Panduan buat pelajar Tingkatan 3 yang perlu menyiapkan satu tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 (Pelbagai Instrumen) berdasarkan kepada tajuk yang akan diumumkan kelak. Menurut Jadual Peperiksaan PT3 tahun 2018, calon pelajar perlu menyiapkan tugasan dari 8 Julai hingga 27 Julai 2018.
Contoh Jawapan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 akan dikongsikan dari masa kesemasa. Untuk makluman, pelajar baharu sahaja menyiapkan Tugasan Sejarah yang bertajuk Kajian Masyarakat di tempat tinggal anda.
Senarai Isi Kandungan
Kerja Kursus Geografi PT3 2018
Instrumen Pelbagai adalah merupakan salah satu pentaksiran yang terdapat dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Jenis pentaksiran lain yang ditaksir adalah pentaksiran berdasarkan kepada Ujian Lisan dan Ujian Lisan (Mendengar dan Bertutur).
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tugasan/ folio dan contoh jawapan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2018 buat rujukan dan panduan pelajar dalam menyiapkan tugasan ini. Segala maklumat yang dikongsikan akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Berikut adalah tajuk tugasan kerja kursus Folio Geografi PT3 tahun 2018 :-
TAJUK TUGASAN KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2018 | |||
Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda. Guna tanah merujuk kepada semua aktiviti manusia yang mengubah dan menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia. | |||
Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :- | |||
NO | ASPEK | ||
3.1 | Latar belakang kawasan kajian | ||
3.2 | Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian | ||
3.3 | Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian | ||
3.4 | Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut | ||
3.5 | Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji di 3.4 | ||
3.6 | Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut | ||
3.7 | Membentangkan laporan hasil kajian tersebut |
Berikut adalah tajuk-tajuk tugasan Geografi PT3 beserta contoh jawapan. Klik pada pautan tajuk bersebelahan tahun untuk mendapatkan contoh jawapan beserta format tugasan.
- 2018 : Kajian Peta Guna Tanah
- 2017 : Kajian Peta
- 2016 : Kajian Kes Tentang Pengangkutan Di Tempat Tinggal/ Sekolah Anda
- 2015 : Kajian Lapangan Kegiatan Ekonomi
- 2014 : Pencemaran Udara
Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018
Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 yang dikongsikan di bawah ini hanya sebagai rujukan sahaja.
Peringatan Buat Pelajar
- Pelajar adalah dinasihatkan untuk memastikan akan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) sepenuhnya daripada mana-mana pihak
- Tugasan lengkap yang dihasilkan adalah atas usaha pelajar sendiri
- Petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah dinyatakan sumber rujukan dengan jelas
- Sekiranya calon didapati telah melakukan plagiat, calon berkemungkinan akan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan
CONTOH JAWAPAN TUGASAN KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2018 | |||
KERANGKA KASAR TUGASAN | |||
TAJUK KAJIAN/ BUTIRAN PENULIS | |||
KAJIAN GUNA TANAH DI KAWASAN ________________________________ Ditulis Oleh : _______________ Tingkatan : _______________ No. Kad Pengenalan :____________ Angka Giliran :_______________ |
SENARAI KANDUNGAN | |||
BIL | TAJUK | MUKA SURAT | |
1 | Penghargaan | 1 | |
2 | Pendahuluan | 2 | |
3 | Objektif Kajian | 3 | |
4 | Kawasan Kajian | 4 – 6 | |
5 | Kaedah Kajian | 7 | |
6 | Dapatan Kajian
| 8 – 14 | |
7 | Rumusan | 15 | |
8 | Rujukan | 16 | |
9 | Lampiran/ Borang Soal Selidik & Temuramah | 17 | |
PENGHARGAAN | |||
| |||
PENDAHULUAN | |||
| |||
JADUAL KERJA/ SENARAI SEMAK | |||
Sambungan Contoh jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018
OBJEKTIF KAJIAN | |||
Objektif kajian adalah perkara yang calon hendak capai melalui kajian yang dilakukan. Ianya perlulah menjawab persoalan kajian yang telah di bentuk dalam laporan kajian | |||
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN | |||
Bahagian yang amat penting sebelum calon membuat dan mentafsir peta lakar adalah huraian latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian. Calon boleh mencadangkan kawasan kajian sama ada di tempat tinggal ataupun sekolah. Adalah disarankan yang calon memilih kawasan kajian yang diketahui kerana ianya dapat membantu calon dalam mengumpul data geografi terutamanya dalam melukis dan mentafsir peta lakar guna tanah dengan mudah. Setelah kawasan kajian dikenalpasti, calon perlu menyatakan latar belakang kawasan kajian merangkumi aspek yang berkaitan seperti pembangunan lokasi kajian, penduduk, sosio-ekonomi, guna tanah, petempatan dan lain-lain. Isi penting :-
| |||
KAEDAH KAJIAN | |||
Usaha yang dilakukan samada secara individu ataupun secara berkumpulan dalam menyelesaikan sesuatu bentuk laporan tugasan kajian | |||
MENGUMPUL MAKLUMAT | |||
| |||
BORANG SOAL SELIDIK/ TEMUBUAL | |||
Soal selidik perlu dibuat oleh calon dalam mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada responden berkaitan dengan soalan berdasarkan pada tajuk tugasan :- |
Sambungan Contoh jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018
DAPATAN KAJIAN | |||
PETA LAKAR | |||
| |||
KENALPASTI GUNA TANAH UTAMA DIKAWASAN KAJIAN DAN HURAIKAN FAKTOR PENGARUHI GUNA TANAH TERSEBUT | |||
Contoh :-
| |||
KESAN GUNA TANAH TERHADAP ALAM SEKITAR | |||
Senarai kesan aktviti guna tanah ke atas alam sekitar :-
| |||
CADANGAN USAHA MENGATASI KESAN GUNA TANAH | |||
Langkah-langkah dalam mengatasi atau mengurangkan kesan aktiviti guna tanah adalah seperti berikut :- |
Sambungan Contoh jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018
RUMUSAN | |||
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa kebaikkan dan juga keburukan kesan daripada guna tanah di kawasan kajian saya. Antara kebaikkan daripada kesan guna tanah yang saya dapati adalah dengan pembinaan kawasan perindustrian di kawasan sekitar tapak kajian saya, secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar. Jawatan yang dibuka bermula daripada operator kilang hinggalah ke jawatan eksekutif boleh diisi oleh penduduk sekitar. Gaji yang diberikan juga boleh digunakan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Selain itu, pembinaan pusat membeli belah yang terletak kurang daripada 3 Km daripada kawasan kajian sangat membantu penduduk sekitar bagi membeli barangan harian, pakaian mahu pun sebagai tempat untuk berhibur oleh penduduk sekitar. Secara tidak langsung ia juga dapat memacu ekonomi para peniaga yang membuka perniagaan di pusat membeli belah tersebut. Akhir sekali, kelebihan guna tanah di kawasan kajian saya adalah dapat mempertingkatkan sektor pendidikan. Pembinaan sekolah, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan tadika di kawasan kajian saya dapat memberi peluang kepada penduduk untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat pendidikan yang disediakan. Kedudukan sekolah yang strategik dan selamat menambahkan keyakinan ibu bapa dan menarik minat anak-anak untuk menuntut ilmu. Namun terdapat juga keburukan hasil daripada guna tanah di kawasan kajian saya ini antaranya adalah berlaku pencemaran hasil daripada aktiviti perindustrian di sini. Antara pencemaran yang berlaku adalah pencemaran bunyi dan udara. Pencemaran ini harus dikawal agar tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Selain itu, perluasan kawasan penempatan manusia dan juga lain-lain aktiviti pembangunan menyebabkan pokok-pokok terpaksa ditebang. Hidupan flora dan fauna amat terkesan dengan pembangunan yang dilakukan manusia. Seharusnya aktiviti ini dikawal oleh pihak berwajib agar masalah ini dapat diselesaikan. Selain daripada kesan-kesan guna tanah, saya juga dapat mempelajari cara-cara untuk membuat kajian secara sistematik di mana saya menggunakan teknik kaedah kajian yang betul. Antara teknik kajian yang digunakan adalah kaedah pemerhatian dan tinjauan, temu bual dan borang kaji selidik dan internet. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian saya. Saya juga dapat mengenal pasti jenis guna tanah dan faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan tersebut. Berdasarkan jenis guna tanah tersebut saya dapat mengenal pasti kesannya terhadap alam sekitar dan cara untuk mengatasi masalah tersebut. Secara keseluruhannya, saya dapat belajar banyak perkara baru selain daripada dapat menyiapkan tugasan yang diberi ini. Semestinya ilmu ini amat berguna untuk saya dan boleh digunakan untuk kehidupan seharian saya di masa akan datang. |