Bila tarikh cuti umum 2025? Panduan buat mereka yang bercadang untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2025. Berikut dikongsikan Kalendar 2025 Cuti Umum dan tarikh school holidays di Malaysia. Kalendar kuda Malaysia ini memaparkan tarikh-tarikh penting sepanjang tahun (selama 12 bulan) dari Januari hingga Disember merangkumi tarikh cuti umum dan hari perayaan. Kalendar kuda 2025 senarai cuti umum malaysia ini akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.
Kalendar Cuti Umum ini adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari masa ke semasa. Juga dikongsikan senarai cuti panjang tahun 2025 buat mereka yang merancang aktviti bersama keluarga seperti balik kampung, bercuti dan menghadiri majlis perkahwinan. Untuk mereka yang berkerja, Kalendar Hari Kelepasan Am ini boleh dijadikan panduan dalam merancang perbelanjaan hasil pendapatan dari gaji bulanan pada cuti umum malaysia 2025.
Senarai Isi Kandungan
Kalendar 2025 Tarikh Cuti Umum/ Hari Kelepasan Am Seluruh Negeri Di Malaysia
Berikut adalah senarai tarikh cuti umum di Malaysia untuk tahun 2025 mengikut kalendar bulanan. Maklumat memaparkan tarikh cuti, hari, perayaan/ majlis dan negeri yang bercuti dalam kalendar Malaysia adalah seperti berikut.
TERKINI : Johor telah mengumumkan cuti hujung minggu di negeri tersebut akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025
NOTA : Sila rujuk (skrol ke bawah) untuk mendapatkan perincian tarikh, hari, cuti dan negeri terlibat dalam jadual untuk mendapatkan tarikh cuti/ hari kelepasan am yang sebenar/ tepat.
KALENDAR KUDA 2025 BULAN JANUARI
- 1 Jan : Rabu : Tahun Baru 2025 (New Year) : Semua negeri. kecuali Kelantan, Kedah, Perlis, Johor dan Terengganu
- 14 Jan : Selasa : Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan : Negeri Sembilan
- 27 Jan : Isnin : Israk dan Mikraj : Negeri Sembilan, Kedah Dan Perlis
- 29 Jan : Rabu : Tahun Baru Cina : Semua Negeri
- 30 Jan : Khamis : Tahun Baru Cina (Hari Kedua) : Semua Negeri
BULAN FEBRUARI
- 1 Feb : Sabtu : Hari Wilayah Persekutuan : Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan (Semua wilayah persekutuan cuti)
- 11 Feb : Selasa : Hari Thaipusam : Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang
- 20 Feb : Khamis : Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah : Melaka
BULAN MAC
- 2 Mac : Ahad : Awal Ramadhan* : Johor, Kedah dan Melaka
- 4 Mac : Selasa : Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu : Terengganu
- 23 Mac : Ahad : Hari Keputeraan Sultan Johor : Johor
- 18 Mac : Selasa : Hari Nuzul Al-Quran : Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
- 31 Mac : Isnin : Hari Raya Aidilfitri* : Semua Negeri (hari kelepasan am persekutuan dan negeri)
BULAN APRIL
- 1 Apr : Ahad :Hari raya Aidilfitri (Raya Puasa) * Hari Kedua : Semua Negeri
- 18 Apr : Jumaat : Good Friday : Sabah dan Sarawak
- 26 Apr : Sabtu : Hari Keputeraan Sultan Terengganu : Terengganu
BULAN MEI
- 1 Mei : Isnin : Hari Pekerja : Semua Negeri
- 12 Mei : Isnin : Hari Wesak : Semua Negeri
- 17 Mei : Sabtu : Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis : Perlis
- 22 Mei : Khamis : Hari Hol Pahang : Pahang
- 30 Mei : Jumaat : Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) : Sabah dan Labuan
- 31 Mei : Sabtu : Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) : Sabah dan Labuan
BULAN JUN
- 1 Jun : Ahad : Perayaan Hari Gawai Dayak : Sarawak
- 2 Jun : Isnin : Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong : Semua Negeri
- 2 Jun : Isnin : Perayaan Hari Gawai Dayak : Sarawak
- 6 Jun : Jumaat : Hari Arafah : Terengganu
- 7 Jun : Sabtu : Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha * : Semua Negeri
- 8 Jun : Ahad : Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) : Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu
- 15 Jun : Ahad : Hari Keputeraan Sultan Kedah : Kedah
- 27 Jun : Jumaat : Awal Muharram (Maal Hijrah) : Semua Negeri.
CUTI UMUM UNTUK TAHUN 2025 : BULAN JULAI
- 7 Jul : Isnin : Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia : Pulau Pinang (Penang)
- 12 Jul : Sabtu : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang : Pulau Pinang (Penang)
- 22 Jul : Selasa : Hari Kemerdekaan Sarawak : Sarawak
- 30 Jul : Rabu : Hari Keputeraan Sultan Pahang : Pahang
- 31 Jul : Khamis : Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar : Johor
BULAN OGOS
- 24 Ogos : Ahad : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka : Melaka
- 31 Ogos : Ahad : Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) : Semua Negeri
BULAN SEPTEMBER
- 5 Sept : Jumaat : Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) : Semua Negeri
- 16 Sept : Selasa : Hari Malaysia : Semua Negeri
- 29 Sept : Isnin : Hari Keputeraan Sultan Kelantan : Kelantan
- 30 Sept : Selasa : Hari Keputeraan Sultan Kelantan : Kelantan
BULAN OKTOBER
- 4 Oct : Sabtu : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah : Sabah
- 11 Oct : Sabtu : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak : Sarawak
- 20 Oct : Isnin : Hari Deepavali : Semua Negeri Kecuali Sarawak
BULAN NOVEMBER
- 7 Nov : Jumaat : Hari Keputeraan Sultan Perak : Perak
BULAN DISEMBER
- 11 Dec : Khamis : Hari Keputeraan Sultan Selangor : Selangor
- 25 Dec : Khamis : Hari Krismas : Semua Negeri
Cuti Sekolah 2025 Negeri Kumpulan A Dan B
Kalendar Akademik bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi sesi 2025/2026 akan bermula pada 16 Februari 2025 hingga 18 Disember 2025 bagi sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 17 Februari 2025 hingga 19 Disember 2025 untuk Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan rasmi memaklumkan bahawa ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 yang dijadualkan bermula pada 16 Februari 2025 bagi Kumpulan A dan 17 Februari 2024 bagi Kumpulan B supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 diawalkan pada bulan Februari 2025 serta memastikan KPM mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.
1. Kumpulan A – Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
- Penggal pertama persekolahan : 16 Februari 2025 sehingga 28 Mei 2025
- Penggal kedua persekolahan : 10 Jun 2025 sehingga 11 September 2025
- Penggal ketiga persekolahan : 21 September 2025 sehingga 18 Disember 2025
Tarikh Cuti Persekolahan
- Cuti penggal satu (1) : 29 Mei 2025 sehingga 9 Jun 2025
- Cuti penggal dua (2) : 12 September 2025 hingga 20 September 2025
- Cuti akhir persekolahan : 19 Disember 2025 hingga 10 Januari 2026
Info lanjut sila rujuk Kalendar Takwim Persekolahan untuk sekolah Kumpulan A di bawah:-
2. Kumpulan B – Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan
- Penggal pertama persekolahan : 17 Februari 2025 sehingga 28 Mei 2025
- Penggal kedua persekolahan : 10 Jun 2025 sehingga 12 September 2025
- Penggal ketiga persekolahan : 22 September 2025 sehingga 19 Disember 2025
Tarikh Cuti Persekolahan
- Cuti penggal satu (1) : 29 Mei 2025 sehingga 9 Jun 2025
- Cuti penggal dua (2) : 13 September 2025 hingga 21 September 2025
- Cuti akhir persekolahan : 120 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026
Bagi maklumat yang lebih jelas, sila rujuk kalendar takwim persekolahan untuk kumpulan B di bawah :-
Cuti Perayaan KPM 2025 (Cuti Umum 2025)
Berikut adalah jadual cuti perayaan bagi tahun 2025 yang diperuntukkan oleh KPM. Jadual di bawah memaparkan jenis cuti perayaan, tarikh bagi kumpulan A dan B serta negeri yang bercuti.
Muat turun rumusan Takwim Persekolahan dan Cuti Perayaan KPM 2025 di laman web Portal Rasmi KPM
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut buat rakyat malaysia tarikh cuti sekolah hari kelepasan am persekutuan serta negeri tahun 2025 dan sebagainya, sila hubungi perincian di bawah:
Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan
Perhubungan Antara Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
62502 PUTRAJAYA.
Semoga perkongsian Kalendar 2025 senarai Cuti Umum Malaysia Public Holidays dan cuti sekolah serta cuti perayaan boleh dijadikan panduan dalam merancang sebarang aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan samada bercuti, mengadakan majlis seperti kenduri, majlis perkahwinan dan sebagainya. Selamat merancang percutian di sepanjang tahun 2025 dengan panduan kalendar cuti umum dan cuti sekolah yang disediakan ini.