Daftar MySPP : Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Daftar MySPP : Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Cara Pendaftaran jawatan secara atas talian/ online

Makluman kepada pemohon dan anggota perkhidmatan pendidikan yang sedia ada. Tahukah anda bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah menyediakan sistem bagi memudahkan urusan anda? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar mySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan secara online untuk panduan semua.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan. Antara tugasnya adalah melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran, mengesahkan perkhidmatan anggota yang dilantik tetap, jawatan kosong dan mengawal kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.

Pendaftaran mySPP Online : Cara Daftar Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Di bawah adalah perincian maklumat berkaitan Cara Daftar mySPP menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu borang permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP sebagai panduan untuk anggota perkhidmatan pendidikan dan yang berkenaan dengannya.

Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan sistem di atas. Langkah ini akan memastikan semua permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja. Bagi permohonan jawatan melalui Portal Jobs Malaysia, ia masih diteruskan sehingga 31 Julai 2020 sahaja. Permohonan melalui JobsMalaysia hendaklah mengemaskini maklumat SPP dan disimpan dalam sistem di atas. Bagi yang telah disahkan mendaftar di sistem ini pastikan jawatan tersebut ada disimpan dan telah mengesahkan permohonan akaun baharu di Portal mySPP.

Cara Daftar mySPP 

Bagi mendaftar mySPP 2.0 untuk tujuan permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), ikuti langkah berikut:

Pendaftaran Baharu

  1. Layari laman web seperti pautan di bawah:
  2. Klik Pendaftaran Baharu
  3. Pastikan semua maklumat bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan
  4. Skrin Maklumat Pra Pendaftaran Baru Pemohon dipaparkan:
  5. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor Kad Pengenalan dan Nama mestilah sama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan.
  6. Alamat E-mel yang dimasukkan mestilah akaun emel yang sah dan aktif dan belum pernah digunakan bagi pendaftaran mySPP.
  7. Setelah selesai memasukkan semua medan, klik butang Hantar.
  8. Penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
  9. Sila semak semula medan-medan berkaitan sekiranya ralat berikut dipaparkan:

Pengaktifan Akaun Pendaftaran mySPP dipaparkan 

  1. Klik pada pautan emel setelah selesai memasukkan maklumat di Skrin Pra Pendaftaran Baru Pemohon
  2. Skrin Pengaktifan Akaun Pendaftaran mySPP dipaparkan.
  3. Pastikan semua medan bertanda * diisi
  4. Selepas selesai memasukkan semua medan, klik butang
  5. Mesej “Maklumat telah berjaya didaftarkan” dipaparkan. Pemohon boleh log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

Log Masuk 

  1. Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan No. Kad. Pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan dengan klik butang Log Masuk.

Cara Melengkapkan Permohonan jawatan spp & Login Masuk mySPP

Sebelum mengisi permohonan jawatan, dinasihatkan rujuk dahulu Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar

Cara mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk Portal mySPP : https://myspp.spp.gov.my/
  2. Klik pada menu Maklumat Pemohon  dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  3. Klik pada menu Maklumat Akademik dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  4. Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.
  5. Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.
  6. Klik pada menu Jawatan Dimohon, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
  7. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Senarai Kelayakan Jawatan dan tekan butang Tambah bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Senarai Pilihan Jawatan’.
  8. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  9. Klik pada menu PERAKUAN PEMOHON dan paparan skrin berikutnya akan ditunjukkan
  10. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
  11. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan

Soalan Lazim

  1. Saya telah mendaftar myspp (versi lama), perlukah saya mendaftar semula myspp (versi baru)?

Berkuatkuasa pada 15 Jun 2023, Pemohon yang telah mendaftar akaun sebelum ini, perlu mendaftar akaun semula dengan mengisi dan menghantar maklumat bagi permohonan baharu.

  1. Bagaimanakah saya hendak mendaftar myspp bagi mengisi permohonan jawatan di spp?
    • Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan No. Kad Pengenalan sebelum mengisi mySPP.
    • Klik PENDAFTARAN BAHARU untuk pra pendaftaran.
    • Pendaftaran lengkap dan penetapan kata laluan akan dihantar pautan melalui emel untuk mengakifkan akaun pendaftaran. Hanya emel yang sah dan aktif diperlukan.
  1. Bagaimana saya nak pastikan permohonan saya diterima atau tidak?

Permohonan anda terdapat dua (2) status. Status ini dipaparkan pada ruangan atas pada setiap halaman.

  1. Draft
    • Permohonan Baharu
    • Permohonan yang dikemaskini
  1. Hantar
    • Permohonan yang telah membuat akaun dan hantar
    • Tidak membuat pengemaskinian selepas dihantar

Penting : Sekiranya pemohon telah berstatus HANTAR, dan kemudian telah membuat pengemaskinian maklumat, sistem akan bertukar kepada status DRAFT. Pemohon dikehendaki membuat pengakuan dan hantar semula dan pastikan maklumat bertukar ke status HANTAR.

Pada modul dashboard, sila pastikan tarikh terimaan dipaparkan. Kebiasaanya tarikh terimaan akan dipaparkan dalam tempoh 1 – 3 hari. Tempoh ini akan mengambil masa sekiranya jumlah permohonan tinggi.

Mohon semak permohonan dari masa ke semasa bagi memastikan permohonan anda diterima.

  1. Kenapa saya perlu mengisi maklumat emel saya?

Emel sebagai medium pengaktifan akaun dan saluran komunikasi di antara pihak SPP dengan Pemohon. Pemohon hanya dibenar menggunakan emel daripada gmail.com, yahoo.com, hotmail.com dan ymail.com.   

  1. Saya telah membuat pra-pendaftaran baharu tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak spp untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?

Pemohon dibenarkan membuat pra-pendaftaran sebanyak tiga (3) kali sahaja. Sekiranya melebihi tiga (3) kali, anda perlu menunggu sehingga 24 jam untuk membuat pra-pendaftaran baharu semula. Sila masukkan maklumat yang tepat dan betul. Anda boleh menyemak emel pengaktifan pendaftaran pada folder Inbox atau Spam.

  1. Adakah permohonan saya yang terdahulu masih sah?

Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan cara daftar dan login my SPP, anda boleh rujuk atau hubungi pautan di bawah:-

Diharapkan perkongsian berkenaan Pendaftaran mySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga permohonan anda berjaya dan diterima.

Related : temu duga, butang hantar, suruhanjaya perkhidmatan pendidikan spp, panggilan temuduga, perkhidmatan pendidikan gred dg41, https://myspp.spp.gov.my/, selepas semua medan diisi klik butang, pegawai pendidikan pengajian tinggi, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada hotline myspp atau sispaa spp, talian hotline myspp, bermula 22 april 2023 sehingga 1 jun 2023, suruhanjaya bermakna tiada urusan pengambilan mulai tarikh pendaftaran permohonan jawatan, selepas semua medan diisi klik butang daftar,

Kongsi Info Di: