Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Online (BKIT) RM300 (Mengikut negeri). Cara Daftar atas talian dan borang manual untuk pemohon seluruh negeri.

Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Online (BKIT) & Cara Daftar iWanita JPW JKM

Pendaftaran Ibu Tunggal Secara Online Dan Manual. Berita baik kepada golongan ibu tunggal di seluruh Malaysia. Sudahkah anda mendaftar sebagai ibu tunggal melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)? Jika belum, berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara daftar ibu tunggal Online & Manual melalui iWanita JPW JKM untuk rujukan semua. Pelbagai bantuan dan manfaaat yang akan diperoleh sekiranya anda mendaftar melalui JKM dan JPW. Juga dikongsikan maklumat permohonan bantuan Ibu Tunggal RM300 yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri.

Sebagai makluman, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menyatakan bahawa golongan ibu tunggal adalah merupakan kumpulan sasar untuk menerima manfaat yang pebagai. Dengan pengenalan Dasar Wanita Negara, jaminan pembangunan dan pengupayaan wanita dalam pembangunan negara menjadi salah satu inisiatif yang dapat membantu perkembangan keboleh upayaan wanita terutamanya golongan ibu tunggal.

Permohonan Bantuan Ibu Tunggal BKIT

Cara Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Online (JPW)

Berikut adalah maklumat mengenai berkiatan cara-cara daftar ibu tunggal secara online & manual melalui iWanita JPW dan JKM mengikut negeri. Manfaat-manfaat lain bantuan sekiranya anda mendaftar sebagai ibu tunggal juga dikongsikan di bawah.

Selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), golongan ibu tunggal yang berdaftar akan menerima bantuan khas ibu tunggal secara one-off sebanyak RM300 sebelum perayaan Hari Raya Aidiladha. Golongan orang kurang upaya (OKU) juga akan menerima bantuan yang sama dari pihak kerajaan. Panduan membuat Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang dikongsikan mengikut negeri.

Terkini: Menurut Menteri Kewangan dalam Laporan Laksana ke -13, bantuan khas ibu tunggal secara one-off dijangka disalurkan pada 30 Julai 2020.

Definisi Ibu Tunggal

Berdasarkan KPWKM, ibu tunggal boleh didefinisikan sebagai:

Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (warganegara Malaysia) bagi kategori:

  1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Permohonan BKIT RM300

Cara mohon bantuan ibu tunggal BKIT bantuan RM300, anda perlu mengisi borang permohonan BKIT mengikut negeri masing-masing secara online. Anda dikehendaki log masuk ke dalam akaun Google untuk mengisi borang permohonan bantuan yang disediakan oleh JPW (isi maklumat kad pengenalan dan sebagainya). Permohonan ini dibuka sehingga 31 Oktober 2020 dan bayaran bantuan adalah mulai bulan Julai sehingga November 2020

Pemohon perlu memilih kategori, mengisi maklumat peribadi, maklumat waris, tanggungan dan bantuan yang diterima (Penerima bantuan dari agensi berlainan masih layak untuk menerima Bantuan Khas Ibu Tunggal jika berkelayakan).

Pautan borang untuk membuat permohonan Bantuan Khas BKIT mengikut negeri adalah seperti berikut:

SUMBER: Jabatan Pembangunan Wanita

Dokumen Sokongan Permohonan Bantuan Ibu Tunggal

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan BKIT (cara mohon bantuan ibu tunggal) adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
  3. Salinan Penyata Akaun tahun Semasa
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/ MyKid/ MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
  5. Slip Gaji terkini (jika berkenaan)
  6. Pengesahan Pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Contoh: Surat Pengesahan daripada Majikan)
  7. Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)
  8. Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)

Syarat Kelayakan

Pemohon hendaklah merupakan:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran Definisi Ibu Tunggal
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS. Sebarang pemakluman yang berkaitan dengan Permohonan Bantuan Khas RM300 akan dikemaskini di laman web dan facebook JPW.

Semak Status Permohonan

Anda boleh menyemak status permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) melalui pautan berikut:

Pendaftaran Ibu Tunggal Untuk Bantuan Lain (Melalui iWanita JPW JKM)

Menurut Portal Rasmi JPW, terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran ibu tunggal iaitu secara online dan manual. Bagi permohonan online, setiap individu boleh mendaftarkan diri dengan mengakses sistem iWanita di http://iwanita.jpw.gov.my.

Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah

i) Daftar Ibu Tunggal Secara Online

Para ibu tunggal boleh mendaftar secara online melalui laman yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita melalui pautan berikut:

  • Sistem iWanita (Laman sedang diselenggara)

ii) Daftar Ibu Tunggal Secara Manual

Untuk melakukan perdaftaran ibu tunggal secara manual (cara mohon bantuan ibu tunggal), anda boleh melakukannya di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN), Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

Berikut adalah maklumat lokasi PPWN setiap negeri termasuk waktu operasi dan alamat pejabat yang berdekatan dengan anda:

1. Wilayah Persekutuan

  • Alamat Kuala Lumpur:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
      UTC Pudu
      Kuala Lumpur, 50151, Malaysia
  • Cara Hubungi:
  • Alamat Labuan:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Labuan,
      No.U1402, Jalan OKK Abdullah
      Peti Surat 81124,
      87021 Wilayah Persekutuan Labuan
  • Cara Hubungi:
    • No.Telefon : 087-426418
    • No.Fax : 087-426419

2. Selangor

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor
      Tingkat 7, Plaza Perangsang
      Persiaran Perbandaran
      40000, Shah Alam, Selangor
  • Cara Hubungi:
    • No. Tel : 03 – 5511 8891
    • No Faks : 03 – 5511 8706
    • Emel : ppwnselangor@jpw.gov.my
    • Facebook: JPW Selangor

3. Terengganu

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu
      L4-UTC-11, UTC Terengganu
      Tingkat 4, Paya Bunga Square
      Jalan Masjid Abidin
      20100 Kuala Terengganu
      Terengganu Darul Iman
  • Cara Hubungi:
    • Tel: 09-6203341
    • Faks: 09-6203342
    • E-mel: ppwnterengganu@jpw.gov.my
    • Facebook: JPW Terengganu

4. Pulau Pinang

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang,
      Aras 6, Bangunan Persekutuan,
      Jalan Anson,
      10450 Pulau Pinang.
      Malaysia.
  • Cara Hubungi:

5. Perak

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak
      Lot LB24- LB27 (UTC 30)
      Urban Transformation Center Perak
      Off Jalan Dato’ Onn Jaafar
      30300 Ipoh
      Perak
  • Cara Hubungi:
    • Tel : 05-2531320
    • Fax : 05-2532320
    • E-mel : ppwnperak@jpw.gov.my

6. Negeri Sembilan

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan
      Tingkat 4, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
      Jalan Yam Tuan,
      70000 Seremban, Negeri Sembilan.
      Malaysia
  • Cara Hubungi:

7. Melaka

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
      No.17, Rumah Nur,
      Bukit Peringgit,
      75400 Melaka,
      Malaysia.
  • Cara Hubungi:

8. Kelantan

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan
      JKR 1030, Taman Kemumin
      Pengkalan Chepa
      16100 Kota Bharu
      Kelantan
  • Cara Hubungi:
    • No. Telefon : 09-7741005
    • No. Faks : 09-7737598
    • Emel : ppwn.kel@gmail.com
    • FB : PPWN Kelantan

9. Kedah 

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah
      Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
      5-4 UTC Tingkat 5, Bangunan UTC
      Kompleks MBAS, Jalan Kolam Air
      05675 Alor Setar, Kedah Darul Aman
  • Cara Hubungi:
    • No. Tel: 04-7360090
    • No. Fax: 04-7360095
    • Email: ppwnkedah@jpw.gov.my
    • Facebook : PPWN Kedah

10. Johor

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor
      Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
      Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor,
      P3-UTC-09, Menara Ansar,
      Jalan Trus,
      80000 Johor Bahru.
  • Cara Hubungi:
    • No. Tel : 07-2242299 / 07-2218179 / 07-2279745
    • No. Faks : 07-2234499
    • Email : ppwnjohor@jpw.gov.my
    • Facebook : JPW JOHOR

11. Sabah

  • Alamat:
    • Tingkat 3 & 4, Wisma Wanita,
      Kilometer 3.5 Jalan Tuaran,
      Kota Kinabalu, Sabah
  • Cara Hubungi:

12. Sarawak

13. Perlis

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis,
      Tingkat 3, Bangunan Tun Hj Abdul Razak,
      Jalan Tun Razak,
      01000 Kangar, Perlis
  • Cara Hubungi:

14. Pahang

  • Alamat:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang,
      A 589, Jalan Teluk Sisek,
      25000, Kuantan, Pahang
  • Cara Hubungi:

Senarai Manfaat Permohonan Bantuan Ibu Tunggal

Setelah membuat pendaftaran beserta dokumen sokongan, anda layak untuk menerima pelbagai insentif atau skim bantuan seperti yang dikongsikan di bawah:

  • Perubatan atau kesihatan
    1. Skim Peduli Sihat
    2. Skim Rawatan Jantung
  • Bantuan Kebajikan
    1. Bantuan Am (termasuk kanak-kanak/ mempunyai anak)
    2. Bantuan JKM Bantuan Orang Tua
      • Layari Portal Rasmi JKM untuk maklumat lanjut
    3. Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
      • Layari Portal Rasmi KISS untuk maklumat lanjut
    4. Bantuan Sara Hidup
      • Layari Portal Rasmi BSH untuk maklumat lanjut
    5. Bantuan Zakat
  • Bantuan Perniagaan
    1. Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)
      • Layari Portal Rasmi TEKUN untuk maklumat lanjut
    2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
    3. Program e-Kasih
    4. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    5. Bantuan Zakat
    6. Geran Pelancaran (GP)
      • Layari Portal Rasmi JKM untuk maklumat lanjut

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah berkaitan cara daftar ibu tunggal secara online dan manual, sila hubungi:

Semoga perkongsian berkaitan permohonan BKIT serta cara mohon bantuan ibu tunggal Online & Manual melalui iWanita JPW & di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM membantu anda terutamanya golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *