Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online, cara mohon dan syarat pinjaman pelajaran yayasan pelajaran johor untuk program sijil, diploma degree.

Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online

Berita baik buat rakyat Negeri Johor yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran dalam pengajian tinggi dalam negeri di IPTA/ IPTS. Adalah dimaklumkan yang Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online sesi 1/ 2024 (Yayasan Pelajaran Johor) bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah IPTA sepenuh masa sahaja kini dibuka pada 17 Mac 2024. Pemohon dikehendaki menghantar slip permohonan dan dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup pada 30 Mac 2024.

Jadi kepada mereka yang berminat dan melepasi syarat kelayakan, jangan kepaskan peluang untuk memohon pinjaman pelajaran YPJ ini dengan kadar segera sebelum tarikh tutup permohonan. Untuk makluman, bermula dari Jun 2017, pihak YPJ telah menggunakan kaedah baru dalam menguruskan permohonan Pinjaman Pelajaran.

Permohonan Pinjaman YPJ 2019 Online

Cara Memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2024 (Sesi 1, 2 & 3)

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan pinjaman YPJ 2024 sesi 1 meliputi cara memohon, applikasi permohonan, syarat permohonan, dokumen yang diperlukan dan tarikh tutup permohonan.

Untuk makluman, pinjaman pelajaran dalam negara YPJ untuk Program Diploma dan Ijazah tahun 2024 akan dibuka sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Januari, Jun dan Ogos 2024. Bagi tahun 2024 adalah seperti berikut

Permohonan Pinjaman YPJ 2024

  • Tarikh Buka dan Tutup Permohonan : 17 hingga 30 Mac 2024
  • Peminjam yang mendapat keputusan Kelas Pertama adalah layak untuk memohon pertukaran pinjaman kepada biasiswa dan tertakluk kepada syarat.

permohonan-pinjaman-ypj-2024-pinjaman-dalam-negara

Langkah- Langkah Permohonan

  1. Isi permohonan secara online di “PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN“. Dan daftar Pra-permohonan
  2. Tunggu email dari Pihak YPJ untuk mengesahkan Pra-Permohonan dalam tempoh 2 hari waktu bekerja
  3. Setelah disahkan, isi borang permohonan secara atas talian/ online
  4. Sila semak kelulusan selepas 30 hari waktu bekerja dari tarikh tutup permohonan di aplikasi permohonan
  5. Sila muat turun aplikasi YPJ “PROLIMS” di Playstore dan App store untuk membuat semakan

Syarat Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Sesi 1 (Ijazah, Diploma Dan Sijil)

Berikut dikongsikan maklumat AM berkaitan PINJAMAN PELAJARAN YPJ. Tawaran permohonan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan YPJ. Kelulusan / Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar YPJ dari semasa ke semasa.

Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Syarat AM Permohonan

Berikut adalah syarat am permohonan pinjaman pelajaran YPJ :-

  1. Lahir dan menetap di Johor
  2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  5. Tiada penaja lain (Pinjaman/ Biasiswa)
  6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’
  7. Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan)

PENTING : keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan

Taraf Pengajian Yang Ditaja

  1. Sijil (Kolej Kemahiran Johor – KKJ sahaja)
  2. Diploma (semua IPTA, KPYPJ/ KKJ, Marsah dan Educity sahaja)
  3. Ijazah Sarjana Muda (IPTA sahaja)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Slip pengesahan permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  2. Salinan kad pengenalan pemohon & ibubapa/ penjaga
  3. Sijil kelahiran (Salinan)
  4. Salinan surat tawaran ke IPT
  5. Salinan sijil SPM & sijil berhenti Sekolah
  6. Slip gaji/ pengesahan pendapatan (lihat attachment) ibu DAN bapa / penjaga.
  7. Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan
  8. Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat permohonan di pautan berikut :-

Selamat membuat Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online. Semoga permohonan pinjaman pelajarn anda berjaya dalam menampung kos pengajian di IPTA.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *