Permohonan BMT Bantuan Musim Tengkujuh 2024 Pekebun Kecil Getah, Cara mohon online & kemaskini borang di pejabat RISDA & semakan status.

Permohonan BMT Bantuan Musim Tengkujuh 2024 Pekebun Kecil Getah

Cara Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Dan Semakan Status BMT. Berita baik buat pekebun kecil dan penoreh getah. Pihak RISDA Malaysia telah membuka kemaskini permohonan Bantuan Musim Tengkujuh atau ringkasnya BMT untuk tahun 2024. Berikut dikongsikan panduan Permohonan BMT 2024 meliputi borang permohonan beserta maklumat syarat kelayakan memohon BMT. Sekiranya terdapat pertanyaan atau masalah sila hubungi Pejabat RISDA berdekatan.

Bantuan yang telah diperkenalkan bermula pada beberapa tahun yang lepas memperuntukkan pembayaran sebanyak RM600 dua kali bayar kepada pekebun kecil yang layak iaitu terjejas akibat kejatuhan harga getah. Untuk tahun ini, jumlah bantuan adalah sebanyak RM800 seperti yang diumumkan secara rasmi dalam Belanjawan 2023.

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Online

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 dan kemaskini borang secara online sahaja. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan bantuan kewangan bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil terpelihara ketika musim tengkujuh melalui pengisian borang BMT.

Permohonan BMT telah dibuka mulai 1 Jun 2024. Mereka yang layak tetapi masih belum memohon (pemohon baharu), pihak RISDA akan membuka permohonan pada 1 Jun hingga 30 September 2024. Rayuan bagi permohonan yang gagal bermula tarikh yang akan dikemaskini.

Info BMT

  • Jumlah : Tahun 2024 RM800. Tahun 2023 : RM800
  • Tarikh Bayaran : November & Disember 2024, Januari & Februari 2025

Permohonan Baharu BMT 2024

Menurut laman web pekebunkecil RISDA, tempoh pelaksanaan permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 Jun hingga 30 September 2024. Kaedah permohonan secara online adalah seperti berikut :

i) Layari Portal Permohonan BMT di pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

  • Klik Daftar Pengguna untuk pemohon yang belum mendaftar/ pengguna baharu ATAU
  • Log Masuk untuk mereka yang telah mendaftar

ii) Setelah Log Masuk, klik Mohon Bantuan BMT di Dashboard Pengguna

  • Isikan maklumat pemohon
  • Maklumat Tanah
  • Akaun Bank Penerima
  • Muat Naik Dokumen Sokongan
    • Salinan Kad Pengenalan (Hadapan)
    • Salinan Kad Pengenalan (Belakang)
    • Salinan Geran Tanah Yang Dimohon
    • Penyata Bank
  • Sila pastikan saiz setiap dokumen yang dinyatakan diatas tidak melebihi daripada 8MB
  • Membuat pengesahan

Syarat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024

Untuk syarat tahun 2024, pemilik pengusaha atau penoreh perlu menepati syarat-syarat berikut:-

  1. Pekebun Kecil RISDA (Pemilik Pengusaha)

    • Warganegara Malaysia
    • Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA (Mempunyai kad pengenalan pekebun kecil (SIC))
    • Mempunyai Tanah Keluasan 0.1 Hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat
    • Merupakan Pemilik Tanah Yang Sah
    • 1 Lot Hanya Seorang Penerima Bantuan Sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
  2. Penoreh Bukan Pemilik

    • Warganegara Malaysia
    • Penoreh Bukan Pemilik Yang Berdaftar Dengan RISDA
    • Menoreh di Lot Keluasan 0.1 Hektar sehingga 2.5 hektar
    • Mendapat Pengesahan Pemilik Tanah Yang Sah bagi penoreh
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
    • 1 Lot Hanya Seorang Penerima Bantuan Sahaja

*Seorang pekebun kecil atau penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja

**Kaedah bayaran adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak

***Bagi pekebun kecil di bawah Agensi pertanian yang lain, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang BMT 2024 01 (Agensi) dan sertakan serat pengesahan daripada Agensi untuk dihantar ke pejabat Agensi berkenaan seperti: Lembaga Getah Malaysia, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA, KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain

Syarat Terperinci :

Berdaftar dengan RISDA

  1. Pekebun kecil yang tersenarai di dalam sistem e-SPEK
  2. Bagi pekebun kecil atau penoreh bukan pemilik yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian borang BMT 2024 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA
  3. Peserta yang menyertai program yang dilksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diururskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA

Pemilik Tanah Yang Sah

  1. Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan
  2. Bagi negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah berdaftar ke atas surat hak milik tanah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak
  3. Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hak milik atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pejabt tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (Mati) dari Risda iaitu Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya (TS20A(Pin.1/96)) dan Surat Sumpah oleh Pihak yang berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS20B(Pin.1/09))
  4. Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh KPLB serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuan pembangunan ladang sejahtera oleh RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDA dan Kerajaan Negeri

Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 

Status permohonan boleh disemak secara online di pautan e-Bantuan Musim Tengkujuh (e-BMT) berikut:

  • Semakan e-BMT (pekebunkecilmakmur.com.my)
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Semak

Semakan Status Permohonan BMT Pejabat RISDA

  • Selain cara-cara di atas, Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh yang tersenarai di dalam sistem juga boleh disemak di pejabat RISDA berhampiran

*Nota : Jika nama tiada dalam senarai, boleh isi permohonan baru di pejabat Risda dan membawa surat pengesahan daripada agensi masing-masing. Senarai yang layak akan masuk dalam sistem

Dokumen Yang Perlu Disertakan

Bawa bersama salinan dokumen-dokumen atas pengisian borang BMT di sistem maklumat pekebun-pekebun kecil RISDA adalah seperti berikut:

Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Geran asal tanah dan salinan; dan
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif.

Penoreh Bukan Pemilik

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
  3. Salinan geran lot yang ditoreh; dan
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Pekebun Kecil di bawah Agensi

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  4. Surat pengesahan daripada Agensi
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan semakan BMT, sila hubungi :-

Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan RISDA, sila layari Laman Sesawang dan Media Sosial rasmi RISDA atau sebarang pertanyaan boleh hubungi :-

i) Khidmat Bantuan/Cadangan/Maklumbalas klik Di sini

ii) Talian Hotline : 03-42510171

iii) Emel : portalpk@risda.gov.my

Selamat membuat Permohonan serta kemaskini buat pekebun dan penoreh getah bagi membolehkan menerima bmt. Semoga permohonan bantuan anda berjaya dalam meringkan beban kewangan pada musim tengkujuh nanti.

Rel: menoreh di lot berkeluasan 0.1, portal pekebun kecil risda, berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar, 15 jun 2023 hingga 15 september 2023, memohon bantuan, no kad permit autoriti getah pat g yang masih sah, permohonan bmt 2023 bantuan musim tengkujuh rm800, pengesahan pemilik tanah atau mahkamah yang berkenaan atau surat wakil kuasa mati dari risda iaitu pengakuan kematian dan waris warisnya ts20a, kemaskini maklumat, layak menerima bantuan musim tengkujuh bmt 2023, peserta yang berkongsi waris waris pemegang amanah ts20b, menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar, sah ketika permohonan dibuat, 1 lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar, peserta yang masih sah atau slip pengaktifan kad pat g wajib bagi permohonan di bawah jabatan pertanian sarawak jps dan jakoa sahaja, syarat kelayakan penoreh bukan pemilik, mempunyai kad permit autoriti getah pat g yang masih sah ketika permohonan dibuat
bayaran bantuan musim tengkujuh bmt 2023, salinan kad permit autoriti getah pat g yang masih sah ketika permohonan dibuat, secara atas talian,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *