Permohonan Jauhar Prihatin Johor Skim Sewa Beli Hartanah Johor (RTO). Maklumat terkini cara membuat permohonan atau pendaftaran borang rumah sewa untuk milik RTO dikenali sebagai Jauhar Prihatin oleh KPRJ.

Permohonan Jauhar Prihatin Skim Sewa Beli Hartanah Johor – Rent To Own

Perhatian buat rakyat Malaysia terutamanya yang menetap di negeri Johor. Adakah anda salah seorang yang ingin memiliki rumah sendiri? Sekiranya begitu, maklumat berkaitan permohonan Jauhar Prihatin Johor mungkin dapat menarik minat anda. Apakah itu Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin) ? Ia merupakah antara langkah atau inisiatif perumahan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Johor untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah dalam membeli atau memiliki rumah sendiri.

Buat pengetahuan semua, Skim Jauhar Prihatin Johor memberi peluang untuk para penyewa memiliki sesebuah rumah idaman setelah menyewa selama lima tahun. Bagaimana dengan harga rumah tersebut? Harga yang ditawarkan kekal sama dengan harga asal sewaktu perjanjian jual beli ditandatangani lima tahun yang lalu.

Permohonan Jauhar Prihatin Johor - Rumah RTO

Selain itu, hasil daripada simpanan para pembeli akan ditukarkan menjadi wang deposit pembelian. Hal ini akan mendorong kepada pelepasan bebanan yang ditanggung pembeli untuk mengumpulkan bayaran pendahuluan yang mana dapat dilihat sebagai punca utama proses pembelian rumah gagal. Jadi, dengan ketiadaan masalah untuk mengumpul bayaran pendahuluan, proses pembelian rumah akan menjadi lebih lancar.

Permohonan Jauhar Prihatin Johor (Skim Sewa Beli Hartanah – RTO)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Jauhar Prihatin Johor yang merupakan skim sewa beli hartanah (Rent To Own – RTO).

Maklumat yang disediakan merangkumi pautan untuk memuat turun borang permohonan, syarat-syarat wajib permohonan, dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

Borang Permohonan Jauhar Prihatin Johor

Untuk mengisi borang permohonan, muat turun borang tersebut dengan menekan pautan di bawah:

  1. Borang Permohonan

Syarat-Syarat Wajib Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor

Berikut adalah kriteria atau syarat-syarat wajib permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin) yang perlu dipatuhi sebelum mengisi borang permohonan:

  1. Keutamaan diberikan buat Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Johor tidak kurang dari 10 tahun.
  2. Berumur antara 18 hingga 45 tahun dan mempunyai keluarga atau tanggungan.
  3. Mempunyai pendapatan kasar isi rumah sebanyak RM 1,500 hingga RM 10,000 sebulan (bergantung pada kategori rumah yang dipohon).
  4. Pemohon atau pasangan tidak memiliki rumah sendiri/ merupakan rumah pertama.
  5. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  6. Pemohon adalah pengundi di Negeri Johor.

Dokumen Yang Perlu Disertakan

Bersama borang permohonan, para pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut:

MAKLUMAT PERIBADI & KELUARGA

  1. KP/ Kad Pengenalan serta Sijil Kelahiran pemohon (Salinan fotostat)
  2. Kad Pengenalan serta Sijil Kelahiran pasangan (Salinan fotostat)
  3. Kad Pengenalan serta Sijil Kelahiran anak-anak (Salinan fotostat)
  4. Bukti alamat kediaman sekarang. Bekalkan Salinan Bil telefon TM/Unifi, Bil TNB atau Bil Air SAJ.
  5. Salinan fotostat Sijil Perkahwinan.
  6. Salinan fotostat Geran Hakmilik individu.

MAKLUMAT PENDAPATAN & PEKERJAAN (PEKERJA BERGAJI)

  1. Slip gaji tiga (3) bulan terkini yang telah mendapat pengesahan majikan.
  2. Penyata tahunan EPF.
  3. Borang J / EA Form.
  4. Surat Pengesahan Majikan.
  5. Penyata bank untuk gaji tiga (3) bulan terkini.

MAKLUMAT PENDAPATAN & PEKERJAAN (BEKERJA SENDIRI)

  1. Salinan fotostat Kad Pengenalan.
  2. Surat Pendaftaran Perniagaan SSM.
  3. Penyata bank terkini untuk enam (6) bulan (sekiranya perniagaan sudah lebih setahun) dan Penyata bank untuk setiap bulan (sekiranya perniagaan kurang dari setahun).

Permohonan Jauhar Prihatin Johor

Cara-Cara Mengemukakan Permohonan Jauhar Prihatin Johor

Setelah mengisi borang permohonan dengan lengkap, hantarkannya melalui pos atau singgah ke pejabat Generasi Takzim Sdn. Bhd (alamat di bawah). Rujuk maklumat di bawah sekiranya ada sebarang pertanyaan:

  • GENERASI TAKZIM SDN. BHD 
    • G-07 & 08, Blok 4, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor.
    • Tel: 07-2358000 / 07-2358377
    • Whatsapp: 010-4078377

Selamat membuat permohonan Skim Jauhar Prihatin. Diharap agar perkongsian ini dapat membantu memudahkan lagi urusan setiap pemohon dalam memiliki rumah seperti yang diingini.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *