Permohonan Kolej Komuniti 2024 Borang Online mypolycc. Maklumat terkini permohonan kemasukan lepasan spm melalui borang atas talian di www.mypolycc.edu.my

Permohonan Kolej Komuniti 2024 Online

Berita baik buat semua pelajar yang berminat dan berkelayakan khususnya lepasan SPM/ Setaraf. Adakah anda berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti? Jika ya, sudahkah anda membuat permohonan untuk menyertai kolej pilihan anda? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Kolej Komuniti sesi 2024-2025 secara online buat panduan dan rujukan pemohon.

Kolej Komuniti boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan tinggi yang berada di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Peranan Kolej Komuniti adalah untuk menyediakan perkhidmatan buat masyarakat sekeliling menerusi tawaran kursus pendek serta kursus sepenuh masa yang mendapat pengiktirafan kerajaan. Para pelajar yang berjaya dan berkelayakan akan berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau Institut Pengajian Tinggi yang lain.

Permohonan Kolej Komuniti

Permohonan Kolej Komuniti Kemasukan Sesi 2024 Secara Online

Terdapat tiga pengambilan Kolej Komuniti setiap tahun iaitu kemasukan sesi Mac, Julai dan November/Disember 2024. Empat (4) program pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti adalah:

  1. Sijil Kolej Komuniti (T)
  2. Sijil Kolej Komuniti (M)
  3. Diploma Kolej Komuniti (DKK)
  4. Sijil Kolej Komuniti (P)

Selain itu, di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat terdapat kursus pendek yang ditawarkan.

Kaedah Cara Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti

Untuk membuat permohonan sebagai pelajar sepenuh masa Kolej komuniti, anda boleh menggunakan salah satu daripada tiga kaedah berikut:

i) Kaedah Pertama: Permohonan Melalui UPU Online

Tempoh mengemukakan permohonan menerusi UPU Online adalah mulai 29 Februari 2024 jam 12 tengahari sehingga 29 Mac 2024 jam 5 petang. Lazimnya iklan permohonan dikeluarkan di akhbar utama tempatan pada awal Februari setiap tahun.

Pemohon perlu membeli nombor PIN unik UPU di Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60 dan terus melayari laman sesawang UPU di pautan berikut:

Permohonan-UPU-2024-2025

ii) Kaedah Kedua: Permohonan Melalui e-Pengambilan Kolej Komuniti Online

Bagi permohonan kemasukan bagi sesi I 2024/2025 permohonan dibuka bermula 3 April 2024 hingga 10 Mei 2024. Sila lengkapkan borang permohonan online Kolej Komuniti di pautan berikut:

Untuk maklumat berkaitan sila hubungi HQ Kolej Komuniti di talian:

  • No. Telefon: 03-8888 3837 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang)
  • No. Telefon: 6019-8683 738 (aplikasi Whatsapp)
  • Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Permohonan kemasukan bagi sesi II 2023/2024 permohonan dibuka bermula 3 Oktober 2023 hingga 1 Disember 2023.

iklan-permohonan-kemasukan-ke-politeknik-kolej-komuniti-sesi-2-2023-2024.

iii) Kaedah Ketiga: Menghadirkan Diri (Walk-in) Ke Kolej Komuniti

Anda juga boleh memohon dengan menghadirkan diri secara langsung ke Kolej Komuniti pilihan anda. Rujuk senarai Kolej beserta alamat dan laman web masing masing di pautan berikut:

Semakan kemasukan dapat dilakukan pada setiap hari Khamis. Pemohon boleh walk-in atau hadir ke politeknik atau kolej terdekat untuk memperoleh maklumat lanjut dan mendapatkan sesi konsultasi.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk butiran-butiran berikut:

Portal dan laman sesawang

Talian helpline UPU

  • 03-8870 8200 (waktu bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang)

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti 2024 Online ini dapat memberi manfaat untuk anda. Selamat membuat permohonan kemasukan untuk kursus pengajian pilihan anda dan semoga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *