Apakah Perbezaan Di Antara Politeknik Premier Dengan Politeknik Konvensional/ METrO. Pasti ramai pelajar terutama lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi ke Politeknik di Malaysia? Tahukah anda terdapat 3 jenis/ kategori Politeknik yang terdapat di Malaysia iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO. Jadi apakah Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional/METrO?
Perkembangan pantas cabang pendidikan teknikal di Malaysia telah menyaksikan kewujudan 27 buah Politeknik tidak termasuk 4 buah Poli METrO di seluruh negara. Perubahan keadaan ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian telah melonjakkan permintaan untuk mengikuti pendidikan di politeknik yang menawarkan Program Sijil, Diploma dan Ijzazah Sarjana Muda.
Senarai Isi Kandungan
Apa Beza Politeknik Premier Dengan Politeknik Konvensional/ METrO
Politeknik menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka kerana faktor berikut :-
1. Institusi milik penuh Kerajaan
2. Program pengajian yang diiktiraf MQA
3. Yuran pengajian yang berpatutan
4. Peluang pekerjaan yang cerah
5. Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
Untuk makluman, ketiga-tiga jenis Politeknik di Malaysia mempunyai fungsi dan tujuan yang sama iaitu melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Ianya sekaligus menyediakan laluan alternatif lepasan politeknik ke pendidikan tinggi.
Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional Serta Politeknik METrO
Berikut dikongsikan apakah perbezaan di antara Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional / METrO untuk panduan dan rujukan pelajar semua.
A. Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti awam. Permohonan kemasukan adalah melalui Permohonan UPU secara online. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Kriteria pengambilan pelajar menjurus kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Kini terdapat tiga politeknik premier iaitu :-
Senarai Lokasi Politeknik Premier
1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
2. PSA – Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
B. Politeknik Konvensional
Adalah politeknik biasa yang diwujudkan sebelum ini. Pengambilan pelajar adalah untuk lepasan SPM adalah melalui UPU Online atau pun melalui Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik. Antara lain Poli Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa.
Senarai Lokasi Politeknik Konvensional
1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
3. Kota Bharu, Kelantan
4. Politeknik Kuching, Sarawak
5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6. Kota Kinabalu, Sabah
7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8. Politeknik Kota, Melaka
8. Kota Kuala Terengganu, Terengganu
10. Politeknik Sultan Mizan, Terengganu
11. Politeknik Merlimau, Melaka
12. Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15. Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17. Politeknik Mukah, Sarawak
18. Balik Pulau, Pulau Pinang
19. Politeknik Jeli, Kelantan
20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21. Banting, Selangor
22. Politeknik Mersing, Johor
23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24. Sandakan, Sabah
25. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Muar, Johor
26. Politeknik Besut, Terengganu
27. Politeknik Bagan Datuk, Perak
28. Politeknik Tawau, Sabah
C. Politeknik METrO – Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional/ Metro
Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.
Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.
Permohonan kemasukkan adalah fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.
Senarai Lokasi Politeknik METrO
1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
3. METrO Johor Bahru (PMJB)
4. Politeknik METrO Betong (PMB)
5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
Semoga perkongsian perbezaa Politeknik Premier Dan Konvensional/METrO ini boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam memilih pilihan pengajian tinggi yang bersesuaian dengan kelayakan pendidikan mereka. Selamat menyambung pengajian tinggi anda di Politeknik seluruh Malaysia.