Daftar eKasih & Semakan eKasih 2023. Kemiskinan merupakan perkara penting yang perlu dibendung/ di basmi oleh setiap negara di dunia. Di Malaysia, satu sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin dikenali sebagai Sistem “eKasih” iaitu portal pembasmian kemiskinan telah diwujudkan di dalam membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini telah dijadikan sebagai rujukan oleh kementerian/ agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan penduduk.
Golongan berpendapatan rendah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016. Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada jumlah RM1,500 sebulan (Bandar) atau RM1,000 sebulan (Luar Bandar) adalah digalakkan/ layak untuk mendaftar.
Senarai Isi Kandungan
Cara Daftar eKasih Dan Semakan Pendaftaran Secara Online/ Atas Talian
Berikut dikongsikan cara pendaftaran ekasih dan semakan keputusan pendaftaran secara online buat panduan mereka yang berkenaan. Sistem bank data kemiskinan nasional ini menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR). Termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), bantuan pembelian barang keperluan asas tanpa tunai cashless berjumlah RM100 sebulan.
Ciri-Ciri Utama sistem ini adalah seperti berikut :-
“Ianya adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/ bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/ bantuan yang diterima”
Ciri-Ciri e-Kasih
Di bawah adalah ciri-ciri sistem pangkalan data keluarga miskin di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan oleh unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri:
1. Semakan status kemiskinan secara online
2. Penyelarasan maklumat bantuan-bantuan kerajaan
3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan, profail individu secara online
4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Daripada ciri-ciri ini ia membantu mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini, pengiraan status kemiskinan nasional dan inisiatif berkaitan.
Borang Daftar EKasih
Melalui mekanisme pendaftaran terbuka e-Kasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada maklumat berikut untuk membuat pendaftaran.
i) Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.
ii) Individu/ orang awam boleh hadirkan diri ke
a) Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
b) Pejabat Daerah yang berdekatan atau
c) Melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Proses Pendaftaran
Berikut adalah Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem buat rujukan semua :-
Klik Proses Daftar
Untuk paparan yang lebih jelas, sila rujuk grafik di bawah untuk proses pendaftaran :-
No Telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
Senarai nombor telefon PPN mengikut negeri seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran adalah seperti berikut:-
PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN Pulau Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan Kuala Lumpur : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
Berikut adalah nombor telefon PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-492957
PPN Sabah : 088-484800
Pendapatan Garis Kemiskinan Semasa (PGK) Yang Digunakan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2016) adalah seperti berikut:-
Klik PGK
SUMBER : Soalan Lazim
Semakan Permohonan Pendaftaran Secara Online
Untuk membuat semakan e-KASIH samada nama anda telah didaftarkan dalam sistem e-Kasih adalah dengan menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jab Pembangunan Persekutuan/ Pej Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.
Pilihan alternatif yang paling mudah adalah semakan pendaftaran secara online melalui pautan berikut :-
Semakan Pendaftaran Online (https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx)
Masukkan No Kad Pengenalan
Klik Untuk Cari
Terma Rujukan
Ketua Isi Rumah (KIR) adalah daripada kalangan isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal
Ahli Isi Rumah (AIR) adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih
SPB adalah senarai penerima bantuan agensi yang masih belum diverifikasi
Maklumat Lanjut
Sebagai ringkasan, Data e-Kasih merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang melaksana dan memantau program kemiskinan. Ia juga diwujudkan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan pendapatan garis kemiskinan pgk semasa dan penjanaan laporan untuk kegunaan jpp pppn bahagian unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Syarat kelayakan boleh dirujuk melalui pejabat daerah atau pejabat pembangunan negeri, bahagian unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Majlis pengurusan komuniti kampung (MPKK) atau majlis perwakilan penduduk(MPP).
Orang awam boleh membuat laporan, pengemaskinian maklumat atau mendaftar kes kemiskinan melalui pemimpin tempatan majlis pengurusan komuniti kampung (MPKK) atau majlis perwakilan penduduk (MPP).
Keluarga miskin atau individu perlu memenuhi kriteria yang diwujudkan iaitu berpendapatan RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan
Penjanaan laporan atau surat yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan. Sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR)
Untuk mendapatkan maklumat data yang lebih lengkap termasuk program bantuan yang diterima, nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran, serta agensi pemberi bantuan sila layari Portal Rasmi Pembasmian Kemiskinan E-Kasih di pautan berikut :-
Maklumat Tambahan (https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/semakan/carianawam/pages/default.aspx,)
Manual pengguna boleh dimuat turun di
Orang ramai adalah perlu untuk memanfaatkan sistem yang diwujudkan ini dengan memberikan serta memaklumkan maklumat berkaitan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk berkenaan dengan mengunakan borang permakluman rasmi ataupun secara dalam talian (online) agar kes kemiskinan dapat dibantu.
Selamat membuat semakan eKasih dan semoga pendaftaran anda berjaya.
Related : satu sistem bank data kemiskinan nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima, berdasarkan pendapatan garis kemiskinan pgk semasa, golongan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah, bantuan kerajaan,