Permohonan Dana Raya Terengganu 2024 Online ( i-Fitri), Cara mohon dan semak Bantuan Dana Hari Raya 2024 Terengganu secara atas talian.

Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2024 Online Dan Semakan

Borang Permohonan Dana Hari Raya i-Fitri Terengganu 2023 Online. Berita baik buat rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan menerima bantuan. Permohonan Dana Raya Terengganu 2023 (i-Fitri) akan mula dibuka pada satu tarikh yang akan dimaklumkan. Bantuan kewangan yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Raya Terengganu (iDANATTB) dikembalikan kerana peruntukan tahun 2020, 2021 digunakan untuk membantu mereka yang terjejas akibat COVID-19. Informasi dana raya i-Fitri Terengganu bagi tahun 2024 akan dikemaskini.

Bantuan Dana Hari Raya i-Fitri akan diberikan kepada golongan yang layak. Berdasarkan bantuan kewangan sebelum ini, permohonan akan dibuka secara online dan tempoh permohonan serta semakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pengagihan bantuan duit raya dijangka di buat bermula awal Ramadhan.

borag permohonan dana raya idanttb 2022

Permohonan Dana Raya Terengganu (i-Fitri) 2023 Online

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat Permohonan Dana Raya i-Fitri Terengganu 2023 buat panduan para pemohon Rakyat Negeri Terengganu. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, cara mendaftar, proses dan syarat kelayakan permohonan mengikut kategori penerima.

TERKINI 19 Mac 2023 : Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan Bantuan i-Fitri kepada mereka yang berkelayakan akan dibuka sehingga 31 Mac 2023.

21 Mac 2022 : Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat mengumumkan pembayaran i-Fitri akan dibuat pada 17 April 2022 kepada mereka yang berkelayakan. Permohonan baru akan dibuka bermula 22 hingga 31 Mac 2022.

15 November 2021 : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai i-Fitri untuk mereka yang berkelayakan dan akan diberikan menjelang Aidilfitri 2022. Peruntukkan yang berjumlah RM33.4 juta dijangka memberi manfaat kepada 115,000 isi rumah B40 dan M40.

Kadar bantuan sebanyak RM300 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000. Selain itu, terdapat juga bantuan kewangan secara one-off kepada golongan belia dan ibu tunggal yang berdaftar dengan e-Kasih.

Tarikh Permohonan Bantuan i-Fitri Raya Terengganu

  • Tarikh Buka : 19 Mac 2023
  • Tarikh Tutup : 31 Mac 2023

Syarat Permohonan Bantuan i-Fitri Raya Terengganu 

SYARAT UTAMA BANTUAN

  1. Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i-FITRI

  1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
  7. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

Dokumen Lampiran

Permohonan Baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Slip Gaji

Bantuan i-Fitri Perantau

Berita baik buat rakyat Terengganu yang menetap di luar negeri Terengganu, mereka yang berkelayakan boleh mendapat bantuan i-Fitri Perantau yang boleh dimohon bermula :

  • Tarikh Buka : 1 April 2023
  • Tarikh Tutup : 15 April 2023

SYARAT UTAMA BANTUAN

  1. Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
  2. Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i- FITRI PERANTAU

  1. Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
  2. Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
  3. PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa.
  4. Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan
  5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
  6. PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

Dokumen Lampiran

Pemohon hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan:

  1. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan 1 tanggungan.
  2. Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan 2 Pendapatan yang di sahkan.
  3. Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil 3 Elektrik atau Air

Nota Penting: Muatnaik (upload) dlm bentuk GAMBAR BERFORMAT JPG, JPEG, PNG & GIF

Cara Membuat Permohonan Online Dana Hari Raya Aidilfitri  2023 Terengganu

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online pada pautan:

Sila rujuk Manual Permohonan di pautan di atas dengan menekan butang “Cara Mohon” untuk mendapatkan maklumat lanjut cara permohonan.

Maklumat Lanjut

Selamat membuat Permohonan Bantuan i-Fitri Raya Terengganu 2023 (Hari Raya Aidilfitri) secara online pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga permohonan anda berjaya agar bantuan kewangan dapat digunakan untuk perbelanjaan harian anda.

Related : untuk bantuan dana raya aidilfitri, bantuan sara hidup,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *