Permohonan PDP PAKK IPG 2022 Online, Cara mohon Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dpakk beserta syarat kelayakan memohon.

Permohonan DPAKK 2022 Online (Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

Permohonan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak KPM 2022 Online. Panduan buat indidvidu yang bekerja dan lepasan SPM. Terutamanya bagi pendidik dan pengusaha tadika dan Taska. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan DPAKK UM 2022 iaitu cara memohon atau pendaftaran Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) di Institut Pendidikan Guru (IPG) secara online.

Program DPAKK ini memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang MEWAJIBKAN guru-guru Tadika untuk memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebelum tahun 2022.

Permohonan DPAKK Online

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) IPG

Berikut dikongsikan informasi penting berkaitan Permohonan Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPG ambilan Oktober tahun 2022 yang meliputi syarat kelayakan, cara memohon dan cara hubungi.

Maklumat Program 

Maklumat lanjut mengenai Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PDP PAKK) IPG adalah seperti berikut:

  1. Mod Pengajian sepenuh masa
  2. Tempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun/6 semester
  3. Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP)adalah secara pembelajaran teradun yang merangkumi interaksi bersemuka secara fizikal dan interaksi secara dalam talian
  4. PdP interaksi bersemuka fizikal akan dijalankan pada cuti persekolahan atau cuti hujung minggu di IPG kampus
  5. Interaksi dalam talian melibatkan interaksi PdP secara pembelajaran terarah yang dilaksanakan sepanjang semester pengajian
  6. Kemudahan penginapan/ kolej kediaman bagi program ini adalah tidak disediakan

Lokasi Pengajian

Institut Pendidikan Guru (IPG) berikut telah dipilih sebagai pusat pengajian bagi program ini. Walaubagaimanapun, penawaran kampus adalah tertakluk kepada bilangan pelajar yang memohon.

ZON UTARA

  • IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

ZON TENGAH

  • IPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur

ZON SELATAN

  • IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
  • IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
  • IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

ZON TIMUR

  • IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

ZON SARAWAK

  • IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
  • IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak

ZON SABAH

  • IPG Kampus Gaya, Sabah
  • IPG Kampus Tawau, Sabah
  • IPG Kampus Keningau, Sabah

Syarat Kelayakan Permohonan PDP PAKK

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan PDP PAKK

Untuk memohon, calon perlulah melepasi syarat kelayakan permohonan seperti berikut :-

1.1 Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat Tubuh Badan
  • Dalam perkhidmatan serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

1.2 Syarat Akademik

  • Lulus SPM/SPM(V)/SPVM/SMA/SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau

Bagi pemohon yang tidak memenuhi kesemua syarat akademik di atas, hendaklah sekurang-kurangnya:

  • Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

Permohonan PDP PAKK IPG Ambilan 2022

Maklumat permohonan adalah seperti berikut :-

  • Tarikh Permohonan : 26 Julai sehingga 26 Ogos 2022
  • Nama Program : Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)
  • Yuran Pengajian : RM8,060 /6 Semester
    • Semester 1 (RM1470.00)
      Semester 2 (RM1020.00)
      Semester 3 (RM1020.00)
      Semester 4 (RM1020.00)
      Semester 5 (RM1020.00)
      Semester 6 (RM2280.00)
  • Kos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta

Permohonan boleh dibuat dalam tarikh permohonan melalui portal atas talian pada pautan berikut  :-

NOTA : Sila pastikan anda telah membuat salinan lembut (softcopy) dokumen-dokumen berikut untuk dimuat naik dalam borang pendaftaran :

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)
  2. Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan
  3. Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM
  4. Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)
  5. Salinan Permit Mengajar Yang Sah

Iklan Permohonan Program PDP PAKK IPG

Berikut dikongsikan iklan permohonan PDP PAKK IPG 2022 buat rujukan:

Selamat membuat Permohonan PDP PAKK 2022 Online. Moga hasrat anda untuk mendapatkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) akan berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *