Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharram 2024/ 1446H. Bagaimanakah lafaz niat puasa sunat Bulan Muharram? Berikut dikongsikan Niat Puasa Sunat Bulan Muharram iaitu niat puasa sunat Hari Asyura Dan Tasu’a iaitu 9 dan 10 Muharram sebagai panduan buat umat Islam semua. Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam Kalendar Islam.
Satu amalan yang amat dianjurkan bagi kita melaksanakannya pada bulan Muharram adalah puasa sunat pada 10 Muharam. Ia juga disebut puasa Hari Asyura. Tahun ini tarikh itu jatuh pada hari Selasa, 16 Julai 2024. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda, maksudnya:
“Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”
Senarai Isi Kandungan
Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharram
Puasa Asyura’ merupakan berpuasa pada 10 Muharram dan ia termasuk di dalam kategori puasa-puasa sunat yang amat digalakkan. Ini kerana, fadhilat atau kelebihannya cukup besar iaitu diampunkan dosa setahun yang sebelum.
Berikut adalah tarikh puasa sunat bulan Muharram iaitu hari Tasu’a dan Hari Asyura tahun 2024 bersamaan dengan tahun 1446 Hijriah.
Antaranya kelebihan berpuasa sunat Hari Asyura seperti diriwayatkan oleh Qatadah yang bermaksud:
Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari asyura, lalu nabi SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Riwayat al-Tirmizi).
Isnin: 15 Julai 2024
- Puasa Sunat 9 Muharam (Tasu’a)
Selasa: 16 Julai 2024
- Puasa Sunat 10 Muharram (Asyura)
Rabu: 17 Julai 2024
- Puasa Sunat 11 Muharram
Niat Puasa Sunat Hari Asyura / Tasu’a Bulan Muharram
Berikut adalah niat puasa sunat Hari Tasu’a dan Hari Asyura dalam bulan Muharram.
A. Niat puasa Hari Kesembilan Muharram (Hari Tasu’a)
B. Niat puasa Hari Kesepuluh Muharram (Hari Asyura)
C. Niat puasa 11 Muharram (Hari Ahada Asyara)
Sumber : Bahagian Dakwah JAKIM & Shafiqolbu
Puasa Sunat 9 Muharram
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a’ (sembilan Muharram) itu adalah untuk :
- i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura’ (sepuluh Muharram) sahaja.
- ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura’ kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
- iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura’. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura’ tanpa berpuasa pada hari Tasu`a’, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram.
- Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla’ disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a’), kesepuluh (`Asyura’) dan kesebelas bulan Muharram.
Selamat berpuasa sunat Hari Asyura dan Hari Tasu’a di Bulan Muharram. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Moga perkongsian Niat Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a bermanfaat buat semua.
Related : berpuasa pada 10 muharram, nabi muhammad saw, untuk membezakan, bulan ramadhan, ibn abbas, yahudi berpuasa pada hari, berpuasa pada 9 muharram, rasulullah s.a.w bersabda, riwayat muslim, hari ini adalah hari, untuk berpuasa, salah satu, ع اش ور اء
bulan haram, ع اء س ن, ال ت ي ق,