Perhatian buat pelajar yang ada membuat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama boleh membuat Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa atau Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN secara online seperti langkah yang dikongsikan ini.
Pelajar yang sudah mendapatkan scroll Ijazah Kelas Pertama pada hari konvokesyen, adalah digalakkan untuk menghantar permohonan pertukaran pinjaman ke pihak PTPTN pada kadar yang segera. Terkini, mulai 11 Februari 2020, permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN boleh dibuat secara atas talian/online.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online (Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama)
Buat panduan pelajar cemerlang semua, berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Penukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa.
Maklumat yang dipaparkan termasuk syarat permohonan pertukaran, dokumen yang diperlukan, dan maklumat lain berkaitan.
Syarat Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online
Mereka yang layak membuat permohonan :-
- Graduan dari mana-mana IPTA atau IPTS
- Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
- Ijazah Sarjana Muda mestilah yang diiktiraf oleh MQA
- Mengikuti peringkat pengajian ijazah secara sepenuh masa
- Menamatkan Pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih atas sebarang penajaan lain
- Permohonan yang lengkap haruslah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh (12) dua belas bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen
Cara Membuat Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan yang disediakan seperti berikut:
1. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan
- Akuan Penerima biaya yang telah lengkap diisi. Pergi ke link URL: Pengecualian Bayaran dan ikuti arahan dalam panduan ini Bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pembiayaan
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.
- Bagi penerima biaya IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah)
Pemohon perlu membaca dan fahamkan setiap arahan dan panduan dilaman web PTPTN : PENGECUALIAN
PERUBAHAN MULAI 1 JANUARI 2019
Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang telah disahkan (Skrol)
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang telah disahkan
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang telah disahkan (Bagi peminjam IPTS)
- Surat Pengesahaan Kelas Pertama (sekiranya tidak dituliskan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah)
- Surat Pengesahan Tamat Pengajian (sekiranya tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip)
Peminjam yang menamatkan pengajian BERMULA 1 Januari 2019
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang telah disahkan (Skrol)
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang telah disahkan
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang telah disahkan (Bagi peminjam IPTS)
- Surat Pengesahaan Kelas Pertama (sekiranya tidak dituliskan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah)
- Surat Pengesahan Tamat Pengajian (sekiranya tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip)
- Dokumen Pendapatan (*Peminjam/Ibubapa/Penjaga/Pasangan)
- Slip Gaji Terkini, Surat Akuan Sumpah / Pengesahan Pendapatan, Penyata, Cukai Taksiran Terkini, Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP, Penyata Pencen, Penyata Pencen Penakat (PERKESO), Sijil Kematian, Sijil Cerai, Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Tidak Dapat Dikesan), Surat Akuan Sumpah (Penjaga)
2. Surat Permohonan Rasmi
Permohonan pertukaran ke Biasiswa perlu disertakan dengan surat rasmi permohonan seperti di kongsikan bawah ini. Jangan lupa, suarat perlu ditandatangani oleh pemohon.
3. Hantar Permohonan
Pos segala dokumen yang diperlukan ke alamat yang disertakan dibawah ini atau hantar sendiri ke:-
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
LOT G2, TINGKAT BAWAH WISMA CHASE PERDANA,
OFF JALAN SEMANTAN,DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR.
(u/p: Pn. Norzila binti Mohd Yaakob – Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)
Semoga perkongsian Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online dapat membantu pelajar yang berkelayakan membuat permohonan dengan kadar segera.