Khusus buat pelajar tingkatan tiga yang tertanya-tanya ke manakah hala tuju selepas tamat Tingkatan 3, anda berpeluang untuk memasuki salah satu program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diberi nama Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab. KPM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memasuki program ini bagi ambilan Januari 2023. Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara membuat permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab dan informasi lain yang berkaitan. Maklumat ambilan tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab adalah penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan kitab turath untuk pelajar tahfiz terpilih di peringkat menengah atas. Pelaksanaan program ini adalah untuk memperkasa dan memantapkan KBT dalam arus perdana ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan naqli dan ‘aqli serta ilmu turath. Ianya adalah untuk menyediakan generasi ulama pelapis dan cendekiawan Islam mengikut acuan Malaysia yang menghayati konsep Maqasid Syariah.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab KPM Ambilan Tahun 2023
Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab adalah bertujuan untuk memberi nilai tambah penguasaan ilmu tahfiz dan turath kepada murid Tingkatan 4 dan 5 aliran tahfiz sains telah menjadi matlamat pakej mata pelajaran al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab diperkenalkan.
Pelajar yang terpilih untuk mengikuti al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab ini akan dicadangkan laluan pengajiannya bagi tempoh 12 tahun daripada peringkat menengah atas sehingga peringkat Kedoktoran (PhD) sekiranya mendapat tajaan.
Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2023
Calon yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan di sepanjang tempoh tarikh seperti dinyatakan berikut:
Tarikh Buka : 19 Januari 2023
Tarikh Tutup : 18 Februari 2023
Cara Membuat Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab
Untuk membuat permohonan program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab, calon boleh melakukannya secara atas talian dengan melayari pautan di bawah:
Pendaftaran Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab
NOTA: Sekiranya didapati calon memberikan maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan, pihak KPM akan mengambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran murid.
Syarat Kelayakan Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab
Bagi calon yang berminat untuk memohon, pastikan anda melepasi syarat-syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah:
Calon adalah warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari sesi persekolahan tahun semasa permohonan;
Calon mengambil KBT KPM dari sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri;
Hendaklah lulus ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/ Usul al-Din/al-Syariah dan Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah dan sekurang-kurangnya B dalam Sains dan Matematik
Calon telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk dan mendapat perakuan daripada pihak sekolah;
Calon bakal melalui proses temu duga dengan mengambil kira pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan;
Para calon bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat tingkatan 5.
Semakan Panggilan dan Keputusan Temuduga Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab
Calon yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan status permohonan sama ada berjaya dipanggil untuk temuduga melalui pautan berikut:
Tarikh Semakan: 1 Mac 2023 (Rabu)
Aplikasi Semakan : Semakan Panggilan Temuduga Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab
Calon yang telah menghadiri temuduga pula boleh melihat semakan keputusan temuduga sama ada berjaya mendapat tawaran kemasukan di pautan berikut:
Tarikh Semakan : 20 Mac 2023
Aplikasi Semakan : Semakan Keputusan Tawaran Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi maklumat seperti berikut:
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel : 03-8321 7348/ 019-2335007
Bahagian Pengurusan Imtiaz
Telefon : 09-622 1733
Facebook Rasmi : Yayasan Terengganu
Selamat membuat Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab KPM ambilan tahun 2023. Moga permohonan anda berjaya.