Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS 2025 Online (Borang & Syarat). Tawaran mengikuti kursus SPAKK sijil awal pendidikan kanak-kanak.

Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS 2025 Online

Panduan buat mereka yang berminat untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) KEMAS ambilan tahun 2024. Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS secara atas talian adalah dibuka dari 4 Mac 2024 dan ditutup pada 17 Mac 2024. Permohonan ambilan tahun 2025 akan dikemaskini.

Calon yang layak akan dipanggil ke proses temuduga. Calon yang berjaya dalam Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAKK) akan dipertimbangkan untuk berkhidmat dalam jawatan yang telah ditetapkan iaitu Guru Tadika / Taska KEMAS,

Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS 2020 Online

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) KEMAS Tahun 2024

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting Permohonan Guru Tabika/ Taska KEMAS 2024 secara online meliputi syarat kemasukan, pautan borang permohonan dan panggilan temuduga.

Tarikh Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS 2024

  • Tarikh Buka : 4 Mac 2024
  • Tarikh Tutup : 17 Mac 2024

*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh rasmi. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) Tahun 2024 seperti berikut :-

Syarat Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat permohonan Guru Tabika/ Taska KEMAS yang lain adalah :-

  • Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan untuk TABIKA
  • Terbuka kepada calon perempuan sahaja untuk TASKA
  • Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip
  • Nilai CGPA 2.70 ke atas
  • Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan

Maklumat Asas Kursus Sijil Awal Pendidikan Kanak-Kanak

  1. Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
  2. Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
  3. Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Cara Memohon Guru Tabika/ Taska KEMAS 2024 (Borang Online)

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut :-

Peringatan

  1. Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;
  2. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak;
  3. Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di http://kis.kemas.gov.my sahaja yang akan diterima

Semakan Panggilan Temuduga

Tarikh akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Untuk makluman, hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga di mana calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Alamat Pejabat KEMAS Negeri

Berikut adalah senarai alamat pejabat KEMAS Negeri di seluruh Malaysia :-

  1. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis
    Tingkat Bawah. Bangunan Persekutuan Lama
    01000 Kangar, Perlis
    Tel : 04-9761023 / 04-9779382
  2. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Kedah
    Zon A, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    Bandar Muadzam Shah, 06550 Alor Setar, Kedah
    Tel : 04-7322966 / 04-731190
  3. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
    Aras 2, Anjung A, Wisma Persekutuan, Seberang Perai Utara
    Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas
    Pulau Pinang
    Tel : 04-5755781 / 04-5755762
  4. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perak
    Blok C, Tingkat 2C3-1, Bangunan Persekutuan Greentown
    Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
    30450 Ipoh, Perak
    Tel : 05-2535322 / 05-2535323
  5. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Selangor
    Lot 03-42, Tingkat 3, Kompleks PKNS
    Persiaran Tasik, 40505 Shah Alam
    Selangor
    Tel : 03-55193044 / 03-55193145
  6. Jabatan Kemajuan Masyarakat Wilayah Persekutuan
    Lot 48565 Jalan 2/12, Kampung Sri Batu
    51100 Kuala Lumpur
    Tel : 03-62510218
  7. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka
    Aras 2, Menara Persekutuan
    Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya
    75450 Ayer Keroh, Melaka
    Tel : 06-2345000 / 06-2345002
  8. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan
    Tingkat 6, Wisma Persekutuan
    Jalan Dato’ Abdul Kadir
    70000 Seremban, Negeri Sembilan
    Tel : 06-7638114 / 06-7628792
  9. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Johor
    Tingkat 6, Blok A, Wisma Persekutuan
    Jalan Air Molek
    80100 Johor Bahru, Johor
    Tel : 07- 2278941 / 07-2278373

  10. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri PahangTingkat 12, Wisma Persekutuan
    Jalan Gambut
    25000 Kuantan, Pahang
    Tel : 09-5161636 / 09-5177586
  11. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Kelantan
    Tingkat 9, Wisma Persekutuan
    Jalan Bayam
    15517 Kota Bharu, Kelantan
    Tel : 09-7441051 / 09-7443051
  12. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Terengganu
    Tingkat 10, Wisma Persekutuan
    20200 Kuala Terengganu
    Terengganu
    Tel : 09-6221321 / 09-6301400
  13. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sabah
    Aras 5, Blok A, Kompleks Pentadbiran
    Kerajaan Persekutuan Sabah
    Jalan UMS Sulaman-Likas
    Peti Surat No.23
    88400 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel : 088-488407 / 088-488408
  14. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak
    Tingkat 6 &7, Bangunan Sultan Iskandar
    Jalan Simpang Tiga
    93300 Kuching, Sarawak
    Tel : 082-240636

Selamat membuat permohonan Guru Tabika Taska KEMAS tahun 2024. Moga permohonan anda untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *