Perhatian buat semua pembayar cukai dan mereka yang bakal membayar cukai buat pertama kali pada tahun ini. Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengakses dan menggunakan Aplikasi ezHasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu sistem atas talian yang disediakan untuk membuat e-Filing cukai pendapatan LHDN. Berikut adalah cara untuk Login ezHasil LHDN, cara permohonan no pin dan kaedah log masuk kali pertama.
Cukai Pendapatan adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu, syarikat dan sebagainya pada setiap tahun. Individu yang berpendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 setahun selepas potongan KWSP perlu membuat pendaftaran fail income tax e-Filing LHDN adalah sistem yang membolehkan pembayar cukai melakukan pengisian serta menghantar Borang Anggaran dan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara atas talian.
Senarai Isi Kandungan
Panduan Login ezHasil LHDN Dan Panduan Cara Permohonan No Pin Serta Login Kali Pertama
Berikut adalah panduan untuk mengakses masuk atau Log Masuk ke aplikasi LHDN bagi mereka yang belum pernah berbuat demikian atau pertama kali menggunakan sistem e-Filling income tax secara online. Ikuti cara di bawah untuk panduan lengkap yang merangkumi cara membuat permohonan Nombor Pin untuk pertama kali mendaftar serta Log masuk buat Kali Pertama.
Mengakses laman aplikasi ezHASiL
Berikut adalah pautan untuk melayari laman aplikasi serta paparan antara muka.
- Aplikasi : https://ez.hasil.gov.my/
- Pendaftaran Pertama Kali
Bagi pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi ini, pastikan anda melakukan perkara berikut:- Pengguna mestilah salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan atau menyemak No. PIN
- Jika belum pernah mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai, pengguna perlu pergi ke cawangan LHDNM yang berdekatan dengan membawa:
- Salinan Kad Pengenalan (IC)
- Penyata Pendapatan atau slip gaji terkini
- Ataupun terus melalui e-Daftar di pautan berikut: Aplikasi e-Daftar
- Permohonan No. PIN
- Individu: Permohonan No. PIN boleh didapatkan melalui cawangan LHDNM yang berdekatan
- Organisasi: Permohonan No. PIN dapat dibuat dengan menghadiri Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dengan mengemukakan dokumen berikut
- Borang CP55B yang telah lengkap diisikan
- Borang 49, Sekiranya borang CP55B telah ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
- Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – sekiranya CP55B ditandatangani oleh individu lain selain Pengarah Syarikat.
- Salinan kad pengenalan atau passport Pengarah Syarikat ataupun Wakil Syarikat.
- Pihak ketiga dibenarkan membuat permohonan dengan syarat terdapat kebenaran bertulis dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat besama-sama pengenalan diri Wakil Syarikat dan dokumen berikut:
- 1 salinan borang 49 (Iaitu sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat)
- Surat Lantikan sebagai wakil pihak syarikat (Sekiranya borang iaitu CP55B ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat)
- Permohonan No Pin e-Filing dalam tempoh (PKP)
- Layari Portal Rasmi LHDNM atau Portal Maklum Balas Pelanggan
- Klik Permohonan > Permohonan No PIN
- Lengkapkan permohonan
- Anda akan menerima 16 Digit No PIN
Login untuk Kali Pertama
Setelah mendapatkan No. Pin, pengguna boleh terus ke aplikasi seperti dinyatakan di atas dan terus ke fungsi Log Kali Pertama. Ini bagi memastikan pengguna mendapat sijil digital sama ada individu mahupun organisasi.
- Langkah 1: Klik Login Kali Pertama seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah
- Langkah 2 : Masukkan No. PIN serta No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik butang Hantar.
- Paparan berikut akan ditunjukkan setelah berjaya Log Masuk
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Setuju. Seterusnya, paparan skrin berikut akan ditunjukkan.
- Klik butang Hantar untuk teruskan tindakan. Seterusnya paparan mesej seperti di bawah akan ditunjukkan sekiranya berjaya.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut kepada pembayar cukai, anda perlulah membuat pengisian borang e-filing cukai pendapatan sebelum tarikh akhir penghantaran borang cukai e-Filing Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk butiran berikut:
- Layari portal rasmi LHDN : www.hasil.gov.my
- Hubungi Pusat Panggilan LHDN : 1-800-88-5436
- Laman Facebook Rasmi LHDN
- Twitter @LHDNMOfficial
Diucapkan selamat maju jaya buat para pembayar cukai yang bakal membuat pengisian e-filing cukai pendapatan tahun ini. Semoga perkongsian cara di atas ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan memudahkan lagi anda untuk mengakses sistem ini.