Berita baik buat pencari kerja dari lepasan SPM/ SVM/ SKM yang berminat dan berkelayakan untuk bekerja di Sektor Perkhidmatan Awam. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Permohonan Jawatan dan tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 dikongsikan di bawahini sebagai rujukan buat mereka yang berminat dan berkelayakan.
Pemohon yang berminat dan berkelayakan dengan Jawatan ini boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi SPA (Register SPA9). Panduan cara memohon ada dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 Online
Berikut dikongsikan panduan cara membuat permohonan jawatan , maklumat senarai tugas dan tangga gaji.
- Kekosongan : 68
- Di : Kementerian Kesihatan Malaysia
Cara Memohon/ Mendaftarkan Pekerjaan
Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA9 jika belum berbuat demikian. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan diterima melalui online sahaja.
- Sila daftar permohonan pekerjaaan anda di pautan beriku :
Nota Penting Permohonan Pekerjaan Pembantu Tadbir
- Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
- Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
- Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.
- Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawataan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
- Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
- Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 29 April 2018 (Ahad) jam 1159 malam
Iklan Jawatan Kosong
Berikut adalah iklan permohonan jawatan kosong di SPA untuk bulan April 2018 yang ada menawarkan 68 kekosongan untuk jawatan Pembantu Tadbor (Perkeranian/ Operasi).
Klik JPA
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
Berikut dikongsikan maklumat permohonan jawatan yang dipetik dari Portal SPA merangkumi kumpulan, kelayakan, tangga gaji dan senarai tugas.
- Kumpulan: Pelaksana
- Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang
Deskripsi Tugas jawatan ini adalah seperti berikut:-
- Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan
Skala Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
- GAJI MINIMUM : RM1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM4,003.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00
Maklumat lanjut syarat lantikan dan had umur perlantikan boleh dirujuk di Perkeranian/ Operasi Gred N19.
Diucapkan selamat membuat permohonan jawatan ini secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus hajat anda bekerja di sektor awam tercapai.