Cara Daftar OKU Melalui JKM (Orang Kurang Upaya). Panduan buat semua rakyat Malaysia yang mempunyai anak-anak atau kenalan yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Sudahkah mereka mendaftar sebagai OKU melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menerima pelbagai manfaat/ bantuan? Sekiranya belum, di bawah adalah perkongsian mengenai cara daftar Orang Kurang Upaya atau cara pendaftaran OKU melalui JKM untuk panduan semua.
Sebagai makluman, OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria. Yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat Menurut Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008. Oleh itu, OKU digalakkan untuk mendaftar supaya mendapat manfaat yang disediakan oleh Agensi-Agensi Kerajaan.
Senarai Isi Kandungan
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
Berikut adalah maklumat berkaitan kategori OKU, jenis, panduan menggunakan borang dan syarat-syarat pendaftaran serta manfaat yang layak diterima oleh OKU yang berdaftar.
JKM menggalakkan pendaftaran Orang Kurang Upaya OKU bagi mencapai objektif seperti di bawah:
- Bagi membanci bilangan taburan dan kategori OKU di dalam negara bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta medan perkhidmatan.
- Bagi merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU
- Membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap ketidakupayaan mereka.
Pada 5 Jun 2020, Perdana Menteri Malaysia melalui program PENJANA telah mengumumkan bantuan bagi golongan OKU seperti berikut:
- Lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk menerima bantuan one-off sebanyak RM300. Bayaran akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha
Sebelum mendaftar, anda perlu mengenal pasti kategori-kategori OKU yang layak untuk mendaftar dan diterima oleh JKM.
Kategori OKU
Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia adalah seperti berikut:
- Kurang Upaya Pendengaran (DE). Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua 2 belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran
- Kurang Upaya Penglihatan (BL). Individu yang tidak dapat melihat, penglihatan kurang atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh
- Kurang Upaya Pertuturan (SD). Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar
- Kurang Upaya Fizikal (PH). Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal
Kurang Upaya Pembelajaran (LD)
- Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay)
- Kurang Upaya Mental (ME). Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik
- Kurang Upaya Pelbagai (MD). Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami dua (2) jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai
Jenis Pendaftaran OKU
Terdapat empat jenis pendaftaran Orang Kurang Upaya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah jajahan bahagian seperti di bawah:
- i) Pendaftaran baharu
- Permohonan pendaftaran bagi kali pertama. Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
- i. Borang Permohonan Pendaftaran (BPOKU Pindaan 2/2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
- ii. Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad (Kad pengenalan).
- iii. Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.
- Permohonan pendaftaran bagi kali pertama. Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
- ii) Pendaftaran semula
- Pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011.Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis. Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU): OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas
- Pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011.Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
- iii) Perubahan kategori atau sub kategori
- Bagi perubahan kategori atau sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.
- iv) Penggantian kad baharu
- Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:1) Kad OKU rosak/ hilang
2) Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU
3) Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.
- Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:1) Kad OKU rosak/ hilang
Borang Pendaftaran OKU Melalui JKM (Cara Daftar OKU)
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membuat pendaftaran OKU dibuat melalui JKM di pejabat kebajikan masyarakat daerah :
- Pastikan anak-anak atau kenalan OKU mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU berdasarkan simptom-simptom tertentu.
- Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk doktor pakar perubatan kerajaan atau swasta.
- Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran (BPPOKU) perlu diisi. Untuk mengisi borang ini, anda boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat atau memuat turun borang pendaftaran pada pautan di bawah:
- Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.
- Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya sekurang-kurangnya 2 minggu)
Syarat-Syarat Pendaftaran
Di bawah adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh OKU untuk mendaftar:
- Warganegara Malaysia
- Disahkan atau diperakui oleh Pegawai Perubatan
- Kes Ketidakupayaan jelas dan boleh disahkan oleh pegawai JKM seperti:
- Ketua Pendaftar OKU – Pengarah JPOKU
- Timbalan Ketua Pendaftar OKU – Pegawai JPOKU yang menguruskan pendaftaran
- Pendaftar OKU – Pengarah JKM Negeri
- Penolong Pendaftar OKU – Pegawai yang menguruskan pendaftaran di JKMN & PKMD
Manfaat yang Layak Diterima Oleh OKU Berdaftar
Berikut adalah senarai bantuan dan manfaat yang layak diterima oleh OKU yang telah mendaftar dengan JKM.
- Meningkatkan peluang pekerjaan
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16/2010: Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya
- Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
- Sila layari laman web : Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia untuk maklumat lanjut.
Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGPOKU)
- Telah berniaga sekurang-kurangnya 3 bulan
- Usia 18 tahun keatas
- Individu dan berkelompok
- Geran berbentuk one-off
- Sila layari laman web : Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia untuk maklumat lanjut
- Pengecualian Duti Import Impot Alat Ganti Alat Tiruan/ Sokongan
- Layari laman web : Kementerian Kewangan Malaysia untuk maklumat lanjut.
- Pengecualian 100% Duti Eksais Kenderaan OKU
- OKU Fizikal, pendengaran dan pertuturan
- Ada lesen memandu
- Kereta keluaran tempatan sahaja (Proton dan Perodua)
- Tidak boleh pindah milik atau jual selama 5 tahun kecuali dengan kebenaran Kementerian Kewangan
- Sebuah kereta setiap 5 tahun
*Layari laman web : Kementerian Kewangan Malaysia untuk maklumat lanjut.
- Pencen Terbitan Seumur Hidup kepada Anak OKU
- Diberikan kepada anak OKU kepada penjawat awam yang telah meninggal dunia
- Layari laman web : Jabatan Perkhidmatan Awam untuk maklumat lanjut.
Waktu Bekerja Anjal
- Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
- Layari laman web : Jabatan Perkhidmatan Awam untuk maklumat lanjut.
- Kemudahan Telekom Malaysia di Bawah Pakej Penyayang
- Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman sahaja
- Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103)
- Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan samada Panggilan Menunggu atau Pemindahan Panggilan
- Layari laman web : Telekom Malaysia untuk maklumat lanjut.
- Bantuan Kewangan
- Bantuan Am (bayaran bulanan berbeza mengikut negeri)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Geran Pelancaran
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan
- Layari laman web : Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat lanjut.
- Produk Perlindungan Takaful – Agro Nurani
- Ditawarkan kepada OKU yang berumur 16 hingga 45 tahun
- Manfaat yang ditawarkan seperti perlindungan kematian, kematian akibat kemalangan, kematian akibat penyakit biasa dan elaun tunai wad (akibat kemalangan)
- Manfaat perbelanjaan pengkebumian
- Layari laman web : Agrobank untuk maklumat lanjut.
Pelan Insurans Hayat
- Ditawarkan kepada OKU yang berumur 16 hingga 70 tahun
- Kadar premium bermula daripada RM50.00 bagi jumlah diinsuranskan RM25,000.00
- Layari laman web : Allianz Malaysia untuk maklumat lanjut.
- Khidmat Nasihat dan Kaunseling oleh JKM
- Hadiah Sukan Negara bagi Atlit Paralimpik
- Layari laman web : Majlis Sukan Negara untuk maklumat lanjut.
- Pengecualian Bayaran Masuk ke Zoo Negara
- Layari laman web : Zoo Negara untuk maklumat lanjut.
- Diskaun 40% Bayaran Masuk ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) termasuk kanak-kanak
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran melalui JKM (Orang Kurang Upaya), sila rujuk maklumat di bawah:
ii) No. Telefon JKM : 03-8000 8000
iii) Portal Rasmi JKM
Related search : pejabat kebajikan masyarakat daerah medan penglihatan kurang menggunakan borang, sekurang kurangnya, dua 2, oku dibuat