Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2025/ 2026. Permohonan daftar darjah 1 melalui borang online dan manual kemasukan anak ke tahun 1.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2025/ 2026

Permohonan Murid Ke Tahun Satu (1) Kemasukan 2025 / 2026 Online. Memasuki Darjah 1 (Tahun Satu) adalah permulaan buat murid Sekolah Rendah selepas tamatnya Prasekolah. Bagaimana cara daftar murid ke Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan? Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2025 / 2026 boleh dilakukan pada 2 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online atau atas talian untuk sekolah di Semenanjung Malaysia.

Borang Permohonan Daftar Murid Tahun 1 sesi 2025 / 2026 Online akan di buka secara online di Sistem Pendaftaran Atas Talian, Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOEIS – idme.moe.gov.my). Ianya adalah untuk Semenanjung Malaysia termasuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2024/ 2025 (Darjah 1)

Permohonan Kemasukan Murid Ke Tahun 1 Ambilan 2025/ 2026 Online 

Berikut dikongsikan panduan dan cara dalam membuat permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2025/ 2026 secara online untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.

Tempoh Pendaftaran Murid Tahun 1 Online (Atas Talian)

Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2025 / 2026 akan dibuka seperti ketetapan berikut :-

i) Tarikh Buka : 2 Mei 2024

ii) Tarikh Tutup : 30 Jun 2024

*Nota : Tarikh RASMI seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

“Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2025 / 2026 boleh dilakukan mulai 2 Mei 2024”

Murid Yang Layak Mendaftar Kemasukan Tahun 1 2025/ 2026

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

-2 Januari 2018 sehingga 1 Januari 2019

Cara Mendaftar Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2025-2026

Pendaftaran murid Tahun Satu (1) boleh dibuat seperti berikut

i) Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia Termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan

Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOEIS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-

NOTA

i) Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.

ii) Pemohon berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi permohonan/ pendaftaran berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

iii) Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun Satu secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon

Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-

1.Layari laman Sistem Pengurusan Identiti KPM

2. Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan

3. Untuk pengguna baru (idMe) KPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di pautan berikut :-

DAFTAR PENGGUNA.

Manual Pengguna IDME (Cara daftar, kata laluan)

Manual Pendaftaran Tahun 1 (Cara kemaskini maklumat anak dan ibu bapa)

Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-

i) Maklumat penjaga/ anak

ii) Profil kesihatan

iii) Rekod imunisasi kanak-kanak

ii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu dalam masa 14 hari.

Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-

1.Cetakan borang permohonan online

2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)

3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)

4. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)

5. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal

6. Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)

7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

*Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang anda mohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza

Langkah Pendaftaran Kemasukan Murid Ke Tahun 1

daftar tahun 1

Langkah Permohonan Tahun 1 Sistem idMe

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan murid tahun 1 melalui sistem permohonan idMe:

1. Layari Portal Rasmi idMe

2. Klik Daftar Baru

3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Daftar

4. Log masuk semula ke dalam sistem idMe dan masukkan kata kunci yang diterima melalui emel dan taip kata laluan serta klik Daftar Masuk

sistem-idme-tahun-1

5. Pilih tab Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam

6. Klik pada Pengurusan Profil dan lengkapkan maklumat peribadi ibu, bapa atau penjaga, maklumat pasangan serta maklumat anak/ jagaan kemudian klik Simpan

7. Pada tab Maklumat Anak Jagaan, Klik pada setiap nama anak yang didaftar untuk mengemaskini maklumat mereka secara terperinci dan klik Simpan

8. Pilih pada menu Permohonan Kemasukan untuk mendaftar kemasukan Tahun 1

sistem-idme-tahun-1-3
9. Keluar paparan syarat kemasukan dan klik Mohon

10. Pilih sekolah berdasakan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya

11. Muat naik dokumen lengkap mengikut format dan saiz yang ditetapkan

12. Buat pengesahan permohonan dengan menanda kotak ‘Saya Mengaku’ dan klik Hantar

13. Borang permohonan perlu dicetak bersama borang sokongan dan dihantar ke sekolah yang dimohon.

Soalan Lazim FAQ Permohonan Murid Tahun 1

Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 online:-

1.Bolehkah pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025/2026 dibuat di pautan https://public.moe.gov.my?

  • Tidak, mulai tahun 2023, pendaftaran Tahun 1 adalah di Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my

2.Pendaftaran Tahun 1 bagi Sesi 2025/2026 yang dibuat di https://public.moe.gov.my telah hilang dan perlu mengisi semula di https://idme.moe.gov.my?

  • Tidak, maklumat pendaftaran di https://public.moe.gov.my akan dipindahkan ke dalam sistem https://idme.moe.gov.my. Ibu, bapa atau penjaga hanya perlu mengemaskini maklumat pada tarikh permohonan dibuka di pautan baharu dengan menekan butang kemas kini

3. Adakah borang perakuan sekolah perlu dihantar semula ke sekolah jika telah menghantar sebelum ini selepas membuat kemas kini?

  • Jika ibu bapa penjaga telah menghantar borang perakuan sekolah di sekolah yang dimohon sebelum ini, mereka tidak perlu lagi membuat penghantaran borang perakuan yang baharu

4.Sekiranya kemas kini dibuat dan memilih sekolah yang baharu, adakah borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu?

  • Ya, borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah yang baharu

5.Semakan keputusan permohonan penempatan Tahun 1 Sesi 2025/2026 boleh disemak di mana?

  • Keputusan permohonan Tahun 1 Sesi 2025/2026 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2024.

6.Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1  Sesi 2025/ 2026 adakah meja bantuan dibuka?

  • Pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 sesi 2025/ 2026 boleh berhubung terus denngan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran

Maklumat Lanjut & Permohonan Rayuan

1.Selepas selesai mengisi, pastikan parent mencetak borang dan bawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari

2. Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan result juga melalui sistem

3. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan

4. Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara manual di PPD selepas bulan Disember 2024 dengan mengisi borang ASBS

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-

E-mel: supportidMe@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA

Unit ICT.

E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia, klik JPN

Check Status Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2025-2026

Status permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Oktober 2024. Tarikh-tarikh penting dan pautan lawam web boleh dirujuk di Cara check status register ke Tahun 1 secara online.

Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.

Diucapkan selamat membuat Pendaftaran secara online atau manual. Semoga pendaftaran yang dibuat berjaya.

Related : iii cetak borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu, status pendaftaran tahun 1 sesi 2024/2025, laporan kesihatan doktor dan setem saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon, pilih sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu, kementerian pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran, maklumat peribadi maklumat pasangan, sijil lahir pada 2 januari 2017 hingga 1 januari 2018 sahaja, tahun 1 kalendar akademik sesi, dimohon sebelum ini tidak perlu menghantar borang semula selepas membuat kemaskini, iii cetak borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *