Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor. Borang bantuan tunai akibat hilang pekerjaan atau punca pendapatan e-Ihsan Joho.r

Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

Perhatian kepada semua penduduk yang menetap di negeri Johor. Adakah anda terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan akibat penularan wabak COVID-19? Kerajaan negeri Johor telah mengumumkan Bantuan Tunai Ihsan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor berjumlah RM250 atau RM500 sebagai panduan buat semua.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara, ramai rakyat yang terkesan dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19. Oleh itu, kerajaan negeri Johor akan memberikan bantuan kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Ianya meliputi golongan M40 dan juga individu yang bukan warganegara Malaysia yang melepasi kriteria kelayakan. Bantuan ihsan ini merupakan tanda prihatin kerajaan negeri terhadap setiap individu yang hilang pekerjaan atau punca pendapatan ketika waktu yang sukar ini.

Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor RM250 atau RM500

Di bawah adalah maklumat berkaitan Permohonan Bantuan RM250 atau RM500 untuk panduan rakyat Johor.

Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan Covid-19 Johor

Pemohon hendaklah mempunyai syarat kelayakan berikut :-

  1. Orang perseorangan atau isi rumah yang tidak pernah mendapat apa-apa bantuan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri seperti BSH/BPN daripada Kerajaan Persekutuan dan bantuan berbentuk makanan atau wang tunai di peringkat Kerajaan Negeri
  2. Pendapatan isi rumah yang berjumlah RM8,000 ke bawah yang tercicir daripada menerima BPN/BSH
  3. Individu bujang (bukan dalam tanggungan keluarga) / isi rumah berumur 18 tahun ke atas

Kadar Bantuan

Berikut adalah kadar bantuan yang ditetapkan kepada pemohon:

  • RM 250/ RM 500

*Pembayaran akan dilakukan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor melalui Electronic Fund Transfer (EFT).

**Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.

Tatacara & Borang Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 Negeri Johor

1) Wakil / Penyelaras pusat saluran yang akan mengenal pasti mereka yang bekelayakan ATAU mereka yang berkelayakan boleh menghubungi wakil / penyelaras pusat saluran di kawasan masing-masing

2) Wakil yang dilantik akan membantu orang perseorangan atau isi rumah yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri

3) Tiada permohonan secara dalam talian (Online)

4) Permohonan akan ditutup apabila Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik COVID-19 berakhir

5) Tiada borang diperlukan (tetapi beberapa maklumat diperlukan untuk wakil pusat saluran membuat permohonan. Borang yang tersebar adalah bagi kegunaan wakil sebagai panduan sahaja

Bantuan Ihsan Johor _2

Ejen Pusat Saluran

Kerajaan Negeri Johor telah melantik Ketua Pusat Saluran untuk melantik Ejen Pusat Saluran bagi membantu individu atau isi rumah untuk membuat permohonan. Di bawah adalah contoh ejen-ejen pusat saluran yang dilantik:

  1. Pejabat Menteri Besar :
    • YB Dato’ Zulkarnain Bin Haji Kamisan
    • YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy
    • YBhg. Datuk Tee Siew Kiong
  2. Pejabat Daerah :
    • Penghulu
    • Ketua Kampung
  3. Pihak Berkuasa Tempatan :
    • Ahli Majlis
    • Ketua Jabatan PBT
  4. Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri :
    • Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)

No Untuk Dihubungi Setiap Kawasan DUN

Bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan sasaran, kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah melantik wakil / penyelaras bagi membantu mereka yang berkenaan membuat permohonan.

Sehubungan itu, disertakan nama dan nombor wakil / penyelaras yang dilantik di kawasan 56 ADUN itu seperti yang tertera di bawah.

Carta Alir Prosedur Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

Berikut adalah carta alir prosedur permohonan Bantuan Ihsan Johor:

Bantuan Ihsan Johor _1

Soalan Lazim Bantuan Tunai Ihsan COVID-19 Johor

Berikut adalah Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Ihsan Johor sebagai rujukan semua:

Apa itu Sistem e-IHSAN Johor

Sistem e-IHSAN Johor merupakan satu sistem Pusat Maklumat yang mengandungi maklumat penerima-penerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti BSH/ BPN. e-IHSAN hanya akan memproses maklumat Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor yang diterima bagi pemohon yang berkelayakan dan akan menilai setiap permohonan supaya wujud keseragaman dan tidak timbul pertindihan

Bantuan Ihsan Johor _4Bantuan Ihsan Johor _6
johor

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan Pusat Maklumat Ihsan COVID-19 Johor:

  • 07 266 6766
  • ihsancovid19@johor.gov.my
  • Bilik i-Speks Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, 79100 Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
  • e-Ihsan Johor

Diharapkan perkongsian berkenaan Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor RM250 atau RM500 dapat memberikan manfaat kepada anda. Semoga permohonan anda berjaya dan diluluskan untuk mendapat bantuan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *