Tajuk Dan Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018. Umum sedia maklum yang pelajar Tingkatan 3 tahun 2018 akan diberikan satu tugasan Kerja Kursus Sejarah (Pelbagai Instrumen) berdasarkan kepada tajuk “Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda”. Berdasarkan kepada Jadual Peperiksaan PT3 2018, pelajar perlu menyiapkan tugasan dari tarikh 2 hingga 25 Mei 2018. Jadi apakah tajuk tugasan Sejarah PT3 tahun 2018 kali ini?
Pelbagai Instrumen adalah merupakan salah satu pentaksiran yang terdapat dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) melibatkan mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Jenis pentaksiran lain yang ditaksir adalah pentaksiran berdasarkan kepada Ujian Lisan dan Ujian Lisan (Mendengar dan Bertutur).
Senarai Isi Kandungan
Kerja Kursus Sejarah PT3 2018
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tugasan dan contoh jawapan kerja kursus Sejarah PT3 tahun 2018 buat rujukan dan panduan pelajar dalam menyiapkan tugasan ini. Segala maklumat yang dikongsikan akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Tajuk Tugasan
Berikut adalah tajuk-tajuk tugasan Sejarah PT3 beserta contoh jawapan. Klik pada pautan tajuk untuk mendapatkan contoh jawapan beserta format tugasan.
- 2018 : Kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda
- 2017 : Kajian tentang “Satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda”
- 2016 : Bangunan Bersejarah
- 2015 : Persetiaan Persekutuan 1895
- 2014 : Perpaduan Kaum Di Malaysia
Tugasan PT3 Sejarah 2018
Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :-
- (a) Tajuk kajian
- (b) Nama penulis
- (c) Isi kandungan
- Latar belakang tempat kajian
- Pembentangan dan perkembangan masyarakat setempat
- Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
- Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
- Dengan merujuk kepada tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut:-
- “..tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini..”
- Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.
- Rumusan (Contoh)
- Sumber rujukan
- Membentangkan laporan hasil kajian anda
Panduan Kerja Kursus Sejarah PT3
Sebagai panduan, hasil laporan yang terbaik mestilah menepati kehendak tugasan yang diberikan dan merangkumi perkara berikut :-
- Tajuk Kajian
- Nama Penulis
- Penghargaan (jika perlu)
- Isi Kandungan
- Objektif Kajian
- Kaedah Kajian
- Hasil Kajian
- Rumusan
- Lampiran serta Sumber Rujukan
* Nota : Contoh jadual kerja Sejarah PT3 2018
Peringatan Buat Pelajar
- Pelajar adalah dinasihatkan untuk memastikan akan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) sepenuhnya daripada mana-mana pihak
- Tugasan lengkap yang dihasilkan adalah atas usaha pelajar sendiri
- Petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah dinyatakan sumber rujukan dengan jelas
- Sekiranya calon didapati telah melakukan plagiat, calon berkemungkinan akan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan
Panduan atau tips dalam membuat Tugasan dan contoh jawapan akan dikemaskini selepas mengetahui tajuk tugasan.