Menyambung pengajian di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia atau ringkasnya ILJTM adalah salah satu pilihan buat pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST di Malaysia. Untuk makluman, permohonan ILJTM (permohonan ILP) untuk program sepenuh masa adalah dibuat dalam 2 sesi setiap tahun iaitu pada sesi Julai dan Januari.
Diantara ILJTM yang terlibat dalam permohonan/ intake adalah Institut Latihan Perindustrian (ILP), ADTEC dan JMTI. Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan ke ILJTM secara online. Tarikh permohonan sesi Januari akan dibuka sekitar hujung bulan September/ Oktober manakala sesi Julai pada bulan Februari hingga April.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Ke ILP, ADTEC Dan JMTi 2025 Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat permohonan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
- Pengambilan ILJTM Terkini : Permohonan pelajar baru ke ILJTM ambilan Januari 2025 akan dibuka bermula 1 Oktober hingga 15 November 2024 pada sistem permohonan UP_TVET
Permohonan ILJTM Online
Pengambilan ke institusi latihan jabatan tenaga manusia iljtm untuk kursus sepenuh masa dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Tujuan ILJTM ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia disamping meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.
Permohonan ke ILJTM boleh di buat menggunakan Aplikasi Atas Talian (online) seperti berikut :-
- Permohonan Sesi 2/2024: Melalui Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online). Untuk lepasan SPM dan lepasan SKM/ ST
- Bagi calon SPM 2023, anda dipohon untuk membuat permohonan melalui sistem UPU Online mulai 29 Februari 2024
- Sesi Julai melalui
- UPUonline : Melalui UPU di pautan https://upu.mohe.gov.my/
- UP_TVET : Portal Permohonan TVET https://www.tvet.gov.my/
UPUskills : https://online.moe.gov.my/upu/skills/Calon CBBPDBKP Penjawat Awam
Tarikh Penting Permohonan Online ILJTM
Sesi 1/2025
Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan ILJTM sesi 1 2025.
- 1 Oktober 2024 : Sistem Sistem Permohonan dibuka
- 15 November 2024 : Sistem Permohonan ditutup
- 11 – 15 November 2024 : Panggilan Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasan SPM & Lepasan SKM/ST)
- ? : Sesi Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasan SPM & Lepasan SKM/ST)
- 18 November 2024 : Hebahan Jaya Permohonan
- 8 Disember 2024 : Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran
- 9 Disember 2024 – 17 Januari 2025 : Tempoh Rayuan (terus ke ILJTM)
- ? : Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 1 2024
PERINGATAN : Semua makluman mengenai temuduga dan result permohonan ILP, JMTI dan ADTEC perlu dicheck di laman web JTM sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.
Sesi 2/2024
Berikut adalah tarikh penting permohonan ILJTM Sesi 2/ 2024 :-
- 4 Mac 2024 : Sistem Permohonan Online dibuka
- 14 Mei 2024 : Sistem Permohonan Online ditutup
- 15 Mei 2024 : Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
- 20 – 24 Mei 2024 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
- 26 Jun 2024 : Hebahan Result Permohonan & check surat tawaran di aplikasi ILJTM
- 5 Julai 2024 : Cetakan Surat Tawaran
- 5 Julai 2024 : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
- ? : Tempoh Rayuan Kemasukan (Tertakluk kepada kekosongan tempat)
- 22 Julai 2024 : Pendaftaran Pelajar Baharu
*Peringatan: Segala makluman berkaitan temuduga dan result permohonan perlu dicheck di laman web jtm sahaja (www.jtm.gov.my/online). Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.
Senarai ILJTM Dan Kursus Yang Ditawarkan
Pada masa kini terdapat 32 buah pusat latihan jabatan tenaga manusia iljtm iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK – nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek – subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Jangkamasa kursus yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
Halatuju Pelajar Lepasan ILJTM
Lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
Kesemua kursus – kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus – kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.
Cara Hubungi
Maklumat lanjut, sila hubungi :-
- Bahagian Pengurusan Latihan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 6, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya - Tel : 03-8886 5555 sambungan 5551, 5556, 2418, 6484
- Fax 03-8889 2417
emel : jtm@mohr.gov.my
Selamat membuat permohonan ke ILJTM ambilan tahun 2025 secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ke Institusi Latihan JTM yang dihajati samada ILP, ADTEC ataupun JMTi.
Related : buah institut latihan perindustrian, buah institut teknikal jepun malaysia jmti,