Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) Dan Kemaskini Maklumat, Borang kiss selangor, syarat kelayakan & cara daftar kad inisiatif.

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Cara Membuat Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor 2022. Bagaimanakah cara buat Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)? Berita baik buat wanita yang berkelayakan di Selangor. Melalui pembentangan Bajet 2022 negeri, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif baru dalam  membantu golongan ibu dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah. Dengan KISS, setiap ibu yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM 3,600 setahun, atau RM 300 setiap bulan dan dikatakan lebih baik dari Bantuan BR1M.

Melalui Kad KISS, kira-kira 30,000 golongan ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung. Juga diberikan peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti.

  • Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor untuk golongan B40 berpendapatan RM3,000 ke bawah dalam mendapatkan rawatan hospital PERCUMA klik PEDULI SIHAT

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Pelaksanaan KISS merupakan sebahagian daripada Inisiatif Peduli Rakyat yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor dengan implikasi kewangan sebanyak RM 108 juta. Golongan para ibu yang berpendapatan isu rumah di bawah RM2,000 sebulan layak memohon dan bakal menerima bantuan berjumlah RM300 sebulan atau bersamaan RM3,600 setahun.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, 1.7 peratus isi rumah di Selangor menerima pendapatan sebanyak RM1,999 ke bawah. Ianya membabitkan 108,800 isi rumah atau kira-kira 30,000 keluarga di Selangor.

Apa Itu KISS?

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu. Ianya adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program KISS adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas. Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Info Terkini KISS: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pada Belanjawan 2022, KISS kini dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) akan ditingkatkan jumlah bantuan kewangan kepada RM300 sebulan atau RM3,600 setahun berbanding tahun sebelum ini. Penambah baikan program ini mensasarkan 180,000 penerima melibatkan 30,000 keluarga.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, permohonan bagi KISS 2021 akan dibuka kepada 5,000 penerima tambahan berbanding tahun 2020.

Pada Belanjawan Selangor 2020, peruntukan bagi KISS 2020 telah ditambah sebanyak RM12 juta serta tambahan kepada 5,000 penerima berbanding tahun 2019.

 

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor/ KISS 2020

Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memulakan Program Kasih Ibu SMART Selangor pada suku pertama tahun 2018.

  • Cara membuat permohonan/ cara daftar Kasih Ibu SMART Selangor (KISS) akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari Kerajaan Negeri

A. Borang KISS Online

Permohonan secara atas talian/ online KISS masih belum di buka lagi. Sila buat pendaftaran secara manual sehingga applikasi online diperkenalkan

B. Borang Manual : Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

Pendaftaran melalui borang manual akan dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini. Borang pendaftaran KISS boleh di download atau di muat turun dari Laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di lokasi berikut :-

  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pusat Wanita Berdaya
  4. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.

Syarat Kelayakan KISS

Diantara syarat asas kelayakan permohonan KISS adalah seperti berikut.

  1. SYARAT UTAMA : Berdaftar sebagai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) dibawah kategori pendapatan bawah RM2,000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
  2. Warganegara Malaysia; dan
  3. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  4. Wanita berkeluarga yang mempunyai anak/ tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  5. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor 2018

Manfaat Kad KISS

​Berikut adalah manfaat yang diberikan :-

  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu : susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya​

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih

Cara Hubungi

Untuk sebarang masalah/ pertanyaan /cadangan, sila hubungi :-

  • No Telefon : 03.5525.6600
  • No Faks: 03.5525.6900
  • Emel : admin@selcare.my
  • Borang Contact Us

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membantu rakyat yang memerlukannnya. Usaha insiatif KISS ini selaras dengan kebergantungan institusi keluarga terhadap peranan ibu. Yang bukan sahaja mendidik dan membesarkan anak tetapi memikul tanggungjawab mengurus kewangan keluarga. Maklumat Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Related : kasih ibu tunggal yang mempunyai anak tanggungan di bawah umur 21 tahun, wanita berkeluarga berkahwin atau ibu tunggal yang mempunyai anak tanggungan di bawah umur 21 tahun

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *