Mohon Bantuan Musaadah Khaira PPZ COVID-19. Berita baik buat warganegara Malaysia yang berkelayakan. Pusat Pungutan Zakat Majilis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM1 Juta bagi Bantuan Khas Musaadah Khaira. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ dan semakan status untuk rujukan semua.
Insentif Bantuan yang dilancarkan pada 1 April 2020 adalah usaha PPZ MAIWP untuk membantu semua warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. Golongan pendapatan pertengahan, penjaja, peniaga kecil dan pekerja B40 yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19 perlu dibantu untuk meringankan beban hidup mereka. Inisiatif ini juga merupakan tindakan MAIWP untuk menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu golongan yang memerlukan.
Senarai Isi Kandungan
Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP
Berikut adalah perkongsian mengenai cara memohon bantuan Musaadah Khaira PPZ, cara menyemak status permohonan dan maklumat yang berkaitan.
Bantuan Musaadah Khaira PPZ adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah. Pemohon akan ditapis mengikut syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ
Pemohon hendaklah mempunyai syarat kelayakan berikut :-
- Warganegara Malaysia berumur 20 tahun dan ke atas sahaja
- Golongan B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan
- Terjejas atau hilang punca pendapatan disebabkan keadaan semasa (COVID-19)
- Peniaga yang tidak lagi dapat berniaga disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
KADAR BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ
Kadar Bantuan Musaadah Khaira PPZ adalah :-
One Off : RM 300 sahaja bagi setiap keluarga*/bujang*
*Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.
Untuk makluman, Bantuan Musaadah Khaira akan diberikan sekali sahaja secara (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang
Panduan Bantuan Musaadah Khaira PPZ adalah seperti di bawah:-
Tatacara & Borang Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP Online
Sekiranya anda melepasi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, pemohon dikehendaki mengikuti langkah-langkah permohonan dengan mengisi borang secara atas talian/ online seperti panduan berikut :-
- 1. Sila layari borang Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP di pautan berikut :-
- Borang Permohonan Online Bantuan Musaadah Khaira
- 2. Isi maklumat peribadi dengan lengkap
- 3. Sila nyatakan alamat terkini
- 4. Isikan maklumat tanggungan
- 5. Muat naik dokumen bukti yang berkaitan
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad)
- Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan Pemberhentian Kerja atau Cuti Tanpa Gaji / dikurangkan gaji bulanan
- Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak Perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
- Akaun Bank / Surat Kuasa : *Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan Surat Kuasa yang ditandatangani oleh pemohon. Nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.
Nota: Pemohon perlu memuat naik dokumen di atas, ketika mengisi borang pemohonan secara atas talian dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen-dokumen tersebut.
- 6. Maklumat yang telah diisi akan terpapar untuk semakan dan Klik hantar
Untuk makluman, bayaran bantuan akan disalurkan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak.
Tempoh Permohonan
- Tarikh Buka : 1 April 2020
- Tarikh Tutup : –
Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira
Bagi penerima yang layak untuk mendapatkan bantuan ini, anda boleh menyemak status dengan membuka pautan berikut:-
- Semakan Bantuan Musaadah Khaira
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (MyKad)
- Klik semak status
- Keputusan permohonan dan status akan dipaparkan
Tarikh Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira
- Tarikh Buka : 1 April 2020
- Tarikh Tutup : –
Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk makluman anda, Bantuan Musaadah Khaira telah menerima permohonan yang di luar jangkauan. Anda dinasihatkan agar mematuhi dan memastikan setiap langkah-langkah permohonan diisi dengan tepat agar permohonan anda tidak diklasifikasikan sebagai gagal.
Sebab Permohonan Di Tolak/ Status Tidak Lengkap
- Slip gaji tidak jelas / Nama majikan tidak jelas
- Tiada dokumen yang merujuk kepada terkesan semasa PKP / B40
- Tidak mengisytiharkan maklumat pasangan dan tanggungan dengan jelas
- Dokumen yang di lampirkan tidak lengkap / tidak berkaitan
- Tiada bukti tanggungan seperti salinan I/C tanggungan
- Tiada dokumen sokongan bagi yang menjalankan perniagaan kecil/ penjaja
- Memuat naik lampiran yang salah dan tidak jelas (kabur)
- Memuat naik lampiran di ruang/ bahagian yang salah
Oleh itu, pemohon perlu memastikan permohonan dengan dokumen-dokumen sokongan yang kukuh mengikut sektor pekerjaan seperti berikut:
- 1. Peniaga kecil/ peniaga pasar/ bekerja sendiri/ bekerja kampung/ tiada slip gaji
- Surat akuan sumpah
- Surat pengesahan / Sokongan ketua kampung @ yang diberi kuasa
- Permit berniaga / Lesen perniagaan / gambar gerai @ premis
- Penyata bank yang tertera transaksi yang berkaitan / Resit sewa tapak @ Resit pembelian barang jualan
- Lesen berniaga / Sijil SSM
- 2. E-hailing/ ejen jualan langsung/ gaji hari/ komisen/ majikan industri non- essential
- Tangkap layar (Screen shot apps @ online version user profile) / komisen diterima
- Tangkap layar (Screen shot) penyata gaji dari majikan
- Slip gaji tertera nama majikan
- Slip gaji, bukti terkesan dari bencana COVID-19 seperti surat pengesahan dari majikan jika diberhentikan / digantung / diberi cuti tanpa gaji dan sebagainya
Info Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila rujuk pautan berikut:
- Soalan Lazim Musaadah Khaira PPZ
- Facebook Rasmi Musaadah Khaira PPZ
- Portal Rasmi PPZ MAIWP
- No. Tel: 1300-88-5757
Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dan Semakan Status dapat membantu anda yang terkesan akibat wabak COVID-19. Diharapkan permohonan anda diterima dan berjaya.