Perhatian buat semua pelajar di Universiti Awam (UA) yang sedang dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Anda yang berkelayakan boleh memohon untuk mendapatkan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi tahun 2024. Biasiswa ini boleh dimohon oleh pelajar berdasarkan beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah cara bagaimana untuk membuat permohonan Biasiswa ISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tahun 2024 secara online.
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kesemua bakal guru yang mendapat prestasi cemerlang dalam pengajian di Universiti Awam (UA). Objektif program ini adalah untuk melahirkan tenaga pengajar dalam pelbagai disiplin pengkhususkan untuk memenuhi keperluan di sekolah menengah seluruh negara. Di samping itu, ia juga diharap dapat memberi motivasi kepada calon guru yang berprestasi tinggi untuk meneruskan kecemerlangan ke arah menjadi tenaga pengajar yang inovatif dan berkepakaran.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Biasiswa ISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2024 Online
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi tahun 2024 secara atas talian. Selain itu disertakan juga maklumat-maklumat penting berkaitan permohonan Biasiswa ISMP seperti tarikh permohonan dan syarat kelayakan permohonan.
Permohonan bagi Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) boleh dibuat mulai dan sehingga tarikh di bawah:
Tempoh Permohonan ISMP 2024
- Tarikh Buka : 21 Mac 2024 (5.00 petang)
- Tarikh Tutup : 25 April 2024 (5.00 petang)
*Nota : Tarikh RASMI seperti dimaklumkan di Portal Rasmi KPM
Cara Memohon Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Pemohon hanya boleh membuat permohonan secara atas talian sahaja dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di atas talian seperti di pautan berikut:
- Aplikasi : Aplikasi Epenawaran Biasiswa ISMP
- Arahan : Calon perlu daftar menggunakan Nombor Kad Pengenalan serta kata laluan (tidak lebih 6 aksara) di halaman ‘Daftar Pengguna’. Isikan borang permohonan online dengan lengkap dan hantar permohonan.
- Peringatan :
- Calon diingatkan untuk mengisi permohonan baharu (bagi calon yang pernah memohon terdahulu) membaca dan memahami syarat dan panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih
- Calon hanya boleh membuat pindaan sebanyak 3 kali sahaja dan menghantar 1 permohonan sahaja.
- Calon wajib memuat turun dan menyimpan/mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang
- Tiada penghantaran sijil-sijil diperlukan bagi permohonan secara online. Hanya sijil-sijil Asal perlu dibawa pada sesi temuduga.
- Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup seperti di atas tidak akan dipertimbangkan
Kaedah Pemilihan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat tiga kaedah pemilihan dalam pemberian Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu:
- Syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM
- Ujian Kelayakan Calon Guru
- Penilaian oleh panel temu duga
Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa ISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
A) Syarat Umum
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berusia tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2024 (tahun permohonan)
- Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) dan menghadiri sesi temu duga
- Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja
- Pemohon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya mendapat tawaran biasiswa ISMP oleh KPM
- Pemohon mestilah sihat tubuh badan
- Pemohon mestilah aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Pemohon bukanlah Pegawai Pekhidmatan Pendidikan (PPP)
B) Syarat Asas Akademik
- Pemohon mestilah memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan diri ke lantikan perkhidmatan awam
- Calon sedang mengikuti pengajian di semester 2 dan 3 bagi 3 tahun pengajian dan semester 2 hingga 4 bagi 4 tahun pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah serta perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini
- Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan
- Biasiswa hanya akan ditawarkan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam bidang kursus major sahaja kecuali bagi calon yang mengikuti kursus minor bagi bidang Teknologi Automotif dan Teknologi Kimpalan
- Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat kelayakan minimum Band 5 bagi keputusan ujian Malaysia University English Test (MUET) atau minimum Band C1 bagi keputusan ujian merujuk kepada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dan mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan ke atas bagi keputusan semester terkini
- Bagi calon Bidang Dini, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon
- Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada)
Bidang Pengajian / Pengkhususan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
Hanya bidang pengajian dan pengkhususan yang disenaraikan berikut boleh memohon untuk mendapatkan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu:
- Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sejarah
- Geografi
- Bimbingan Dan Kaunseling
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Seni Visual
- Pendidikan Khas
- Dini (Medium pengajaran dalam Bahasa Arab)
- Teknologi Elektrik
- Automotif
- Rekabentuk Teknologi
- Sains
- Teknologi Kimpalan
Bidang pengkhususan lain boleh dirujuk pada iklan permohonan berdasarkan tahun yang dimohon.
Rujuk syarat permohonan yang lengkap di
Maklumat lanjut permohonan ISMP, sila rujuk iklan berikut :
Semakan Keputusan Biasiswa ISMP
Bagi menyemak semakan keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2024 sila layari pautan di bawah mulai tarikh berikut:
- Aplikasi : Semakan Keputusan Biasiswa PISMP
- Tarikh: 9 Ogos 2024 (10 pagi)
Maklumat Lanjut Biasiswa ISMP
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah atau rujuk panduan lengkap yang disediakan oleh KPM seperti pautan berikut:
- Panduan Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP 2024
- Urus Setia Penawaran
- Telefon: 03-8321 7157/ 7113/ 7138/ 7159/ 7136
- Hotline: 03-8888 1616
- Faks : 03-8870 6839
- Emel : ismp.bt@moe.gov.my
- Pertanyaan / masalah teknikal borang permohonan:
- E-mel : tm.bbp@moe.gov.my
- (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal borang permohonan yang dihadapi)
- E-mel : tm.bbp@moe.gov.my
- Alamat:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Aras 2, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA - Waktu Pertanyaan:
Hari: Isnin – Jumaat (kecuali cuti umum)
Masa (Isnin – Khamis): 8:30 pagi – 12.30 tengah hari dan 2:30 petang – 4.30 petang
Masa (Jumaat): 8:30 pagi – 12:00 tengah hari dan 3:00 petang – 4.30 petang
- Sebarang Pertanyaan / Cadangan berkenaan biasiswa KPM boleh dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui e-mel bbp.info@moe.gov.my
- Urus Setia Penawaran
Diucapkan selamat maju jaya buat semua yang ingin membuat permohonan Biasiswa ISMP. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan para pelajar dalam mendapatkan bantuan biasiswa seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam pengajian dan dapat berbakti semula kepada masyarakat.