Anda lepasan SPM dan berminat menyambung pengajian bidang kemahiran di Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)? Berikut dikongsikan maklumat Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2025 Online sesi 1 yang memaparkan tarikh permohonan, syarat kemasukan dan cara membuat permohonan online kemasukan. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
Permohonan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 akan dibuka dari 1 Oktober 2024. Sebagai rujukan, sesi pengambilan Januari 2024 adalah melalui dari 30 Oktober 2024 hingga 30 November 2024. Calon pelajar yang berminat dan berkelayakan dalam bidang kemahiran dipelawa untuk memohon/ mendaftar.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Ke ILKBS Sesi 1 2025 dan 2 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat permohonan ILKBS sesi 1 2025 yang meliputi permohonan kemasukan ke IKBN, IKTBN dan AKBG. Individu Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 melalui permohonan secara online.
Permohonan ILKBS 1 2025 Online Melalui Applikasi eKAMPUS
Berikut adalah maklumat permohonan ILKBS ambilan sesi 1 2025 :-
- Tarikh Buka : 1 Oktober 2024
- Tarikh Tutup : 15 November 2024
- Applikasi Permohonan online : Klik Sistem Permohonan eKampus
- Panduan ringkas permohonan : Klik Panduan eKAMPUS
- Senarai ILKBS (IKBN, IKTBN dan AKBG klik Lokasi ILKBS Seluruh Malaysia
Tarikh Penting Kemasukan Ke ILKBS Sesi 1 2025
Berikut adalah tarikh penting permohonan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 :-
- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 1 Oktober hingga 15 November 2024
- Panggilan Temuduga : 25 November – 6 Disember 2025 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja – Lepasan SKM/ ST/ DKM)
- Result kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 : akan dikemaskini
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : akan dikemaskini
- Permohonan rayuan : akan dikemaskini
- Keputusan rayuan : akan dikemaskini
- Pendaftaran pelajar baharu sesi 1 2025 : 3 Februari 2025
Kemasukan ILKBS Sesi 2 2024
Permohonan adalah melalui portal rasmi eKampus KBS di https://ekampus.kbs.gov.my/ bermula 25 Mac sehingga 11 Jun 2024 bagi lepasan SKM/ST manakala permohonan lepasa SPM melalui https://www.tvet.gov.my/
Berikut adalah tarikh penting ILKBS sesi 2 2024 :-
Jualan unik ID UPU di BSN : 24 Februari 2020- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka : 25 Mac 2024
- Permohonan UPUskills untuk calon Sijil Lepasan SKM/ ST atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap : ?
- Panggilan Temuduga : ? (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja) :
- di https://ekampus.kbs.gov.my/
- Result kemasukan ke ILKBS sesi Julai 2024 : 28 Jun 2024
- UPUonline dan https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 28 Jun – 14 Julai 2024
- Pendaftaran pelajar baharu sesi 2 2024 : 5 Ogos 2024
Syarat Umum Permohonan IKBN
Berikut adalah diantara syarat umum permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) :-
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
- Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin atau bujang
- Sihat tubuh badan
Syarat Lain Kemasukan ILKBS
- Pemohon tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
- Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
- Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon
Program Yang Ditawarkan Di ILKBS
Berikut adalah program pengajian yang ada ditawarkan di ILKBS :-
- Diploma MQA
- Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan ILKBS, pemohon boleh menyemak Senarai Program, Tempoh Pengajian, Syarat lengkap dan Institut yang menawarkan kursus di
- Senarai Tawaran Lepasan SPM Sesi 1 2025
- Senarai Tawaran Lepasan SKM/ST Sesi 1 2025
- Senarai Tawaran Lepasan SPM Sesi 2 2024
- Senarai Tawaran Lepasan SKM/ST Sesi 2 2024
Cara Hubungi ILKBS
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon di 03- 8871 3651, 3652, 3653, 3646 & 3685.
Selamat membuat Permohonan ILKBS sesi 1 2025 dan 2 2024 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IKBN, ILTBN dan AKBG.