Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak berumur empat (4) tahun dan ke bawah. Adakah anda ingin menghantar anak menyertai program Anak PERMATA Negara Kementerian Pendidikan Malaysia KPM? Buat yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program Anak PERMATA Negara di pusat anak permata negara di seluruh Malaysia buat rujukan semua.
Buat makluman semua, terdapat banyak Pusat Anak Permata Negara (PAPN) yang terletak di seluruh Malaysia. Bagi kanak-kanak yang ingin menyertai Program Anak PERMATA Negara, mereka akan hadir ke PAPN berhampiran tempat tinggal masing-masing untuk mengikuti Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Program PERMATA Negara KPM Di Pusat Anak PERMATA Negara Di Seluruh Malaysia
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program Anak PERMATA NEGARA yang sebelum ini dikenali sebagai Program GENIUS Negara KPM. Info yang disediakan merangkumi tarikh-tarikh penting, kestimewaan program, syarat kelayakan, serta borang permohonan dan dokumen yang perlu disertakan.
Tarikh-Tarikh Penting Program Anak PERMATA
Tarikh tutup serta tarikh keputusan permohonan dikeluarkan adalah seperti berikut:
- Tarikh Buka Permohonan: 1 Jun 2024
- Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2024
Keistimewaan Program Anak PERMATA Negara
Terdapat banyak kelebihan menyertai program Anak PERMATA negara. Antaranya adalah:
- Ia merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik serta menyeluruh
- Menerapkan kurikulum yang mengintegrasikan asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik secara menyeluruh
- Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
- Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)
- Pendidik yang berkelayakan
Syarat Kelayakan Menyertai Program Anak PERMATA Negara
Untuk menyertai program Anak PERMATA Negara, syarat kelayakan di bawah perlu dipenuhi:
- Anak merupakan warganegara Malaysia
- Anak berusia empat (4) tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000
Cara Memohon
Berikut dikongsikan langkah mudah untuk menghantar permohonan:
- Langkah Pertama: Lengkapkan Borang Permohonan
Borang Permohonan Program Anak PERMATA Negara
Muat turun borang permohonan dan senarai semakan Anak PERMATA Negara di pautan berikut:
Dokumen Penting Permohonan
Sewaktu menghantar permohonan, wajib untuk sertakan dokumen-dokumen penting berikut:
- Salinan surat beranak
- Salinan MyKid anak
- Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
- Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
- Salinan pendapatan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
- Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri)
- Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah
- Langkah Kedua: Hantar borang permohonan lengkap ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) berhampiran
Senarai Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN)
Muat turun Senarai Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di pautan berikut:
Iklan Permohonan
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi butiran berikut:
- No. Telefon: 03-88805151
- Laman Web: Laman Web Rasmi KPM
Semoga perkongsian ini dapat memberikan penerangan kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak ke pusat PERMATA berhampiran. Diharapkan permohonan anda berjaya dan anak-anak anda dapat menyertai Program anak PERMATA yang dimahukan.