Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET, Cara Tukar Tempat Peperiksaan MUET iaitu mohon tukar lokasi exam centre melalui borang online.

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET? Pasti calon peperiksaan MUET ada yang bercadang untuk membuat Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET atas beberapa perkara. Jadi apakah syarat permohonan pertukaran dan bagaimana mendapatkan borang permohonan?

Untuk membuat Permohonan Pindah Pusat Ujian MUET, calon MUET adalah dikehendaki untuk mengisi borang secara online (dahulunya menggunakan borang manual MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM). Calon perlu mengemukakan permohonan kepada MPM mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET (Cara Tukar Lokasi)

Berikut dikongsikan cara membuat pertukaran tukar tempat lokasi ujian peperiksaan MUET meliputi syarat dan perkongsian borang permohonan.

Untuk makluman, perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian MUET yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan.

Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini.

Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui url Apps MPM

Nota Penting Permohonan Tukar Pusat Ujian MUET

1. Bayaran perpindahan pusat ujian MUET ialah RM25.00 dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik

2. Mulai MUET Sesi 1 Tahun 2021, MPM tidak lagi menerima bayaran menggunakan Wang Pos

3. Tarikh permohonan pindah pusat ujian ialah pada tarikh yang akan dikemaskini. Tarikh tahun sebelum ini sebagai rujukan adalah pada 11 Januari hingga 17 Januari 2021 bagi MUET Sesi 1 tahun 2021, 6 Mei hingga 19 Mei 2021 bagi MUET Sesi 2 tahun 2021, manakala bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2021 ialah pada 20 September hingga 26 September 2021

4. Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal

5. Kelulusan permohonan boleh dirujuk melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my

Selamat membuat Permohonan. Semoga permohonan tukar tempat Ujian MUET anda ini nanti diluluskan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *