Parti UMNO kini perlu bangkit susulan kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu. Tumpuan kini terarah kepada pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO pada 30 Jun 2018. Pemilihan kali ini dilihat lebih terbuka dan sengit dengan gabungan pemimpin muda dan lama. Berikut dikongsikan keputusan pemilihan Presiden UMNO 2018 yang memaparkan keputusan terkini dan penuh pencalonan tertinggi Parti UMNO untuk penggal 2018-2021.
Diantara jawatan tertinggi UMNO yang dipertandingkan termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT). Calon utama kerusi No 1 adalah Datuk Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin. Timbalan Presiden pula menyaksikan bekas MB Negeri Sembilan, Mohamad Hasan bersaing dengan Annuar Musa.
Senarai Isi Kandungan
Keputusan Pemilihan UMNO Penggal 2018-2021
Pemilihan UMNO kali ini telah mencipta sejarah dimana terdapat penyertaan ramai calon. Ianya berikutan dasar UMNO yang membuat pemilihan parti secara terbuka, Untuk kali ini, terdapat pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di mana ianya sudah lama tidak dipertandingkan semenjak tahun 1988.
Pemilihan jawatan tiga sayap telah diadakan pada 23 Jun yang lalu. Manakala peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) pada 30 Jun serentak di 191 bahagian.
Ini merupakan kali kedua UMNO mengadakan pemilihan langsung. Iaitu selepas pindaan perlembagaan parti pada 2009 dengan kali terakhir pemilihan diadakan pada Oktober 2013.
Keputusan rasmi dijangka akan diketahui pada 1 pagi, Ahad, 1 Julai 2018.
Keputusan Pemilihan Presiden UMNO 2018
NO | CALON | BAHAGIAN | JUMLAH UNDI |
PRESIDEN UMNO | |||
1 | TENGKU RAZALEIGH HAMZAH | GUA MUSANG | 30 |
2 | KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR | REMBAU | 61 |
3 | AHMAD ZAHID BIN HAMIDI | BAGAN DATUK | 99 |
4 | IQBAL MARICAIR | BANDAR TUN RAZAK | 0 |
5 | MOHD YUSOF MUSA@JAMALUDDIN | ISKANDAR PUTERI | 0 |
*PEMENANG : AHMAD ZAHID BIN HAMIDI | |||
TIMBALAN PRESIDEN UMNO | |||
1 | MOHAMAD BIN HJ HASAN | REMBAU | 131 |
2 | ANNUAR BIN HJ MUSA | KETEREH | 59 |
*PEMENANG : MOHAMAD BIN HJ HASAN |
Berikut adalah keputusan pemilihan Naib Presiden UMNO untuk penggal 2018-2021 :-
NO | CALON | BAHAGIAN | JUMLAH UNDI |
NAIB PRESIDEN UMNO | |||
1 | ISMAIL SABRI BIN YAAKOB | BERA | 183 |
2 | MOHAMED KHALED BIN NORDIN | PASIR GUDANG | 91 |
3 | SHEIKH RAZALI BIN SHEIKH HAMAD | GUA MUSANG | 0 |
4 | MAHADZIR BIN KHALID | PADANG TERAP | 125 |
5 | TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN | PASIR SALAK | 74 |
6 | JOHARI BIN ABDUL GHANI | TITIWANGSA | 88 |
7 | AHMAD BIN SAID | KEMAMAN | 9 |
*NAIB PRESIDEN 1 – ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, NAIB PRESIDEN 2 – MAHADZIR KHALID & NAIB PRESIDEN 3 – MOHAMED KHALED BIN NORDIN |
Untuk keputusan pemilihan 3 sayap. Berikut adalah keputusan pemenang untuk jawatan Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO yang telah dijalankan pada 23 Jun 2018.
Keputusan Rasmi Pemilihan 3 Sayap
NO | CALON | BAHAGIAN | |
KETUA PEMUDA | |||
1 | DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI | PASIR PUTEH | |
KETUA WANITA | |||
2 | NORAINI BINTI AHMAD | PARIT SULONG | |
KETUA PUTERI | |||
3 | ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN | PANDAN |
Tahniah kepada para pemenang pada pemilihan UMNO untuk penggal tahun 2018-2021.
Related : penangguhan pemilihan umno, perlembagaan umno, majlis kerja tertinggi mkt umno, penggal 2018/2021 telah tamat, umno pada 7 julai, sah kerana, bulan adalah tidak sah, berkata keputusan, ros bertanggungjawab untuk memastikan, ahmad zahid hamidi, untuk menangguhkan pemilihan parti, akta pertubuhan 1966, keputusan umno, 30 jun 2021, jabatan pendaftaran pertubuhan ros, mesyuarat mkt, tamat pada 30 jun, jasri kasim berkata, fasal 10.16, terima kasih, jawatan mkt bagi penggal, mkt bahagian dan cawangan, mkt umno pada 7, tempoh pemegang jawatan mkt, kuala lumpur, bahawa keputusan, mkt bagi penggal 2018/2021, perdana menteri, enam bulan selepas pilihan raya umum pindaan perlembagaan umno 2,586 perwakilan perhimpunan agung umno pau pau khas sebarang keputusan meminda perlembagaan sebulat suara meluluskan usul ahli parlimen padang naib presiden umno datuk seri 16 julai, keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan umno, usul pindaan, perdana menteri datuk seri ismail sabri yaakob, fasal 10.16 perlembagaan umno, untuk meminda perlembagaan parti, ros berhubung permohonan, tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum ke-15 pru-15, naib presiden umno datuk seri mahdzir khalid, ros membuat keputusan,