Cara Mohon Bantuan Zakat Sabah. Perhatian kepada asnaf-asnaf kelahiran negeri Sabah. Adakah anda ingin membuat permohonan bantuan zakat daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)? Sekiranya ya, Bahagian Zakat dan Fitrah (MUIS) kini telah menaiktaraf sistem bantuan zakat dari secara kaunter kepada sistem online. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Bantuan Zakat MUIS (Sabah) Online untuk panduan mereka yang berkelayakan.
Sebagai makluman, Majlis Ugama Islam Sabah mula menguruskan hal ehwal pungutan dan agihan zakat di negeri Sabah sejak tahun 1970. Unit yang mula dikenali sebagai unit Baitulmal telah melalui proses penjenamaan semula seperti Bahagian Zakat dan Fitrah seterusnya kepada Pusat Zakat Sabah bagi mengetengahkan aspek komersial dan professional dalam hal ehwal agama. Dengan moto ‘Berzakat membawa berkat, bersama membangun asnaf’, MUIS ingin memastikan setiap asnaf mendapat bantuan yang layak dengan mudah.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Bantuan Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Secara Online
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan syarat-syarat dan cara membuat Permohonan Bantuan Zakat MUIS Sabah Online untuk rujukan semua.
Syarat-Syarat Umum Permohonan Bantuan Zakat MUIS Sabah
Permohonan bantuan zakat Sabah (MUIS) terbuka kepada:
- Penduduk asal Negeri Sabah.
- Warganegara Malaysia/ Permastautin tetap
- Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.
Cara Memohon Skim Bantuan Zakat MUIS
Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan semua skim bantuan zakat yang disediakan secara online:
- Sila akses pautan permohonan di:
- Pemohon perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menekan butang Daftar Sekarang.
- Masukkan nombor kad pengenalan
Skim Bantuan Zakat MUIS
Berikut adalah skim-skim bantuan zakat yang disediakan oleh MUIS secara online kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan:
BANTUAN SOSIO & EKONOMI
- Bantuan Am
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Bencana Alam
- Bantuan Pengurusan Jenazah
- Bantuan Kecemasan
- Bantuan-Bantuan lain seperti Bantuan Pembangunan Asnaf, Bantuan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz, Bantuan Elaun Guru Zakat JHEAINS, Bantuan Utiliti serta Pengimarahan Masjid dan Surau, Bantuan Tahunan Pusat Dialisis (MUIS-NKF), Bantuan Pelajar Fakir Miskin( Majikan Sekolah KPM), Bantuan Rumah Anak Yatim (RAY), Bantuan Badan/ Pertubuhan Kebajikan/ Bukan Kerajaan (NGO) dan Bantuan Guru Panitia Agama Islam
BANTUAN PENDIDIKAN
- Bantuan Yuran Pendaftaran
- Bantuan Tiket Penerbangan
- Bantuan Dermasiswa (Permohonan awal / Lanjutan / Tiket Tamat Pengajian)
BANTUAN MUALAF
- Bantuan Am Mualaf (meraih saudara baru)
- Bantuan Perubatan
- Bagi mendapatkan maklumat penuh berkenaan skim bantuan yang disediakan oleh MUIS, sila buka pautan berikut: Maklumat Penuh Skim Bantuan Zakat MUIS
Bantuan Khas COVID-19 MUIS
Bahagian Zakat dan Fitrah (Majlis Ugama Islam Sabah) mengambil inisiatif untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta peruntukan zakat kepada mereka yang memerlukan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.
Antara bantuan zakat yang diagihkan terdiri daripada 6 jenis Bantuan Khas BZF COVID-19:-
- Bantuan Khas Waris Pesakit Covid19 Yang Meninggal Dunia
- Bantuan Khas Penerima Bantuan Bulanan BZF (MUIS)
- Bantuan Khas Fakir Miskin Mualaf (FMM) BZF (MUIS) pada bulan Ramadan
- Bantuan Khas Masjid Keperluan Asas Asnaf
- Bantuan Khas Petugas Mesra Ibadah
- Bantuan Khas Mahasiswa/i Sabah di Kaherah, Mesir
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ibu Pejabat MUIS
- Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
Tingkat 1, Blok A & B, Wisma MUIS
Peti Surat 11666,
88818 Kota Kinabalu Sabah
Laman Web/ Facebook
- appszakat.sabah.gov.my
- Emel: zakat@sabah.gov.my
- Facebook Rasmi MUIS
No. Telefon
- 088-279206 / 279100
Diharap perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Zakat MUIS Sabah Online ini dapat membantu anda dalam urusan yang dijalankan. Semoga permohonan anda berjaya dan diluluskan oleh MUIS.