Permohonan egTukar 2025 Online, Pertukaran Guru/ cikgu KPM di Malaysia secara online sesi Januari 2025 Dan Jun 2025 https://epgo.moe.gov.my,

Permohonan egTukar 2025 Online Pertukaran Guru

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Janauri 2025 Dan Sesi Jun 2025 Melalui egTukar Online. Berita baik buat guru yang berminat untuk membuat permohonan pertukaran sekolah? Dikongsikan dari Applikasi Pertukaran Guru KPM, permohonan egTukar 2025 boleh dimohon secara online. e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Modul egTukar dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah) dan guru

Permohonan egTukar 2022 Online pertukaran guru

Permohonan Pertukaran Guru Tahun 2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan permohonan egTukar guru tahun 2025 yang memaparkan tarikh penting permohonan, applikasi permohonan dan maklumat lanjut. Maklumat bagi tahun tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tiada permohonan luar talian/ ‘Off line’ atau secara manual bagi pertukaran guru tahun 2025. Semua permohonan pertukaran adalah melalui dalam talian/ ‘online’ melalui Modul e-Gtukar.

Pemberitahuan Terkini

Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah Bagi Tahun 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertukaran guru sesi Januari 2024 akan proses data permohonan pertukaran sehingga 15 Oktober 2023 dan permohonan yang tidak berjaya pada Sesi September 2023 sekiranya permohonan tuan/puan masih aktif.

Pastikan Semua Maklumat Ppp Dikemaskini Melalui Modul Pengurusan Guru E-operasi Dan Disahkan Oleh Pentadbir Sekolah Sebelum Mengemukakan Permohonan Pertukaran Bagi Mengelakkan Sebarang Masalah Teknikal.

Tarikh Penting Dan Aplikasi Permohonan Online

  • Permohonan di buka : Akan dikemaskini
  • Permohonan di tutup :

*Nota : RUJUKAN : Surat Pekeliling KPM Berkaitan Permohonan pertukaran guru egTukar Tahun 2021 (akan dikemaskini)

Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru

Berikut adalah syarat umum permohonan serta senarai guru yang tidak layak untuk membuat permohonan.

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
  3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

Senarai Guru Yang Tidak Layak Untuk Memohon Pertukaran

  1. Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
  2. Mereka yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  3. Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
  4. Dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  5. Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  6. Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Cara Membuat Permohonan egTukar Pertukaran Guru Online

Layari ke laman web rasmi di pautan

Langkah seterusnya :-

  1. Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem applikasi permohonan dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP.
  2. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan
  3. Sekiranya terlupa katalaluan, pengguna boleh mendapatkan semula katalaluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di laman utama e-GTukar.
  4. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan

Tukar Kata Laluan egTukar

Pengguna boleh menukar katalaluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan  Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna

  • Pengguna perlu memastikan ID Pengguna iaitu KataLaluan dan Kad Pengenalan adalah tepat di ruangan Laluan Masuk. Kemudian, klik butang OK untuk menggunakan sistem mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Log Keluar

Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan Log Keluar bagi menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan

Soalan Lazim (FAQ) Pertukaran Guru

Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya oleh pemohon mengenai permohonan.

1. Kriteria yang melayakan guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon

Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar iaitu seperti berikut :-

  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan jawatan
  3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

2. Jenis guru yang boleh membuat permohonan pertukaran guru melalui Modul E-GTUKAR

Permohonan secara dalam talian adalah dibuka kepada :-

  1. Guru Penolong Gred DG29
  2. DG32 (KUP TIME-BASED)
  3. DG34 (KUP TIME-BASED)
  4. DG38 (KUP TIME-BASED)
  5. DG41
  6. DG42
  7. DG44 (KUP TIME-BASED)
  8. DG48 (KUP TIME-BASED)
  9. DG52 (KUP TIME-BASED) dan
  10. DG54 (KUP TIME-BASED)

Pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke BPSM melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

  • Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang

3. Check Status Dan Rayuan Pertukaran Guru

Keputusan adalah muktamad. Tiada Rayuan dan pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang.

Layak atau tidak pertukaran guru sesi boleh disemak pada tarikh penting berikut :-

Maklumat Lanjut

Selamat membuat Permohonan melalui Egtukar 2025 secara online. Moga permohonan anda berjaya diluluskan.

Related : daerah dan dalam daerah, layak memohon pertukaran,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *