Borang Permohonan GKP 4.0 Online. Adakah anda pemilik PKS yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia? Sekiranya ya, Kerajaan Malaysia melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) telah memperkenalkan geran khas bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro secara berperingkat. Berikut dikongsikan maklumat Tarikh Pembayaran GKP 4.0, Permohonan Geran Khas Prihatin dan semakan GKP secara online untuk panduan semua.
Bantuan yang akan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mensasarkan lebih 700 000 PKS mikro di seluruh Malaysia yang akan menikmati manfaat ini. Inisiatif yang diusahakan adalah bagi membantu aliran tunai perniagaan PKS mikro kekal positif berikutan PKP dan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara secara khusus dan dunia secara amnya.
Senarai Isi Kandungan
Tarikh Pembayaran GKP 4.0 Geran Khas Prihatin 2021
Terkini: Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri pada 19 November, Bayaran kedua GKP 4.0 bagi bulan November akan dibuat mulai 23 November 2021.
Kemaskini: Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri pada 17 September, Bayaran GKP 4.0 bagi bulan September akan dibuat mulai 21 September 2021.
Bagi pemohon baharu atau penerima sedia ada, semakan status boleh dibuat mulai 20 September 2021
Kemaskini GKP 4.0 : Susulan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan GKP 4.0 kepada penerima yang layak. Mereka yang berkelayakan akan menerima:
- RM500 pada bulan September 2021
- RM500 pada bulan November 2021
PKS mikro yang terjejas tetapi belum pernah menerima atau memohon GKP boleh membuat pendaftaran pada pertengahan bulan Julai 2021.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Kemaskini GKP Tambahan: Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.
PKS mikro yang telah diluluskan di bawah Permohonan Geran Khas Prihatin 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP.
Geran Khas Prihatin (GKP3.0)
Terkini GKP 3.0: Permohonan bagi yang belum pernah memohon dan menerima GKP sebelum ini akan dibuka 1 April sehingga 15 April 2021 melalui pautan yang sama di bawah.
Di bawah Pakej PEMERKASA, Perdana Menteri mengumumkan Geran Khas akan diteruskan. Bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan secara one-off. Permohonan akan dibuka bermula 1 April 2021.
Di bawah adalah maklumat berkaitan permohonan dan untuk membuat semakan GKP seperti syarat-syarat permohonan, tarikh, cara mohon serta semakan keputusan, permohonan rayuan untuk rujukan semua.
Sebelum membuat permohonan, anda perlu menepati syarat-syarat kelayakan (layak memohon) seperti berikut:
Syarat Permohonan GKP 3.0
1. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini
2. Pemohon berstatus warganegara Malaysia
3. Pemohon menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik
4. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021
5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
Tempoh Permohonan
Seterusnya, permohonan boleh dibuat bermula dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh LHDNM yang boleh dibuat bermula seperti di bawah:
- Tarikh Buka : 1 April 2021
- Tarikh Tutup : 15 April 2021
Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Kadar Bayaran GKP
Kadar bayaran yang bakal diterima oleh pemohon adalah sebanyak:-
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 : RM 1,000 sahaja (One Off)
- Lulus permohonan baharu GKP 3.0 : RM 1,000 sahaja (One Off)
*Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon yang layak dan akaun bank hendaklah aktif.
Panduan membuat permohonan adalah seperti di bawah:-
Borang Mohon Geran Khas Prihatin 3.0 Online
Jika anda melepasi syarat-syarat yang telah dinyatakan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut :-
- 1. Sila layari portal rasmi yang disediakan oleh LHDNM pada pautan berikut:
- Klik Borang GKP (https gkp.hasil.gov.my)
- 2. Permohonan Geran Khas Prihatin hanya boleh dibuat secara atas talian dan tiada permohonan secara borang manual
Untuk memudahkan pengguna dalam membuat permohonan dan pendaftaran, sila rujuk panduan pengguna di pautan berikut :-
Semakan GKP Keputusan Geran Khas Prihatin
Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka pada tarikh penting berikut :-
- Proses semakan dibuat bermula bulan Jun 2021
- ? (permohonan rayuan)
Pemohon yang layak akan menerima pembayaran pada tarikh pembayaran geran khas prihatin berikut:-
- akan dikemaskini
- ? (Untuk permohonan rayuan)
Berikut adalah paparan bagi Permohonan yang Berjaya dihantar.
Status Permohonan :
- Permohonan Diterima : Permohonan baharu telah diisi dan berjaya dihantar. Pemohon tidak perlu melakukan permohonan semula, tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan mulai bulan Jun 2021.
- Dalam Proses – Permohonan yang telah diterima sedang diproses verifikasi/ semakan agensi. Semasa status ini, pemohon tidak boleh melakukan pengemaskinian maklumat di dalam borang.
- Lulus/ Tidak Lulus :-
- Lulus (Layak menerima bantuan dan akan dikredikan ke akaun yang telah didaftarkan semasa dalam borang permohonan, tarikh pengkreditan akan dimaklumkan.
- Tidak Lulus (Tidak layak menerima bantuan)
Klik butang kemaskini sekiranya terdapat perubahan maklumat yang perlu dilakukan di borang permohonan yang telah dihantar.
Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin
Pemohon yang gagal dalam permohonan awal boleh membuat permohonan rayuan mulai tarikh yang dikemaskini melalui portal rasmi.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:
- Soalan Lazim
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara), 9.00 pagi – 4.30 petang.
- Facebook LHDNM
- Portal Rasmi LHDNM
Diharapkan perkongsian, sebarang pertanyaan berkaitan permohonan geran khas prihatin serta semakan Geran Khas Prihatin Online dapat membantu semua PKS Mikro yang terkesan akibat PKP. Semoga permohonan anda berjaya.
Related : https gkp.hasil.gov.my account rayuan gkp, log masuk, portal rasmi gkp, pks mikro yang berkelayakan, permohonan baru, tahun 2021, berstatus lulus, 1 juta, geran khas prihatin gkp 4.0, lulus gkp, bayaran geran khas prihatin, tarikh bayaran, 15 julai 2021 sehingga 31 julai 2021, mulai 15, nombor akaun bank,