Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online Dan Manual. Berita baik buat rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan. Satu skim khas kesihatan yang dikenali sebagai Skim Peduli Sihat Selangor telah diperkenalkan. Ia merupakan satu lagi insentif/ bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat Selangor khususnya kelompok B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 dalam mendapatkan rawatan hospital secara percuma. Sebelum ini, bantuan untuk ibu iaitu Skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) juga diperkenalkan.
Pemohon yang layak boleh mendaftar secara atas talian/ online di https://pedulisihat.com/ atau secara manual melalui pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) yang berdekatan. Sebanyak seribu klinik swasta dijangka akan bersama di dalam Skim Peduli Sihat yang akan memberi manfaat kepada sejuta rakyat Selangor daripada golongan B40.
Senarai Isi Kandungan
Pendaftaran Dan Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online & Manual
PEDULI SIHAT merupakan satu skim perlindungan kesihatan asas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40).
Berikut dikongsikan maklumat cara mendaftar/ membuat Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor secara online dan manual. Maklumat yang dikongsikan termasuk manfaat skim, syarat permohonan, cara mendaftar/ mohon, kategori skim, borang permohonan dan cara hubungi.
A. Manfaat Skim PEDULI SIHAT
Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM 125 juta setahun bagi membiayai kos rawatan kesihatan asas yang bakal memberi manfaat kepada 250,000 keluarga atau 1 juta rakyat Negeri Selangor. Peserta Skim PEDULI SIHAT akan menerima manfaat pembiayaan rawatan kesihatan asas menurut kategori Keluarga dan Individu seperti berikut :-
i) Kategori A : Keluarga
- Had pembiayaan setahun adalah sebanyak RM500
- RM50 adalah had gunaan setiap kali rawatan
- Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
- Percuma satu kad untuk satu keluarga
ii) Kategori A : Individu
- Had pembiayaan setahun adalah berjumlah RM200
- RM50 adalah had penggunaan setiap kali rawatan
- Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
- Percuma satu kad untuk seorang individu
Rakyat Negeri Selangor yang layak boleh mendapatkan rawatan kesihatan asas secara percuma di lebih 1,000 buah klinik swasta di Selangor dan Lembah Kelang yang berdaftar dengan skim ini.
B. Kategori Dan Syarat Kelayakan Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor
Skim adalah terbahagi kepada dua kategori A dan B iaitu keluarga dan individu.Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :-
i) Keluarga (Kategori A)
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Pendapatan bulanan maksima isi rumah tidak melebihi RM3,000.00
ii) Individu (Kategori B)
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Pendapatan individu sebulan tidak melebihi RM1,500.00
C. Cara Membuat Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online/ Manual
Berikut adalah cara membuat pendaftaran dan mengisi borang permohonan secara atas talian/ online atau manual. Terdapat 3 peringkat permohonan kad peduli sihat Selangor seperti berikut :-
- Pendaftaran secara atas talian atau manual
- Pesanan teks (SMS) akan dihantar selepas permohonan diluluskan
- Kad peduli sihat akan dihantar ke alamt rumah
i) Online
Sila isi dengan terang, jelas dan lengkap
ii) Daftar Manual
- Borang permohonan Skim Peduli Sihat Selangor boleh di muat turun atau download di BORANG MANUAL
iii) Dokumen Yang Diperlukan
Senarai dokumen yang dperlukan untuk permohonan adalah seperti berikut :-
- Borang Pendaftaran Skim Peduli Sihat
- Kad Pengenalan (untuk ketua keluarga/ individu) : SALINAN
- Kad Pengenalan, MyKid atau surat kelahiran (untuk tanggungan isteri/ anak-anak) : SALINAN
- Slip gaji/ pencen (untuk penjawat awam/ pesara kerajaan) : SALINAN
- Penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri : SALINAN
iv) Penghantaran Borang
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan.
- Kad PEDULI SIHAT akan dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri di SENARAI ADN.
v) Semakan Status Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor
- Keputusan permohonan lulus atau tidak boleh disemak secara online. Panduan cara semakan klik Semakan.my
D. Pendaftaran Klinik Panel
Cara-cara Mendaftar (Klinik) Panel adalah seperti berikut :-
- Muat Turun Borang Pra Pendaftaran Klinik
- Isi segala maklumat yang diperlukan pihak Peduli Sihat
- Setelah segala maklumat telah diisi, Scan dokumen lampiran dalam bentuk format (PDF)
- Hantar dokumen yang telah di isi dengan lengkap ke provider@pedulisihat.com
Nota : Senarai lengkap klinik panel Peduli Sihat boleh dirujuk di Carian Panel Klinik
E. Cara Hubungi
Untuk pertanyaan, sila hubungi
ATAU
- SELGATE Corporation Sdn Bhd. ( 1204550-P ).
No Telefon: 03 – 5525 6600
No Faks: 03 – 5525 6900
Emel: info@pedulisihat.com
SUMBER : Portal Peduli Sihat, Hanya Di Selangor
Selamat membuat Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online. Moga permohonan/ pendaftaran anda diterima sekaligus dapat membantu meringkan beban perbelanjaan anda sekeluarga atau sebagai individu.