Permohonan Online Diploma Jururawat Universiti Sains Malaysia Sesi 2024-2025. Perhatian buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menyambung pengajian Peringkat Diploma dalam bidang kejururawatan di Universiti Sains Malaysia (USM). Adalah dimaklumkan yang permohonan Diploma Kejururawatan USM ambilan sesi 2024-2025 boleh dibuat secara online bermula pada 14 Februari 2024.
Permohonan secara dalam talian (online application) adalah melalui laman web Pohon@USM sehingga tarikh tutup permohonan. Tempoh Pengajian adalah selama 3 Tahun.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Diploma Kejururawatan USM Sesi 2024-2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat Permohonan Diploma Kejururawatan USM (Jururawat) 2024 meliputi aplikasi pautan permohonan, tarikh penting, syarat kelayakan dan maklumat lanjut.
Tarikh Penting Permohonan Diploma Jururawat USM 2024
- Tarikh Buka : 14 Februari 2024
- Tarikh Tutup : 19 April 2024
Tatacara Permohonan
Calon perlu membeli No. PIN USM JURURAWAT berharga RM 60 (Warga negara) dari Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara online melalui ePayment USM. Sila pastikan No PIN USM yang betul mengikut Saluran. Permohonan secara online adalah melalui laman web :
Calon hendaklah membuat Pendaftaran terlebih dahulu sebelum LOGIN dengan mengklik butang ‘DAFTAR’
Dapatkan No. Rujukan
1. Login Borang Permohonan
No. Rujukan
Kata Laluan (ditetapkan pemohon semasa mendaftar)
2. Maklumat Peribadi
Contoh: tarikh lahir, alamat, no. telefon & sebagainya
Tekan butang SETERUSNYA
3. Maklumat Ko‐Kurikulum
Mengisi maklumat ko-kurikulum seperti badan beruniform / sukan
Jika berkaitan
4. Maklumat Kelayakan
Kursus, latihan, peperiksaan atau sijil / kelayakan profesional
Jika berkaitan
5. Maklumat Pengalaman
Pekerjaan, tempoh pengalaman
Jika berkaitan
6. Maklumat Sosio‐Ekonomi
Maklumat ibu bapa / penjaga
Contoh: Nama, No. K/P, Pekerjaan, Pendapatan dan lain-lain
7. Pilihan Program Pengajian
Pilihan program
Jika berkaitan
8. Pengesahan
Tekan butang HANTAR
Cetak maklumat permohonan untuk rujukan
Syarat Kemasukan Program Diploma Jururawat Universiti Sains Malaysia
Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan USM sesi 2024-2025 :-
Syarat Am
1. Lulus SPM/Setaraf
2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Malaysia Kertas Julai
3. Lulus mata pelajaran Sejarah
Syarat Khas Program
Lulus SPM dengan dengan lima (5) kepujian
1. Mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mathematics / Additional Mathematics
2. Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:-
Science
Biology
Chemistry
Physics
Applied Science
3. Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran yang lain DAN
Cemerlang dalam penilaian temu duga
*Calon adalah tidak dibenarkan mengikuti program ini sekiranya mempunyai masalah kesihatan berikut:
i) Masalah kesihatan mental
ii) HIV / AIDS
iii) Hepatitis B
iv) Hepatitis C
v) Epilepsi
vi) Buta warna
Calon tidak memiliki sebarang ketidakupayaan fizikal atau ketidakupayaan deria yang mampu menghalang dalam melakukan kemahiran kejururawatan.
Maklumat Lanjut
Sesi temu duga akan dijalankan sekitar bulan Jun manakala keputusan permohonan akan dihebahkan pada sekitar bulan Ogos di laman web pohon.usm.my. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk iklan permohonan Diploma Kejururawatan di pautan berikut :-
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang
No Telefon
1 300 888 876 / 04-653 3196
Fax : 04 653 3328
Waktu : Isnin – Jumaat : (8:10 pagi hingga 5:10 petang)
Laman Web/ emel/ Laman Sosial
emel : admissions@usm.my
Selamat membuat Permohonan Online Diploma Kejururawatan USM 2024. Diucapkan semoga calon berjaya dalam permohonan program Diploma untuk sesi ambilan 2024-2025.