Perhatian buat kakitangan kerajaan atau penjawat awam di kementerian dan juga jabatan pelbagai sektor. Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia kini telah ditambah baik dengan pengenalan HRMIS 2.0. Ianya adalah sebuah portal yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantu melancarkan pengurusan berkaitan Penjawat Awam dengan lebih sistematik dan berintegriti. Pasti ramai yang ingin mengetahui cara untuk login ke sistem, justeru akan dikongsikan tatacaranya seperti di bawah.
Pelaksanaan Projek sistem ini di Malaysia melibatkan dua fasa. Fasa pertama (HRMIS 1.0) bermula sejak 12 April 1999 adalah fasa pembangunan dan pelaksanaan aplikasi ini bagi 10 agensi perintis dan tamat pada 30 September 2004. Setelah itu fasa kedua diteruskan dengan diperluaskan pelaksanaannya kepada seluruh agensi sektor awam. Versi 2.0 telah dilancarkan pada 25 Mac 2015 dan kini boleh diakses melalui pautan seperti yang disediakan.
Sebagai makluman, sistem ini digunapakai dan boleh diakses oleh semua kakitangan penjawat awam untuk memudahkan pengurusan sumber manusia kecuali mereka yang berkhidmat di Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). PDRM dan ATM mempunyai sistem mereka tersendiri yang diurus tadbir oleh mereka sendiri.
Senarai Isi Kandungan
Cara Login HRMIS 2.0 Secara Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia
Berikut adalah cara-cara untuk login masuk ke Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia bagi penjawat awam di Malaysia. Dikongsikan juga maklumat lain yang berkaitan Portal ini sebagai rujukan semua.
Untuk makluman semua, myhrmis memberi kemudahan untuk memudahkan proses Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di semua agensi, mengautomasikan proses-proses operasi PSM. Selain itu, ianya menyediakan satu sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang terbuka, menyediakan satu sistem pengurusan saraan faedah dan ganjaran serta membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap.
Laman web https hrmis2.eghrmis.gov.my, memastikan maklumat-maklumat peribadi selamat, langkah-langkah mohon cuti, keluar pejabat dan pengurusan saraan pejawat awam lebih mudah. Faedah dan ganjarannya adalah untuk memudahkan proses pengurusan, proses pengesahan dan penyelarasan proses-proses sumber manusia.
Selain menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia (human resource management information) yang terbuka untuk tujuan perancangan sumber manusia, ia juga menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper less untuk penjawat awam.
Aplikasi HRMIS 2.0 Online
Sistem ini boleh diakses menggunakan dua kaedah iaitu melalui peranti komputer atau laman sesawang rasmi dan juga melalui peranti telefon pintar iaitu myHRMIS Mobile yang boleh dimuat turun seperti di bawah:
- Aplikasi Versi 2.0 : https://www.eghrmis.gov.my/
- Mobile : Applikasi (Google Playstore) , Applikasi (iOS Appstore)
Cara Login Masuk Ke Portal HRMIS 2.0 Online
Berikut adalah tatacara untuk login masuk ke sistem online beserta gambar sebagai rujukan semua:
1. Layari pautan (myHRMIS egl) yang disediakan seperti di atas untuk log masuk.
2. Klik pada ikon Aplikasi HRMIS
3. Tiba di laman login, isikan tempat kosong dengan ID Pengguna
4. Masukkan juga Kata Laluan dan klik Hantar (Butang Hantar)
Nota
Dasar Keselamatan ICT telah membuat keputusan supaya kata laluan sistem:
- a) Sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara
- b) Mengandungi huruf dan nombor
- c) Mengandungi aksara khas (cth, @)
- d) Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
Dipohon kerjasama semua pengguna HRMIS untuk kemaskini kata laluan supaya mematuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas
5. Pengguna akan dibawa ke Laman Utama HRMIS 2.0 myHRMIS profil:
6. Daripada pelbagai pilihan yang disediakan, pilih salah satu submodul yang ingin diakses. Antara fungsi yang disediakan termasuklah:
- Pengurusan Cuti
- Pengurusan Gaji
- Pengurusan Perubatan
- Pengurusan Persaraan
- Pengurusan Pertukaran
7. Setelah tiba di laman fungsi tertentu HRMIS 2.0, gunakan navigasi di bahagian kiri untuk beralih ke mana-mana submodul atau fungsi lain.
*Nota: Sila pastikan pengguna login page menggunakan pelayar atau peranti yang sesuai dan memenuhi keperluan untuk menggunakan dengan sistem versi 2.0 :
Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah, bolehlah merujuk kepada manual penggunaan sistem seperti pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Log Masuk Versi 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia, rujuk butiran yang disediakan di bawah bagi memudahkan pengurusan untuk membuat panggilan atau emel:
No. Tel
- 03-83211400
E-mel
- hrmis_helpdesk@jpa.gov.my (Sistem Pengurusan Meja Bantuan)
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Log Masuk sistem aplikasi versi 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia ini dapat memberi manfaat buat semua khususnya para penjawat awam. Diharapkan agar sistem ini dapat melancarkan dan mempermudahkan urusan kakitangan kerajaan sekaligus menyumbang kepada suasana pekerjaan yang produktif dan efisien tanpa perlu keluar pejabat.
Related : internet explorer capaian melalui single window, care, google play store, mudah untuk egl hrmis,