Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2025 online, Pengambilan Kadet melalui pengisian borang atas talian di alam cadetship kursus diploma.

Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2025 Online

Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang berminat menyambung pengajian di Peringkat Diploma di Akademi Laut Malaysia. Adalah dimaklumkan yang permohonan Akademi Laut Malaysia 2024 untuk Program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin kini dibuka secara online. Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini.

Berikut adalah ringkasan iklan pengambilan Kadet Alam 2024. ALAM sedang mencari calon-calon yang memiliki sikap dan pemikiran yang positif bagi menceburi kerjaya sebagai seorang pelaut profesional. ALAM sedang merekrut para Pegawai Kadet yang bakal dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran untuk menjadi Kapten Kapal atau Ketua Jurutera yang berkhidat dengan organisasi-organisasi maritim bertaraf global. Sekiranya anda mampu menerima cabaran ini dan berminat dengan kerjaya di laut yang menjanjikan pulangan yang lumayan, maka ALAM adalah tempat untuk anda.

Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2019 online

Pengambilan Kadet 2024 Akademi Laut Malaysia (ALAM)

ALAM adalah singkatan untuk Akademi Laut Malaysia atau Malaysian Maritime Academy, sebuah institusi maritim yang menawarkan pelbagai kursus maritim. Bagi lepasan sekolah, ALAM memberikan latihan bagi mereka untuk menjadi pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal saudagar kapal.

ALAM terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka; kampus yang subur dan menghijau yang menghadap ke Selat Melaka. Ia terletak kira-kira 148 km ke selatan Kuala Lumpur dan 152 km ke utara Singapura.

Permohonan Akademi Laut Malaysia 2024 (Borang Online)

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan berkaitan Permohonan ALAM 2024. Maklumat lain yang dikongsikan termasuk syarat kemasukan, manfaat kerjaya, cara untuk memohon dan maklumat lanjut.

Program Pengajian Dan Syarat Kemasukan Permohonan ALAM

Berikut adalah maklumat program pengajian Permohonan ALAM yang ditawarkan dan syarat kemasukan untuk kedua-dua program Diploma.

i) Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)

  1. SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi
  2. Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  3. Lelaki atau perempuan bujang, berusia 18 hingga 25 tahun
  4. Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
  5. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  6. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  7. Tidak rabun warna
  8. Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual

ii) Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)

  1. SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit baik dalam 6 matapelajaran Bahasa Malaysia, English, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan
  2. Pemegang Ijazah atau Diploma dan Sijil Asasi/ Program Matrikulasi adalah layak/ digalakkan untuk memohon.
  3. Lelaki / perempuan belum berkahwin, berusia dari 18 hingga 25 tahun pada Ogos 2023
  4. Sihat iaitu dari segi mental serta fizikal dan medikal
  5. Ketinggian minima 158 cm serta berat 48 kg untuk pemohon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  6. Ketinggian minima 155 centimeter dan berat 42 kg untuk pemohon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  7. Tidak rabun warna
  8. Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa

Borang Permohonan Online ALAM Sesi Februari 2024

Sila lengkapkan Borang permohonan ALAM di pautan berikut :-

  • Borang Permohonan
  • Lengkapkan setiap bahagian dalam borang tersebut
  • Tekan Submit
  • Tarikh permohonan : Bermula 14 November 2023

* Nota

  1. Semua calon perlu memohon melalui kaedah atas talian dan permohonan melalui kaedah lain tidak akan dipertimbangkan
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temu duga dan ujian bertulis. Pengetahuan dalam perkapalan dan industri maritim adalah merupakan satu kelebihan

Manfaat/ Faedah Kerjaya

Graduan berpeluang untuk belayar ke serata dunia di atas kapal syarikat perkapaln/ organisasi maritim dengan haji tanpa cukai yang lumayan serta faedah [ekerjaan yang menarik

Maklumat Lanjut Permohonan ALAM 2024

Maklumat lanjut iklan permohonan ambilan tahun 2024 boleh dirujuk di Pengambilan Kadet ALAM

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Akademi Laut Malaysia (ALAM)
    Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
  • 78200, Kuala Sungai Baru
    Melaka

    • Tel No Sekretariat : 06-3882 305/ 306/ 314
    • Tel No Whatsapp : +6017 3344 634

Laman FB : www.facebook.com/akademilautmalaysia

Selamat membuat permohonan untuk pengambilan Kadet Akademi Laut Malaysia (ALAM) secara online. Moga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *