Pendaftaran Murid Ke PraSekolah KPM Secara Online Tahun 2025. Bagaimana cara daftar kemasukan murid ke PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)? Panduan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang berkelayakan untuk kemasukan ke PraSekolah KPM. Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, permohonan Prasekolah KPM untuk sesi persekolahan tahun 2025 akan dibuka pada 1 Mac 2024 sehingga 30 April 2024 (Online). Permohonan bagi tahun 2026 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pendaftaran kemasukan ke PraSekolah 2025 boleh dibuat secara atas talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon. Pendidikan Prasekolah adalah satu program pendidikan yang menyediakan pengalaman pembelajaran untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.
Senarai Isi Kandungan
Pendaftaran PraSekolah KPM 2025 Secara Online Melalui Aplikasi e-Prasekolah
Pendidikan prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah.
Permohonan PraSekolah 2025 KPM
Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat application PraSekolah KPM tahun 2025 secara online dan manual. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan, boleh memohon.
Syarat Kelayakan Memohon PraSekolah KPM
- Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
- Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 sehingga 15 Januari 2021
- Pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah
i) E-Prasekolah Online
Kaedah pertama permohonan adalah melalui pendaftaran secara atas talian. Permohonan boleh mengakses laman sesawang ePraSekolah melalui pautan berikut :-
- Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu
- Applikasi Permohonan : https://eprasekolah.moe.gov.my
- Manual Pengguna : E-Prasekolah Ibu Bapa
Nota Penting
- Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran
- Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac sehingga 30 April 2024
- Ibu bapa/ penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 30 April 2024
ii) Daftar Prasekolah Secara Manual
- Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2024.
Ibu bapa/ penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon
Murid Prasekolah Pendidikan Khas
- Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan
- Surat penempatan oleh JPN/ PPW/ PPD
- Pengesahan dan pendaftaran
Status Pendaftaran PraSekolah 2025 Online
Status permohonan/ status Prasekolah tahun 2025 boleh disemak secara online pada 5 Ogos 2024. Pemohon boleh mengklik butang Semak Permohonan di ruangan LAMAN PENGGUNA.
Untuk permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran. Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang Rayuan Permohonan pada 5 Ogos 2024 hingga 20 Ogos 2024.
Selamat membuat Permohonan pendaftaran secara online di aplikasi e-Prasekolah. Moga ibu bapa atau penjaga yang telah mendaftar murid ke PraSekolah KPM berjaya dalam permohonan mereka.
Rel : laman sesawang https eprasekolah.moe.gov.my
15 januari 2021 sahaja yang layak, kanak warganegara malaysia sahaja, permohonan kemasukan