Borang Pendaftaran Calon Persendirian 2024 SPMU, STAM Dan SPM. Bagaimanakah cara membuat pendaftaran calon persendirian SPMU 2024 termasuk pendaftaran peperiksaan SPM dan STAM secara atas talian atau online? Peperiksaan SPM amat penting buat pelajar dalam meneruskan pengajian tinggi mereka atau ingin terus bekerja. Diatas kepentingan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) untuk memberi peluang kedua buat calon yang gagal SPM dalam mata pelajaran tertentu untuk memperbaiki keputusan peperiksaan.
Bagi tahun 2024, peperiksaan SPM (U) hanya melibatkan maksima penawaran 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah dan peperiksaan SPMU akan diadakan pada bulan Ogos 2024. Untuk sesi November 2024, semua subjek SPM ada ditawarkan dan akan diadakan sama seperti tarikh peperiksaan SPM 2024.
Senarai Isi Kandungan
Borang Pendaftaran Calon Persendirian 2024 : SPMU, STAM Dan SPM
Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat pendaftaran calon persendirian SPMU tahun 2024 termasuk cara daftar peperiksaan SPM dan STAM.
Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh pendaftaran, borang pendaftaran, senarai Jabatan Pendidikan Negeri dan maklumat lanjut pendaftaran.
Tempoh Pendaftaran Calon Persendirian SPM & SPMU 2024
Pendaftaran Calon Persendirian SPMU dan SPM adalah pada ketetapan tarikh berikut:
- Tarikh Buka SPM : 1 Mac 2024
- Tarikh Tutup SPM : 7 Jun 2024
- Tarikh Pendaftaran Fasa 1 SPMU : 1 Mac – 31 Mac 2024
- Tarikh Pendaftaran Fasa 2 SPMU : 15 Mei – 7 Jun 2024
Sebarang permohonan lewat akan dikenakan Caj Daftar Lewat sebanyak RM150.00 bermula 8 -14 Jun 2024. Sila layari Portal Rasmi KPM atau Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat pendaftaran yang rasmi dan tepat
Berikut adalah cara mudah dalam mendaftarkan diri sebagai calon persendirian peperiksaan SPM dan SPM Ulangan (SPMU) tahun 2024. Untuk makluman, SPMU akan diadakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan sesi Ogos 2024 dan pada November 2024.
Pelajar perlu membuat pendaftaran menggunakan capaian aplikasi pendaftaran Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan berikut bermula dari tarikh seperti yang dinyatakan di atas :-
A) SPMU
Aplikasi Pendaftaran : Daftar Calon Persendirian SPMU
- Klik Daftar permohonan perndaftaran sebagai calon SPMU
- Sila masukkan maklumat yang diperlukan berdasarkan peperiksaan terakhir (SPM/ SPMU) yang telah anda duduki.
- Calon boleh menyemak status permohonan pendaftaran SPMU 2023 bermula 2 minggu selepas tarikh tutup pendaftaran di pautan berikut :-
- Klik Status Pendaftaran SPMU
- Sila masukkan maklumat nombor kad pengenalan dan nombor permohonan untuk membuat sem akan
SPM (Calon Baru/ Mengulang)
Aplikasi Pendaftaran : Daftar Calon Persendirian SPM (Calon Baru)
- Sila masukkan No KP atau Daftar Calon Mengulang
- Sila masukkan maklumat yang diperlukan berdasarkan peperiksaan terakhir (SPM/ SPMU) yang telah anda duduki.
- Calon boleh menyemak status permohonan pendaftaran SPMU 2023 bermula 2 minggu selepas tarikh tutup pendaftaran di pautan berikut :-
- Klik Status Pendaftaran SPM
- Sila masukkan maklumat nombor kad pengenalan dan nombor permohonan untuk membuat semakan
Senarai Mata Pelajaran Yang Ditawarkan
Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Secara Online
Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan pendaftaran melalui aplikasi SPPAT. Pelajar boleh membuat pendaftaran menggunakan capaian aplikasi pendaftaran Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan berikut :-
- Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan) (SPM)”. Klik “Daftar” untuk mendaftarkan diri sebagai calon SPMU/ SPM
- Masukkan maklumat no. kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC.
- Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan no. kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan
- Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.
- Pilih mata pelajaran yang anda ingin daftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
- Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
- Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.
- Bayaran bagi permohonan pendaftaran SPMU/ SPM hendaklah dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik.
- Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan anda mencetak dokumen Senarai Semak Pendaftaran SPMU / SPM dan Kenyataan Semakan. Pastikan dokumen seperti yang dinyatakan di atas dibawa ke JPN/PPD negeri masing-masing untuk pengesahan pendaftaran.
PERHATIAN : Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan memohon pendaftaran SPMU di pautan berikut:-SPPAT SPMU & SPM MENGULANG
Dokumen Yang Diperlukan
Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/ mengepos dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:
- Salinan Kenyataan Semakan;
- Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
- 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
Kegagalan calon mengemukakan dokumen, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan. Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my)
PANDUAN :Senarai lokasi dan alamat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh negeri
Panduan Semak Status Permohonan Pendaftaran SPMU
Berikut adalah cara membuat semakan status Pendaftaran Calon Persendirian SPMU/ SPM :-
- Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)/ (SPM)”. Klik “Semak” untuk menyemak status pendaftaran sebagai calon SPMU.
- Masukkan nombor kad pengenelan dan nombor permohonan (boleh diperolehi dalam borang Kenyataan Semakan), kemudian klik butang Semak
- Sistem ini akan memaparkan status permohonan anda. Jika diterima, anda diminta untuk mencetak borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dan bawa semasa hari peperiksaan
Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada peringatan berikut semasa membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPMU dan lain-lain peperiksaan :-
Peringatan
- Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan
- Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/ SPM(V)/ SPVM/MCE/ SC/ FMC.
- Membuat permohonan pendaftaran SPMU di portal Permohonan Pendaftaran SPMU antara 01/03/2024 sehingga 31/03/2024
- Buat semakan permohonan pendaftaran SPMU di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPMU mulai 1 Ogos 2024 manakala untuk SPM pula adalah dari 1 November 2024.
- Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan
Untuk SPMU :
- Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 08/06/2024 sehingga 14/06/2024
- Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 08/06/2024 sehingga 14/06/2024
- Calon-calon yang telah mendaftar peperiksaan SPMU secara atas talian tetapi belum membuat bayaran, boleh membuat bayaran secara perbankan internet (FPX)
- Untuk SPM :
- Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/04/2024 sehingga 20/04/2024
- Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/04/2024 sehingga 20/04/2024
- Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
- Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.
i) Muat Turun Borang Pendaftaran Calon Persendirian SPMU
ii) Bayaran Pendaftaran SPMU
Jumlah pembayaran Pendaftaran Calon Persendirian SPMU dan SPM November adalah seperti berikut :-
Pembayaran hendaklah dibuat secara online melalui perbankan online
Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Calon Persendirian SPMU
Untuk pengisian borang pendaftaran, calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.
1. Tahun – Tulis tahun calon menduduki peperiksaan SPMU semasa2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Gunakan satu petak bagi setiap satu abjad3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan calon. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka kad pengenalan. Tulis dari petak pertama sebelah kiri4. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit5. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut:- 1 – Lelaki 2 – Perempuan6. Keturunan – Tulis keturunan calon7. Agama – Tulis agama calon8. Jenis Kemasukan – Pilih dan tulis kod seperti berikut:- 9 – Calon mengulang.
Kod Peperiksaan
9. Kod Peperiksaan Terakhir – Pilih dan tulis kod seperti berikut :-1–Mempunyai sijil mana-mana peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC2–Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu3–Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Sejarah4–Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu dan Sejarah
Kecacatan
10. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut :-A – Terencat AkalB – ButaC – Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan Lain Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD)D – Bisu P – Pekak R – Rabun S – Spastik / Cerebral Palsy
Lain-Lain Maklumat
11. Tahun Peperiksaan SPM / SPMU Terakhir12. Angka Giliran SPM / SPMU Terakhir. – Tulis tahun dan angka giliran yang calon gunakan dalam peperiksaan SPM/SPMU terakhir13. Warganegara – Tuliskan negara asal bagi calon bukan warganegara14. Alamat15. Poskod16. Bandar17. Negeri – Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman/kampung, poskod, bandar dan negeri18. Nombor Telefon – Tulis nombor telefon rumah atau telefon bimbit calon yang boleh dihubungi19. Alamat Emel – Tuliskan alamat emel calon yang boleh dihubungi20. Pendaftaran Mata Pelajaran – Isikan kod kertas dan nama kertas mata pelajaran dalam ruangan yang disediakan21. Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang calon daftar. Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang atas nama Pengarah Peperiksaan untuk bayaran tersebut. Bayaran Asas RM20.00, mata pelajaran tanpa PBS* – RM10.50 dan mata pelajaran dengan PBS** – RM12.00. Tuliskan jumlah bayaran22. Pengakuan Calon – Calon hendaklah membaca pernyataan pengakuan calon. Calon dinasihat untuk menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran. Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.
Maklumat Lanjut Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2024
Berikut adalah nota penting dalam Pendaftaran Calon Persendirian SPMU bagi tahun 2024 yang perlu diberikan perhatian oleh calon :-
- Tarikh akhir pendaftaran sebagai calon persendirian adalah pada 31 Mac 2024 bagi Fasa 1 Manakala 7 Jun 2024 bagi calon SPM 2023 sahaja. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan
- Jika pelajar gagal satu matapelajaran sahaja, anda hanya perlu mengulangi mata pelajaran yang berkenaan sahaja. Contohnya jika anda lulus mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi gagal Sejarah, anda hanya perlu mengulangi kertas Sejarah sahaja, bukannya mengulangi semua kertas SPMU.
- Pelajar perlu mendaftar SPM Ulangan untuk menduduki SPMU samada sesi Jun atau November
- Tiada had umur untuk menduduki peperiksaan SPM. Umur 16 tahun dan ke atas adalah layak untuk menduduki peperiksaan SPM
Oleh itu, secara ringkasnya pelajar yang berhajat untuk mengulang semula kira SPM samada sesi pertama pada bulan Jun atau sesi kedua bulan November atau calon persendirian SPM, anda perlulah melengkapkan pendaftaran secara online di laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia dan seterusnya hadir di Jabatan Pendidikan Negeri temapt mendaftar untuk pengesahan pendaftaran dan membuat bayaran.
Maklumat Pendaftaran Calon Persendirian STAM & UPBA
- Permohonan pendaftaran calon persendirian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) perlu dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran (Rujuk Lampiran 6 pada panduan daftar STAM berikut). UPBA rujuk lampiran 7.
- Borang pendaftaran dan panduan mendaftar boleh dirujuk di pautan berikut :-
Diucapkan selamat membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPMU tahun 2024. Juga untuk pendaftaran UPBA dan STAM. Semoga pendaftaran SPMU anda berjaya diluluskan.