Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2024 Online. Maklumat penting panduan cara mohon lesen motosikal LMTS secara percuma buat rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan beserta pautan borang permohonan online.

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera LMTS 2024

Cara mohon LMTS percuma? Berita baik buat penduduk atau rakyat negeri Terengganu yang belum mempunyai lesen motosikal dan berkelayakan. Anda berpeluang untuk mendapat lesen tersebut secara percuma. Kerajaan Negeri Terengganu yang telah diterajui oleh PAS setelah memenangi Pilihan Raya Umum 14 yang lepas akan melaksanakan manifesto yang dijanjikan. Berikut adalah cara Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera (LMTS) 2023 secara online dan borang manual.

Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sejumlah dana bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal khusus untuk golongan belia ini menerusi pembentangan Bajet 2023. Pada tahun 2019, program ini mensasarkan seramai 25,000 belia serta beliawanis yang berusia dalam lingkungan 16 sehingga 40 tahun untuk mendapat manfaat daripada program LMTS 2022 ini. Bantuan ini juga diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penduduk Terengganu.

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2020 online

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Percuma Sejahtera 2024 Secara Online & Borang Manual

Seperti bantuan kerajaan yang lain, mereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan LMTS 2023 ini hendaklah membuat permohonan bagi melayakkan diri menerima bantuan. Permohonan bagi Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera tahun 2023 boleh dibuat melalui cara di bawah. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini sekiranya ada.

1. Permohonan Atas Talian

Permohonan LMTS boleh dilakukan secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Bantuan Terengganu iDana seperti yang disediakan di bawah:

Tarikh Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2023

Permohonan melalui kedua-dua kaedah tersebut boleh dilakukan dalam tarikh yang ditetapkan sahaja seperti di bawah:

  • Tarikh Buka : 6 Mac 2023
  • Tarikh Tutup : 20 Mac 2023

Penerima yang layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan dalam bentuk baucar. Baucar tersebut hendaklah dibawa ke Institut Latihan Memandu dan seterusnya menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus dan berjaya mendapat lesen motosikal B2.

Syarat Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2023

Berikut adalah syarat-syarat Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2023 buat rujukan pemohon :-

SYARAT UTAMA BANTUAN

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

SYARAT KELAYAKAN LMTS

  1. Pemohon berumur 16 tahun hingga 40 tahun semasa tarikh permohonan dibuka (Bagi pemohon 16 & 17 tahun, permohonan mestilah dibuat oleh ibu/bapa/penjaga pemohon).
  2. Penerima yang lulus LMTS pada tahun sebelum ini, TIDAK LAYAK memohon bagi LMTS 2023.
  3. Pemohon yang BEKERJA, pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  4. Pemohon yang TIDAK BEKERJA, jumlah pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  5. Pemohon mestilah bebas daripada KES SAMAN dan MAHKAMAH.
  6. Pemohon OKU layak memohon untuk lesen B2 sahaja.
  7. Latihan/kursus hanya boleh melibatkan Institut Memandu (IM) yang berdaftar dengan pihak TSIS sahaja.
  8. Kos yang ditanggung melibatkan kos membuat lesen, MYeG, SST dan insurans sahaja.
  9. Kelulusan program LMTS hanya sekali SAHAJA bagi setiap pemohon.
  10. Permohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat TIDAK BENAR dan TIDAK LENGKAP.

Dokumen Lampiran

Pemohon dikehendaki untuk memuat naik dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. KAD PENGENALAN PEMOHON
  2. SLIP GAJI bagi pekerja kerajaan atau Swasta @ Pengesahan Tempat Belajar
  3. Mengemukakan SURAT PENGAKUAN PENDAPATAN samada bagi Pemohon bekerja atau ibubapa bagi pemohon tidak bekerja yang di sahkan

Nota Penting: Muatnaik (upload) dlm bentuk GAMBAR BERFORMAT JPG, JPEG, PNG & GIF

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera

Semua pemohon yang telah membuat permohonan LMTS 2023, boleh melayari laman web i-dana untuk menyemak status kelayakan permohonan bermula pada tarikh yang akan dikemaskini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2023, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:

  • Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
  • Telefon : 09-623 1957
  • Faksimili : 09-625 1990
  • Emel : webmastersuk@terengganu.gov.my

Diucapkan selamat maju jaya bagi pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan para pemohon untuk mengetahui lebih lanjut proses permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera bagi tahun 2023.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *