Berita baik buat rakyat negeri Terengganu yang memerlukan bantuan, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan bantuan untuk rakyat negeri Terengganu yang kini diberikan nama sebagai iBantuan. Permohonan bagi mendapat dana ini telah dibuka mengikut tarikh tertentu bagi setiap bantuan. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai permohonan iBantuan Terengganu 2023 yang boleh dimohon secara online sebagai rujukan.
Seperti kerajaan negeri yang lain, setiap negeri akan mewujudkan bantuan khusus untuk disalurkan ke rakyat negeri masing-masing. iBantuan Terengganu dahulunya dikenali sebagai iDana/ Dana Terengganu adalah bantuan rakyat yang diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk membantu mengurangkan beban khusus buat beberapa kumpulan seperti golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU). Pemberian bantuan juga dibahagikan mengikut kategori dan terkini LMTS
- Jika terdapat sebarang peruntukkan untuk iBantuan Terengganu, kemaskini akan dibuat dari masa kesemasa
Senarai Isi Kandungan
Permohonan iBantuan Terengganu : Daftar & Semak Status
Untuk permohonan mendapatkan bantuan ini, kerajaan negeri Terengganu telah menyediakan dua cara atau kaedah seperti berikut:
1. Secara Atas Talian (Online)
Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan sebuah sistem secara atas talian (online) bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan bantuan. Selain itu, sistem ini juga ditubuhkan bagi kerajaan negeri untuk mengesahkan data-data pemohon yang diperoleh dapat diuruskan dengan lebih efisien. Berikut adalah sistem atas talian yang disediakan seperti pautan di bawah:
Langkah Permohonan iBantuan Online
Terdapat beberapa langkah yang akan dilalui oleh pemohon semasa membuat permohonan seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi iBantuan Terengganu
- Klik “Daftar” yang terletak di bawah Log Masuk
- Isikan nombor Kad Pengenalan pemohon
- Kemudian cipta kata laluan yang sesuai dan isi semula kata laluan yang dicipta
- Klik “Daftar”
- Sekiranya maklumat pemohon tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan
- Pemohon yang mempunyai maklumat dalam sistem PRT20 akan berjaya mendaftar
- Log masuk dan pada halaman bantuan, klik “MOHON” untuk membuat permohonan
Sila rujuk panduan lengkap permohonan seperti disediakan di pautan di bawah:
2. Secara Manual
Permohonan juga boleh dilakukan secara manual dengan pemohon menghadirkan diri ke Pusat Bestari di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Sila rujuk senarai maklumat dan alamat Pusat BESSCOM di seluruh Terengganu seperti disediakn di pautan di bawah:
Tarikh Permohonan Setiap Kategori iBantuan Terengganu 2023
Berikut adalah tarikh penting permohonan buka dan tutup untuk setiap kategori iBantuan Terengganu :-
i) BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
- Tarikh Buka : akan dikemaskini
- Tarikh Tutup : akan dikemaskini
ii) BANTUAN PERAYAAN 2023
- Tarikh Buka : 19 Mac 2023
- Tarikh Tutup : 31 Mac 2023
iii) BAKTI REMAJA
- Tarikh Buka : akan dikemaskini
- Tarikh Tutup : akan dikemaskini
iv) LESEN MOTOSIKAL SEJAHTERA TERENGGANU
- Tarikh Buka : 6 Mac 2023
- Tarikh Tutup : 20 Mac 2023
v) BANTUAN IBU TUNGGAL 2022
- Tarikh Buka : 20 Ogos 2022
- Tarikh Tutup : 31 Ogos 2022
vi) BANTUAN OKU 2022
- Tarikh Buka : 20 Ogos 2022
- Tarikh Tutup : 31 Ogos 2022
*Nota : Tarikh RASMI sakan dikemaskini dari masa kesemasa
Syarat Kelayakan iBantuan Terengganu
Sebelum memohon, sila pastikan anda merujuk kepada syarat kelayakan permohonan Bantuan Terengganu (iBantuan) seperti berikut :-
- Pemohon hendaklah terdiri daripada rakyat negeri Terengganu atau telah bermastautin di negeri Terengganu melebihi 10 tahun dan mendapat perakuan daripada pengerusi JKKK
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, pemohon perlu menyertakan slip perakuan pendapatan yang telah disahkan oleh pengerusi JKKK atau penghulu mukim
- Pemohon hendaklah pengundi berdaftar negeri Terengganu
- Permohonan yang tidak lengkap berhak dan akan ditolak
- Kerajaan Negeri berkuasa untuk menolak permohonan dan meminda sebarang syarat di atas tanpa notis
- Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
Untuk melihat syarat-syarat kelayakan bagi setiap kategori permohonan, sila klik pada pautan yang disediakan di bawah:
Kategori Dan Jumlah Bantuan iBantuan Terengganu
Terdapat beberapa jenis kategori bantuan dan jumlah yang berbeza mengikut penerima seperti dinyatakan di bawah. Jumlah bantuan yang dikongsikan adalah jumlah pada tahun sebelumnya dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
A. Bantuan Awal Persekolahan
- Bantuan yang diberikan kepada anak yang bersekolah (Terhad kepada dua anak sahaja) : RM 100 (akan dikemaskini)
B. Bakti Remaja
- Individu yang belum berkahwin dalam lingkungan umur 21 hingga 40 tahun : RM 200 (akan dikemaskini)
C. Dana Perayaan
- Pendapatan Ketua Isi Rumah miskin : RM 400
- Pendapatan Ketua Isi Rumah berjumlah RM2,500 hingga RM5,000 : RM250
D. Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera
- Belia berusia 16 hingga 40 tahun : Lesen Motosikal Percuma
Maklumat Lanjut Permohonan Online iBantuan Terengganu
Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat mengenai iBantuan Terengganu, sila rujuk soalan lazim yang disediakan di bawah:
Semoga perkongsian ini dapat membantu para pemohon khususnya rakyat Terengganu dapat membuat permohonan dengan lebih lancar. Diucapkan selamat maju jaya kepada yang membuat permohonan. Moga anda mendapat kelulusan dalam permohonan tersebut.
Related : talian online melalui sistem, pengundi berdaftar di terengganu, https ibantuan.terengganu.gov.my,
rakyat negeri terengganu prt20, pendaftaran pengguna mukim atau pengerusi jpkk, kecuali pendapatan isi rumah, menggunakan no kad pengenalan, penerima bantuan digunakan untuk permohonan bantuan, menetap di negeri terengganu, peniaga berlesen adalah dalam sistem profil rakyat terengganu prt20, slip gaji perlu mengemukakan, pemohon perlu mencetak borang,