Pada 7 April 2023, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata dan mengumumkan satu pengambilan khas guru akan dibuka bagi menampung jumlah kekurangan guru di seluruh negara. Menurut KPM, negeri seperti Sarawak, Sabah, Selangor dan Johor menghadapi kekurangan guru tertinggi di antara negeri lain.
Oleh itu, sebanyak 19,431 Pegawai Pendidikan Gred DG41 akan diambil bagi mengisi kekosongan guru di sekolah. Pengambilan ini bukan sahaja dibuka untuk graduan bidang pendidikan tetapi juga terbuka kepada graduan bukan pendidikan.
Senarai Isi Kandungan
Pengambilan Khas Guru SPP 2023 (Pegawai Pendidikan Gred 41 KPM)
KPM mengumumkan lantikan secara tetap akan diberikan kepada graduan pendidikan manakala lantikan secara kontrak diberikan kepada graduan bukan pendidikan. Inisiatif ini adalah usaha KPM bagi menangani masalah kekurangan guru di seluruh negara yang melibatkan empat mata pelajaran kritikal iaitu Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Reka Bentuk dan teknologi (RBT)
Cara Permohonan Guru DG41 (2023)
Berdasarkan kenyataan KPM, satu usahasama antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah dilaksanakan bagi memudahkan proses pengambilan khas guru yang terbesar setakat ini.
Oleh itu, berikut adalah pautan kepada mySPP yang menjadi laman rasmi untuk membuat permohonan Guru DG41:
Bagi pengguna kali pertama, anda dikehendaki untuk mendaftar dan cara-cara menggunakan portal ini boleh dirujuk pada :
Tarikh Permohonan Guru DG41 (Ambilan Khas 2023)
Berikut adalah tarikh yang diumumkan oleh KPM berkaitan pengambilan khas guru sekolah rendah dan menengah Ambilah Khas 2023:
- Tarikh iklan di mySPP : 7 April 2023
- Tarikh Buka permohonan : 7 April 2023
- Tarikh Tutup : 21 April 2023 (11.59 malam)
Iklan Pengambilan Guru 2023
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh SPP, graduan pendidikan dan graduan bukan pendidikan daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Ia hendaklah mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).
Permohonan jawatan ini dibuka kepada semua mengikut kategori berikut:
i) Graduan pendidikan bagi lantikan tetap yang boleh melihat syarat-syarat pada pautan ini
ii) Graduan bukan pendidikan bagi lantikan secara Contract of Service (CoS) dan syarat permohonan pada pautan ini
Calon yang memnuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemaskini maklumat permohonan pengambilan khas guru melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat)
Calon yang memohon atau mengemaskini maklumat dalam tempoh 1 Januari hingga 6 April 2023 tidak perlu membuat pengemaskinian sepanjang hebahan ini
Calon tidak dibenarkan untuk mengemaskini permohonan selepas tarikh tutup bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.
Oleh itu, pemohon diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat.
Hanya pemohon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP. Keputusan panggilan temu duga adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Semakan Temuduga Ambilan Khas Guru DG41
Urusan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara One-off (Permohonan Guru dg41) tahun 2021 akan dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021. Semakan bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Urusan temu duga bagi pengambilan khas ini hanya akan melibatkan calon Graduan dan Bakal Graduan Pendidikan samada lepasan Universiti Awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP. Setiap calon hanya akan dipanggil temu duga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP.
Panggilan temu duga bagi Fasa 1 boleh disemak di Portal SPP pada 3 September 2021 yang akan melibatkan opsyen-opsyen berikut :
Semakan Temuduga Permohonan Guru DG41 FASA 1
- Bahasa Cina
- Bahasa Semai
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Muzik
- Tahfiz
- Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
- Pendidikan Seni / Seni Visual (SJKC)
- Pendidikan Khas (SJKC)
- Pendidikan Moral (SJKC)
- Muzik (SJKC)
- Sejarah (SJKC)
- Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
- Matematik (SJKC); dan
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)
Temuduga bagi opsyen lain akan dilaksanakan pada fasa seterusnya dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman sesawang dan media sosial SPP di pautan Facebook.
Pautan Semakan Panggilan Temuduga SPP One-off
Hanya calon-calon yang layak dalam pengambilan khas guru dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.
Untuk membuat semakan, sila rujuk laman web rasmi SPP dan ikuti langkah berikut:
- Layari laman web mySPP https://myspp.spp.gov.my/
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Semak status panggilan temuduga bagi permohonan yang telah dibuat
Permohonan Guru Interim KPM 2021 Online (Penempatan Di SK & SJKC) Fasa 2
Berita baik buat lepasan Ijazah Sarjana Muda UA/ IPTS yang berminat menjadi guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu makluman telah mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk membuat permohonan Guru Interim KPM di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) KPM. Pengambilan adalah untuk tahun 2020 dan berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Juga dikongsikan maklumat tarikh semakan keputusan Guru Interim secara online.
Pengambilan Guru Interim bagi tahun 2020 adalah untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di mana tempoh interim adalah selama 3 tahun sahaja. Calon yang berjaya adalah dikehendaki untuk mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan.
Berikut dikongsikan maklumat pengambilan Guru Interim KPM terkini (jawatan kosong terkini) meliputi tarikh penting termasuk tarikh buka dan tarikh tutup permohonan, syarat permohonan, pautan aplikasi borang, bidang yang ditawarkan dan maklumat jawatan termasuk kemudahan yang bakal diterima seperti gaji, elaun. Maklumat bagi Tahun 2021 akan dikemaskini.
Tempoh Memohon Guru Interim KPM Di SK & SJKC 2020 FASA 2
Tarikh semakan keputusan Guru Interim dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan dan panduan kepada pemohon.
- Tarikh Buka : 6 Mac 2020
- Tarikh Tutup : 20 Mac 2020
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara atas talian/ online di pautan berikut :-
- APLIKASI PERMOHONAN : PERMOHONAN JAWATAN GURU INTERIM KPM DI SK & SJKC (FASA 2)
Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim
Syarat Permohonan Kerja Kosong Guru Interim KPM DI SK 2020 FASA 2
Syarat kelayakan asas untuk memohon sebagai Guru Interim KPM di SK di ambilan tahun 2020 adalah seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Tubuh Badan Sihat
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan
- Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya pencapaian CGPA 3.0 atau yang setara dengannya iaitu lulusan :
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja Universiti Awam (UA) bagi calon-calon Semenanjung Malaysia; atau
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi calon-calon anak negeri Sarawak; dan
- Untuk opsyen Bahasa Inggeris, pencapaian mestilah sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)
Syarat Permohonan Guru Interim KPM Di SJKC 2020 FASA 2
Syarat kelayakan asas untuk memohon Guru Interim KPM di SJKC di ambilan tahun 2020 adalah seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Tubuh Badan Sihat
- Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya pencapaian CGPA 3.0 atau yang setara dengannya iaitu lulusan :
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja dari Universiti Awam (UA)
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
- Untuk opsyen Bahasa Inggeris, pencapaian mestilah sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET); dan
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON GURU INTERIM KPM DI SK & SJKC 2020 FASA 2
Mereka yang tidak layak memohon adalah seperti berikut :-
- Mereka yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia
- Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM
- Mereka yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut
- Diisytiharkan bankrap
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program
- Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
Maklumat jawatan adalah seperti berikut :-
- Jawatan/ Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap) / (Contract of Service)
- Bayaran Elaun Bulanan: RM 2,188.00
Keputusan Dan Tawaran Guru Interim 2020 FASA 2
Maklumat lanjut keputusan dan tawaran Guru Interim KPM di SK & SJKC 2020 Fasa 2, sila rujuk kepada maklumat berikut :-
- Maklumat mengenai status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara e-mel dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan e-mel semasa temu duga;
- Semakan berkaitan panggilan dan semakan keputusan temu duga boleh dibuat di laman web SPP di pautan www.spp.gov.my ; dan
- Setiap permohon mesti mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
- http://www2.mqa.gov.my/mqr/
- http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
Maklumat lanjut mengenai Pengambilan Guru Interim SK dan SKJC 2020 Fasa 2 Online sila rujuk iklan penuh di bawah:
Permohonan Guru Interim KPM 2020 Fasa 1 Online (Penempatan Di SK & SJKC)
Berikut dikongsikan maklumat kekosongan jawatan Guru Interim KPM terkini meliputi tarikh penting, syarat permohonan, pautan aplikasi borang, bidang yang ditawarkan dan maklumat jawatan termasuk kemudahan yang bakal diterima seperti gaji, elaun.
Tarikh Penting Guru Interim KPM Di SK & SJKC 2020 FASA 1
- Tarikh Buka : 23 September 2019
- Tarikh Tutup : 30 September 2019
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara atas talian/ online di pautan berikut :-
- APLIKASI PERMOHONAN : BORANG PERMOHONAN JAWATAN GURU INTERIM KPM DI SK & SJKC FASA 1
Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim
Semakan Keputusan Guru Interim KPM 2020 Fasa 1 Online
Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara semak keputusan guru interim KPM 2020 fasa 1 online serta tarikh semakan.
Semak UKCG : Oktober 2019
Keputusan Tawaran : Januari 2020
Penempatan ke Sekolah : 4 Februari 2020
Semakan boleh dibuat dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan secara atas talian/ online di pautan berikut :-
- APLIKASI SEMAKAN : SEMAKAN GURU INTERIM SK & SJKC 2020 Fasa 1
Syarat Kelayakan Memohon Guru Interim KPM Di SK & SJKC 2020 FASA 1
Syarat kelayakan asas untuk membuat application Guru Interim KPM di SK/SJKC di ambilan tahun 2020 fasa 1 adalah seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Tubuh Badan Sihat
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019
- Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya pencapaian CGPA 3.0 atau yang setara dengannya iaitu lulusan :
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja Universiti Awam (UA) bagi calon-calon Semenanjung Malaysia; atau
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi calon-calon negeri Sabah dan Sarawak;
- Opsyen yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Pemohon yang memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau IPTS tempatan perlu memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:-
- http://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau
- http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon-calon SJKC kecuali opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON GURU INTERIM KPM DI SK & SJKC 2020 FASA 1
Mereka yang tidak layak memohon adalah seperti berikut :-
- Mereka yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia
- Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM
- Mereka yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut
- Diisytiharkan bankrap
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program
- Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41
- Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
MAKLUMAT JAWATAN GURU INTERIM KPM 2020 FASA 1
Maklumat jawatan adalah seperti berikut :-
- Jawatan/ Gred: Guru Interim/ Gred DC41
- Bayaran Elaun Bulanan: RM 2,149.03 bagi ijazah kepujian
- Elaun Tetap dan Kemudahan yang dinyatakan di bawah ini mengikut syarat dan kadar yang sedang berkuat kuasa seperti berikut bagi yang layak:
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2006
- Bantuan Sara Hidup berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012
- Bayaran Insentif Pedalaman berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 atau Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2016 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman)
- Elaun Balik Kampung berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6 Tahun 2014 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman)
- Elaun dan kemudahan bagi pegawai yang bertugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013
- Elaun Perumahan Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (Pindaan Kadar)
- Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (Pindaan Kadar); dan
- Caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.
- Kemudahan lain:
- Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C
- Cuti Penggal Sekolah Bergaji Penuh
- Cuti Rehat Khas; dan
- Rawatan perubatan dan pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan untuk diri sendiri sahaja tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa
- Elaun & Kemudahan yang tidak layak diperolehi:-
- Imbuhan Tetap Perumahan; Rawatan perubatan di luar negeri; Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer; Cuti separuh gaji; Cuti tanpa gaji; Cuti bersalin; Cuti belajar; Cuti kecederaan; Cuti kerantina; Cuti Tibi, Kusta dan Barah; Cuti tanpa rekod; dan Cuti haji
Keputusan Dan Tawaran FASA 1 GURU INTERIM 2020 FASA 1
Maklumat lanjut Guru Interim KPM di SK & SJKC 2020 Fasa 1, sila rujuk kepada maklumat berikut :-
1. Calon yang permohonannya diterima perlu menduduki Ujian Psikometrik sebelum ditemu duga bagi jawatan Guru Interim
2. Permohonan yang berjaya ditawarkan tempat hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat surat tawaran interim serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah samaada di kawasan bandar atau pedalaman
3. Guru Interim tersebut perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh interim
4. Guru Interim yang yang tiada ikhtisas pendidikan perlu mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh interim dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri KDC tertakluk peruntukan semasa Jabatan
5. Maklumat berkaitan status permohonan akan dimaklumkan secara emel, calon akan dipanggil untuk temu duga dan dikehendaki membawa salinan cetakan emel
6. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 3 November 2019 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon
Related : pengambilan khas guru 2023, iklan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan gred, kelayakan yang diiktiraf setaraf, institusi pengajian tinggi, perkhidmatan pendidikan gred dg41, suruhanjaya perkhidmatan pelajaran, spp panggilan temu duga, secara berperingkat, mulai 7 julai 2021, kerajaan daripada institusi, cara mohon, pertanyaan atau aduan, jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan, guru secara one off, dg41 secara one off, katanya dalam sidang akhbar, bermula oktober, khas pendidikan agama islam, ogos 2021, Permohonan Guru dg41, Semakan Guru DG41, pihak berkuasa melantik pbm, mengatasi masalah kekurangan guru,
permohonan jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan gred dg41
diingatkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh spp
bahasa melayu sistem pengambilan anggota perkhidmatan pendidikan myspp serta mendapat pengiktirafan daripada malaysian qualification agency mqa, sekolah menengah, permohonan jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan gred dg41 tahun 2023, pautan semakan sila rujuk laman web rasmi spp dan ikuti langkah berikut, memohon atau pada 21 april 2023 jumaat, log masuk menggunakan opsyen yang akan ditentukan oleh spp dan keputusan, terutamanya dalam empat mata pelajaran, kesilapan dalam mengisi atau mengemas, keputusan panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh spp dan keputusan, empat mata pelajaran kritikal iaitu reka bentuk dan teknologi rbt bahasa melayu bahasa inggeris dan pendidikan islam,