Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Online MyEduloan. Cara mohon pinjaman melalui MyEduloan termasuk program penajaan pengajian tertiari.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Berita baik bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan dalam membayar kos pengajian tersebut. Anda boleh membuat pinjaman pelajaran daripada Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali sebagai MARA. Berikut dikongsikan panduan untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran MARA secara Online/ atas talian.

Pinjaman pelajaran MARA diperkenalkan bertujuan untuk membantu pelajar bumiputera khususnya di kawasan luar bandar yang berkelayakan dan mempunyai potensi yang memerlukan bantuan kewangan dalam menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang seperti Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran, Pengurusan Perniagaan dan lain-lain.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA secara Online

Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) MARA bertanggungajawab dalam menguruskan pinjaman ini. BPP memberi kemudahan Pinjaman Pelajaran MARA dalam bentuk pinjaman boleh ubah bagi pelbagai tahap pengajian. Ini selaras dengan Transformasi Sektor Pendidikan di bawah Pelan Strategik MARA 2011-2020 yang berhasrat melahirkan bakal usahawan dalam kalangan graduan yang mampu menjana kekayaan dan tenaga kerja kompeten dalam industri berimpak tinggi.

Jumlah Kadar Pembiayaan Pinjaman Pendidikan MARA

Berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tetap tertakluk kepada peruntukan kewangan MARA.

Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPiP)

Melalui Portal Rasmi Pinjaman Pelajaran MARA, pengumuman telah dikeluarkan bagi Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPiP). Pinjaman ini dibuka bagi pemohon yang akan mengikuti pengajian ke peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan dalam bidang-bidang utama keperluan pembangunan negara.

Pinjaman di peringkat persediaan dikenali sebagai Program Pembangunan Bakat Muda (YTP), peringkat diploma dan ijazah pertama pula dikenali sebagai Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP) untuk dalam negara dan Program Pelajar Cemerlang (IPMa) untuk pengajian dalam dan luar negara. Manakala bagi peringkat pasca siswazah, pinjaman dikenali sebagai Program Kecemerlangan Graduan (GrEP) dan Program Pembangunan Profesional (Pro-P)

Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2024

Program ini terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di IPT terpilih dalam negara. Tarikh permohonan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Tarikh Buka: 20 Mac 2024
  • Tarikh Tutup: 1 April 2024, jam 11:59 malam

Individu Yang Layak Membuat Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2024

Individu yang layak untuk membuat permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) adalah pelajar yang melepasi syarat pinjaman pendidikan MARA. Berikut adalah syarat-syarat tersebut:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
  3. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
    • Layak mendapat pinjaman Yuran dan Elaun Sara Hidup: Pendapatan bulanan ibu dan bapa RM12,000 dan ke bawah (Pendapatan bercukai tahunan: RM150,000 dan ke bawah)
    • Layak mendapat pinjaman Yuran sahaja: Pendapatan bulanan ibu dan bapa RM12,001 hingga RM20,000 (Pendapatan bercukai tahunan: RM150,001 hingga RM250,000)
  4. Ibu dan bapa/ penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA
  5. Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama
  6. Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon sihat dan boleh melanjutkan pengajian
  7. Had umur pemohon tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat

Syarat Akademik

Di bawah adalah syarat akademik yang perlu dipatuhi mengikut kategori permohonan calon masing-masing:

Pelajar Baharu 

  1. Mendapat CGPA 3.00 atau ke atas di peringkat Asasi/ Matrikulasi/ Persediaan/ STPM/ Diploma serta setaraf
  2. Mendapat tawaran dan mendaftar di IPT

Pelajar Sedia Ada

  1. Mendapat CGPA 3.00 atau ke atas bagi semester terdahulu; Dan
  2. Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun

Lain-lain syarat

  1. Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM
  2. Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Berikut adalah pautan untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran MARA secara atas talian:

  1. Akses pautan di bawah:
  2. Klik Daftar Sekarang untuk mendaftar sebagai pemohon baruPermohonan Pinjaman Pelajaran MARA
  3. Sekiranya pelajar pernah mendaftar sebelum ini, sila terus masukkan no KP dan kata laluan yang telah didaftarkan
    • Hanya satu program sahaja dibenarkan dimohon dalam satu masa
    • Jika terdapat permohonan terdahulu, hapuskan permohonan dengan menghantar emel ke : ictbpp@mara.gov.my
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti No. Kad Pengenalan, Nama Penuh Pemohon, Email dan Tarikh Lahir. Klik TeruskanPermohonan Pinjaman Pelajaran MARA
  5. Pilih Program dan klik TeruskanPermohonan Pinjaman Pelajaran MARA
  6. Sistem akan memberitahu sekiranya ada permohonan pinjaman yang boleh dibuat bagi program yang dipilih

Untuk mendapatkan langkah terperinci mengenai sistem permohonan pinjaman MARA, sila rujuk manual di bawah :

Bidang Pengajian Yang Boleh Dimohon

Tawaran pinjaman pelajaran MARA ini hanya terhad kepada bidang pengajian yang berikut sahaja. Senarai bidang pengajian ini boleh berubah daripada semasa ke semasa bergantung kepada MARA.

  • Kejuruteraan dan persekitaran
  • Sains Tulen/ Perubatan
  • Pengangkutan (Kejuruteraan Dan Reka Bentuk Kenderaan)
  • Keselamatan Makanan
  • Perakaunan dan Kewangan
  • Arkitek dan Pereka Dalaman
  • IT dan Komputer Sains
  • Reka Bentuk Kreatif
  • Ekonomi, Perniagaan dan Pengurusan

Maklumat Lanjut Pinjaman Pelajaran MARA MyEduloan

Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk atau hubungi maklumat berkenaan:

  • Soalan Lazim TESP 2024
  • Syarat Kelayakan Program TESP 2024
  • Pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat seperti berikut:
    a) tespua@mara.gov.my (bagi permohonan di IPTA)
    b) tespipts@mara.gov.my (bagi permohonan di IPTS)
    c) tespglugmi@mara.gov.my (bagi permohonan di GLU dan GMI)
    d) tespunikl@mara.gov.my (bagi permohonan di UniKL)
    e) tespkptm@mara.gov.my (bagi permohonan di KUPTM/KPTM)
  • Alamat : Education Sponsorship Division, 3rd Floor, MARA Head Office, 21, Jalan Raja Laut, 50609, Kuala Lumpur.
  • BPP Hunting Line : 03-26132087 / 32050 / 32092 / 32053 / 32073
  • Email : myeduloan@mara.gov.my

Semoga perkongsian panduan membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA bermanfaat buat semua pelajar dan ibu bapa serta penjaga.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *