Adakah anda seorang pengguna pengangkutan awam di Malaysia? Sistem pengangkutan awam di Malaysia telah berkembang maju dari tahun ke tahun sesuai dengan peredaran masa namun masalah pengangkutan awam masih gagal diatasi. Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam di Malaysia yang boleh didapati terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Antara contoh pengangkutan awam adalah bas, teksi, KTM Komuter, Monorel dan yang terbaru adalah MRT.
Namun disebalik semua sistem pengangkutan yang telah disediakan, masih terdapat kekurangan yang boleh diperbaiki untuk memudahkan pengguna di masa akan datang. Disebabkan beberapa masalah ini menyebabkan kadar pengguna pengangkutan awam menurun. Dari segi alam sekitar, penggunaan pengangkutan awam boleh mengurangkan pencemaran udara dan bunyi. Ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas seperti yang dialami penduduk bandar.
Senarai Isi Kandungan
Masalah Sistem Pengangkutan Awam Di Malaysia
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi sendiri oleh pengguna pengangkutan awam yang boleh dikongsikan. Masalah ini boleh diperbaiki bagi meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam di Malaysia.
Masalah Pengangkutan Awam Di Malaysia
Berikut adalah beberapa contoh masalah yang dihadapi di Malaysia berserta huraian:
1. Tambang Mahal
Antara salah satu sebab kurangnya rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam adalah tambangnya yang mahal. Mereka akan membandingkan harga tambang dan kos jika menggunakan kereta sendiri. Kemudian didapati bahawa tiada perbezaan yang ketara antara dua pilihan tersebut. Kos tambang yang mahal amat dirasai oleh pengguna yang berpendapatan rendah dan menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian mereka. Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, masalah kos tambang pengangkutan awam yang mahal menjadi kerisauan buat mereka. Ada laporan mengatakan segelintir pemandu teksi tidak menggunakan meter dan mengenakan caj yang mahal kepada pengguna. Perkara ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kurangnya pengguna pengangkutan awam di Malaysia.
2. Tempoh Menunggu Yang Lama
Kekerapan pengangkutan awam yang sedikit menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lama untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan KTM tiba di stesen. Kadang kala pengguna terpaksa menunggu bas atau KTM tiba sehingga sejam lamanya. Ini akan menyulitkan perjalanan pengguna terutama mereka yang ingin ke tempat kerja. Disebabkan kekerapan pengnagkutan awam yang tidak efisien ramai rakyat Malaysia tidak mahu menggunakan pengangkutan awam kerana terlalu lambat dan akan mengakibatkan perjalanan mereka terganggu.
3. Parking Yang Tidak Mencukupi
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur, masalah parking yang tidak mencukupi di stesen-stesen LRT merupakan salah satu masalah. Pengguna terpaksa datang seawal mungkin untuk mendapatkan parking di sekitar kawasan stesen LRT jika tidak anda terpaksa untuk parking jauh dari stesen LRT, monorel, KTM dan MRT. Tambahan lagi, caj yang dikenakan untuk parking juga agak mahal dan ini menambahkan lagi beban pengguna.
4. Kenderaan Tidak Disselenggara
Ada beberapa syarikat penyedia pengangkutan awam menggunakan kenderaan yang tidak diselenggara dan uzur. Ini mengakibatkan kenderaan tersebut sering rosak di tengah jalan dan menyebabkan perjalanan pengguna terganggu. Ia juga menjadi kebimbangan pengguna kerana merasakan kenderaan yang mereka naiki tidak selamat. Hal ini sering terjadi pada bas awam.
Semoga perkongsian ini dapat membantu pihak berwajib untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam yang ada di Malaysia bagi mengelakkan kesesekan lalu lintas..
Related : transit aliran massa mrt, perkhidmatan bas, mengurangkan masalah, orang kurang upaya oku, masalah kesesakan, jalan raya, bas rapidkl, orang ramai, untuk mengurangkan kesesakan,