Permohonan Moratorium PKP 3.0 (Bantuan Bayaran Balik Pinjaman). Cara Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman automatik b40, m40.

Permohonan Moratorium PKP 3.0 (Bantuan Bayaran Balik Pinjaman)

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Sehingga Enam (6) Bulan Dan Penyusunan Semula Baki Kredit Serta Pinjaman Korporat. Berita baik buat rakyat Malaysia yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 dari pelbagai segi termasuk keresahan dari segi kewangan. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan borang Permohonan Moratorium Bank PKP 3.0 iaitu Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman buat mereka yang terkesan terutama Golongan B40.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, telah mengumumkan bahawa rakyat B40, M40 dan T20 serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP boleh membuat permohonan bantuan bayaran balik (moratorium):

  1. Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 6 bulan
  2. Peminjam perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan

permohonan moratorium bayaran balik pinjaman

Moratorium PKP 3.0 : Kelayakan & Cara Permohonan (B40, M40 & T20)

TERKINI : Moratorium Selama 6 Bulan Tanpa Syarat

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri mengumumkan kemudahan moratorium tanpa syarat selama enam (6) bulan akan dilaksanakan bagi B40, M40 T20 dan usahawan mikro. Tiada syarat pengurangan pendapatan, dokumentasi hilang kerja dan sebagainya yang diperlukan. Permohonan akan dibuka pada:

  • 7 Julai 2021
  • Peminjam perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik
  • Peminjam juga perlu menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan

NOTA: Pemohon perlu rujuk kepada bank masing-masing terlebih dahulu berkaitan proses yang perlu dilakukan untuk mendapatkan moratorium tanpa syarat. Maklumat berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KEMASKINI : Moratorium PKP 3.0

Kelulusan secara automatik bagi application moratorium bank (permohonan bantuan bayaran balik pinjaman) serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman bank sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas dengan pelaksanaan ‘total lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata golongan yang terjejas termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan membabitkan kumpulan B40, M40 dan T20 selain penerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Turut layak membuat Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman adalah usahawan perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi berikutan PKP 3.0.

Berikut adalah 2 kategori pemohon yang layak menerima bantuan moratorium:-

Kategori 1

  1. Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 dan T20)
  2. Golongan B40 (penerima BSH atau BPR)
  3. Perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP (locked down sectors)

Penerima dalam kategori 1 ini layak untuk memilih sama ada:

  • Moratorium automatik selama 3 bulan atau
  • Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan secara automatik

Kategori 2

Ianya meliputi peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20). Ianya termasuk komisen, gaji, elaun lebih masa dan pendapatan isi rumah. Jenis bantuan yang layak mereka terima adalah :-

Mendapat pengurangan bayaran balik ansuran yang bersesuaian (permohonan bantuan bayaran balik pinjaman) selaras dengan pendapatan yang berkurang.

Cara Mendapatkan Moratorium Selama 6 Bulan

Tidak pasti cara memohon moratorium selama 6 bulan? Ketahui 3 saluran untuk mendapatkannya dengan mudah dan cepat. Permohonan dibuka bermula 7 Julai 2021.

i) Borang web

Mula dengan melayari laman web bank anda seperti dikongsikan di bawah.

  • Klik pada borang web
  • Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  • Klik Hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan
  • Bagi PKS, pengisytiharan kendiri secara dalam talian diperlukan
  1. Affin Bank & Affin Islamic
  2. Al Rajhi Bank
  3. Alliance Bank & Alliance Islamic
  4. Ambank & Ambank Islamic
  5. BNP Paribas Malaysia
  6. Bank Islam
  7. Bank Muamalat
  8. CIMB Bank & CIMB Islamic
  9. Citibank
  10. HSBC Bank & HSBC Amanah
  11. Hong Leong Bank & Hong Leong Islamic
  12. Kuwait Finance House
  13. MUFC Bank
  14. Maybamk & Maybank Islamic
  15. MBSB Bank
  16. OCBC Bank & OCBC Al-Amin
  17. Public Bank & Public Islamic Bank
  18. RHB Bank & RHB Islamicc
  19. Standard Chartered Bank & Standard Chartered Saadiq
  20. Sumitomo MItsui Banking
  21. United Overseas Bank

Institusi Kewangan Pembangunan

  1. Bank Rakyat
  2. Bank Pembangunan Malaysia
  3. Bank Pertanian (Agrobank)
  4. SME Bank
  5. Bank Simpanan Nasional
  6. EXIM Bank

ii) E-mel

  • Pergi ke laman web bank anda
  • Klik pada pautan e-mel yang disediakan
  • Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  • Klik Hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan
  • Bagi PKS, pengisytiharan kendiri secara dalam talian diperlukan

iii) Panggilan Telefon

Hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda

Panggilan anda akan dilayan dan operator akan memimbing anda sepanjang proses permohonan

Kelulusan Moratorium Secara Automatik

Peminjam yang layak * akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS

*Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama lebih 90 hari dan tidak menghadapi proses kebankrapan atau penggulungan (winding up)

SUMBER : BNM

Maklumat Lanjut

Untuk khidmat nasihat kewangan dan bimbingan, hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui https://services.akpk.org.my

Semoga langkah penangguhan bayaran yang dibuat oleh Kerajaan/ BNM/ Bank-Bank dapat membantu meringankan beban peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19. tempoh moratorium (Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman)

Related : bank negara malaysia bnm, individu perusahaan mikro, mendapatkan bantuan bayaran balik, bank juga akan menawarkan, bayaran ansuran dan pakej, menawarkan pengurangan bayaran ansuran, rakyat dan pemulihan ekonomi, pakej perlindungan rakyat, bank untuk, perlindungan rakyat dan pemulihan, pemulihan ekonomi pemulih,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *