APDM KPM Online Login Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid. Klik pautan di sini untuk akses dan update modul pengurusan murid oleh guru.

APDM KPM Online Login Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

Perhatian kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid bagi urusan data pelajar sekolah. Adakah anda merupakan administrator yang dilantik pihak sekolah? Sekiranya ya, berikut dikongsikan panduan berkaitan cara Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM secara atas talian/ online untuk rujukan semua.

Ianya merupakan satu pangkalan data tunggal murid yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan data murid di KPM dan beberapa agensi awam. Selain itu, aplikasi ini merupakan modul pengurusan murid yang diakses oleh guru atau pegawai sekolah yang diturunkan tugas oleh pengetua atau guru besar untuk memasukkan segala data berkaitan murid seperti biodata, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan kehadiran murid-murid.

APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Aplikasi Pangkalan Data Murid untuk panduan guru dan kakitangan sekolah dalam memastikan data murid dikemaskini.

Cara Login APDM KPM Aplikasi Pangkalan Data Murid

Berikut adalah cara untuk mendaftar masuk ke sistem aplikasi pangkalan data murid apdm online, satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):-

1.Sila layari Laman Web Rasmi untuk mendaftar masuk

2. Masukkan Id Pengguna iaitu kod sekolah menggunakan hanya huruf besar dan tanpa jarak.

Contoh : ABC1234

3. Kata Laluan APDM : ####### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu ‘Tukar Katalaluan’ sebagai langkah keselamatan data.

Fungsi Aplikasi Pangkalan Data Murid

Berikut dikongsikan fungsi-fungsi seperti mengendalikan data kehadiran murid yang digunakan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid :-

FUNGSI (LOG MASUK APDM)

eKehadiran (e-Kehadiran)

-Pengguna boleh mencatat kehadiran murid ke sekolah samada hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab dan tidak hadir tanpa sebab.

-Memaparkan laporan APDM kehadiran murid ke sekolah mengikut bulan dan tahun

Borang Maklumat Murid

-Antara maklumat yang diperlukan daripada murid adalah nama penuh, nombor my kid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan lain-lain.

-Data ini membantu murid dalam melayakkan diri menerima bantuan kewangan dan lain-lain.

Untuk makluman, aplikasi ini digunakan untuk pelbagai urusan lain berkaitan maklumat murid di sekolah. Oleh Itu, berikut dikongsikan manual pengguna yang disediakan bagi urusan-urusan yang berkaitan :-

Manual Penetapan Subjek

Manual Penetapan Subjek Dual Language Programme (DLP)

Kemaskini Nombor Kad Pengenalan Murid Log Masuk

Untuk panduan yang lebih jelas, sila rujuk pautan infografik berikut :-

i) Kemaskini No KP Murid Bukan Warga

Klik Kemaskini iA & iB

ii) Kemaskini Maklumat Bantuan Murid

Klik Bantuan Murid

iii) Manual Padam Murid

Klik Manual

Soalan Lazim (FAQ) Aplikasi Pangkalan Data Murid

Dibawah adalah soalan lazim mengenai Aplikasi Pangkalan Data Murid untuk rujukan :-

ADMINISTRATOR LOGIN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID APDM

1. Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas / mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada?

-Administrator sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.

-Klik menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.

-Klik menu ‘Kemaskini’ di kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini / menukar guru kelas sediada.

-Klik menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini nama kelas tersebut.

-Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk simpan

2. Bagaimana mahu padam/buang kelas sediada ?

-Administrator sekolah boleh padam/buang kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’

-Sila pastikan kelas yang hendak di padam/buang tiada murid di dalam kelas tersebut kerana apabila kelas dipadam/buang, murid dalam kelas tersebut juga akan turut terpadam/buang. Oleh itu sila kemaskini kelas pelajar-pelajar ini melalui guru kelas menu ‘Data Murid’ dan ‘Kemaskini Kelas’. Kemudian baru padam/buang kelas tersebut

3. Bila Administrator APDM sekolah perlu mengesahkan semua data murid?

-Dalam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan dihilangkan dan akan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pemantauan akan dilakukakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk memastikan data murid yang terdapat dalam pangkalan data adalah terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM yang berkaitan dari masa ke semasa.

4. Bagaimana maklumat sekolah boleh dikemaskini?

-Administrator sekolah boleh membuat mengemaskini maklumat sekolah.

-Klik menu ‘Kemaskini’ di laman utama aplikasi.

-Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Sekolah’ untuk simpan maklumat.

5. Bolehkan Admin mendapatkan data murid sekolah saya ?

-Ya boleh. Klik menu ‘Data Murid’. Kemudahan muat turun boleh didapati mengikut tahun / tingkatan. Sila klik ‘Muat Turun Excel’ di hujung nama tahun / tingkatan berkenaan. Data murid dan ibubapa akan dimuat turun kepada anda dalam format excel.

GURU KELAS

1. Bagaimana saya sebagai guru kelas mahu login ke dalam sistem

-Pastikan guru kelas telah didaftarkan oleh Aministrator terlebih dahulu, id pengguna kod sekolah.

-Sila masukkan Id Pengguna : nokp guru (tanpa simbol sengkang @ dash. Contoh : 123456989123).

-Kata Laluan : #### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu ‘Tukar Katalaluan’ sebagai langkah keselamatan data.

2. Bagaimana mahu mendaftar murid / tambah rekod murid kerana berpindah masuk atau rekod belum wujud?

-Semak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini. https apdm.moe.gov.my

-Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada nokp, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.

-Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.

3. Bagaimana mahu mengemaskini maklumat murid?

-Sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.

-Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada nokp, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.

-Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.

4. Bagaimana mahu buang / padam rekod murid, kerana berpindah keluar atau rekod bertindih?

-Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.

-Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.

-Apabila selesai memilih sebab padam, klik ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.

5. Bagaimana mahu tukar kelas murid kerana menyusunan semula kelas?

-Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Kemaskini Kelas’ di hujung nama murid tersebut.

-Pilih kelas terkini murid tersebut dari pilihan kelas yang dipaparkan.

-Apabila selesai memilih kelas, klik ‘Kemaskini’ untuk tukar kelas murid dan ‘Batal’ untuk batalkan pilihan.

Untuk mendapatkan soalan lazim yang lengkap, sila layari pautan :- FAQ

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri, anda boleh menghubungi Aplikasi Pangkalan Data Murid pada:

No Telefon: 03-88849415 / 9458

E-mel: apdm.team@moe.gov.my

Portal Rasmi KPM

Diharap perkongsian Login Aplikasi Pangkalan Data Murid Online KPM dapat membantu semua terutamanya guru dan kakitangan sekolah dalam memastikan maklumat murid dikemaskini dengan tepat dari semasa ke semasa.

Related : maklumat penjaga, sistem apdm, admin apdm sekolah, cara kemaskini maklumat pengurusan sekolah, secara online, salah satu, laman sesawang, menukar kata, admin sekolah, untuk membuat, jabatan pendidikan negeri jpn, memasukkan id pengguna, pejabat pendidikan daerah ppd, kemaskini apdm, admin sekolah perlu, id pengguna dan kata, apdm di bahagian kiri laman sesawang, default password yang diberikan oleh sistem kepada admin, untuk mengisi dan menyimpan maklumat, dibina oleh kementerian pendidikan malaysia kpm, lupa kata,

login semula dengan menggunakan menu pendaftaran kelas

butang hantar, melihat manual penggunaan data murid, sistem aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh kementerian pendidikan malaysia kpm, semak nama guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu pendaftaran kelas dan klik reset katalaluan di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan, login apdm aplikasi pangkalan data murid apdm, default password yang diwujudkan oleh kementerian pendidikan malaysia kpm, selepas tarikh 1 haribulan bulan berikutnya, pilih sebab padam klik reset katalaluan di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *