
Perhatian kepada bakal-bakal haji.
Rayuan haji 1445H/2024M akan dibuka mulai hari Jumaat, 26 Januari 2024. Tiga pengecualian kos penuh akan diberikan kepada rayuan :-
i) Mahram
ii) Pembantu Jemaah Lanjut Usia dan
iii) Pembantu Jemaah Kelainan Upaya (OKU)
Bagi jemaah haji sudah terpilih.
Layari www.thijari.com.my untuk membuat rayuan.
Cara Mohon Rayuan Haji
Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji bagi musim 1445H atau tahun 2024 masihi, anda boleh lakukannya dengan melayari laman THiJARI pada pautan berikut:
- Sila layari Laman Rasmi THiJARI
- Pastikan anda telah register akaun THiJARI
- Log masuk dan klik pada pilihan menu Pekhidmatan Haji
- Seterusnya klik Rayuan Haji
- Klik Permohonan Rayuan Haji dan klik berikutnya
- Baca dengan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji dan klik Saya Faham
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan bakal haji
- Fahami soalan yang diberikan dan pilih ya atau tidak serta klik Akad (Perakuan Istito’ah)
- Klik hantar untuk kemukakan rayuan
- Akhir sekali, muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji
Video Tutorial Proses Rayuan Haji Melalui Aplikasi THiJARI
Seperti dimaklumkan dan untuk tahun 2021, 2022, 2023 & 2024, bakal haji perlu menggunakan aplikasi THIJARI dan tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH).
Maklumat Lanjut Permohonan Rayuan Haji
Sekiranya anda ada kemusykilan atau pertanyaan lanjut tentang permohonan rayuan Haji tahun 2023/1444H, anda boleh terus menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) di talian 03- 6207 1919.
Berikut adalah kos mengerjakan Haji terkini tahun 2024/ 1445H buat panduan semua. Menurut TH, kos untuk jemaah Muassasah pada tahun 2024 akan bertambah sehingga RM33,3000
Jenis Jemaah: Muassasah | Kos Haji (RM) | Tanggungan Kos Haji/ Subsidi (RM) | Bayaran Haji |
---|---|---|---|
1. Kumpulan B40 | RM 33,300 | RM 20,944* | RM 12,356 |
2. Kumpulan M40 | RM 33,300 | RM 14,148 | RM 19,152 |
3. Kumpulan T20 | RM 33,300 | Tiada | RM 33,300 |
4. Kumpulan Rayuan Tunai Haji Luar Giliran | RM 33,300 | Tiada | RM 33,300 |
* Termasuk bantuan Kerajaan Malaysia sebanyak RM1,000
** Tidak tertakluk kepada peraturan pengeluaran visa semasa, jika dikuatkuasakan
SUMBER : Tabung Haji
Semoga perkongsian ini tentang aplikasi THIJARI dapat membantu bakal jemaah Haji untuk membuat rayuan haji tersebut.
Rel : akaun th, membuat permohonan rayuan haji, kerajaan arab saudi, jemaah haji muassasah, terpilih pada tahun semasa, menteri di jabatan perdana menteri, musim haji, untuk menunaikan haji pada tahun,