Berita baik buat penduduk atau rakyat negeri Perak Darul Ridzuan, Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan bantuan khusus untuk warga Perak yang dikenali sebagai Program Bantuan Perak Sejahtera. Inisiatif yang sebelum ini dikenali sebagai Perak Prihatin merupakan kali kedua yang dilaksanakan diterajui oleh pimpinan baru Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan keadilan sosial ditegakkan dalam setiap golongan masyarakat. Justeru, berikut dikongsikan cara untuk mengaktifkan Kad Perak Sejahtera dan manfaat yang boleh didapati daripada bantuan.
Program ini merupakan inisiatif yang disasarkan terhadap golongan keluarga berpendapatan rendah, miskin serta miskin tegar. Ianya adalah skim bantuan bagi pembelian barangan asas dan perkhidmatan rawatan perubatan tahunan dengan peruntukkan sebanyak RM25.2 juta bagi tahun 2022 yang dijangka memberi manfaat kepada 20,000 orang penerima.
Senarai Isi Kandungan
Program Bantuan Kad Perak Sejahtera
Kerajaan Negeri Perak menyedari penerima yang layak di Perak adalah jauh lebih ramai, walau bagaimanapun disebabkan kemampuan yang terhad, kerajaan negeri mampu membantu seramai 20,000 penerima sahaja bagi tahun 2023. Skim ini juga merupakan langkah jangka masa pendek bagi meringankan beban golongan sasar. Matlamat jangka masa panjang adalah untuk membantu golongan sasar keluar dari garis kemiskinan dan miskin tegar dengan meningkatkan pendapatan mereka.
Bantuan ini disampaikan kepada 20,000 penerima menerusi pemberian Kad secara fizikal yang dikenali sebagai Kad Perak Sejahtera. Kad tersebut akan diagihkan oleh kerajaan kepada yang layak menerima sahaja bagi tahun ini dan seterusnya perlu diaktifkan sendiri oleh pengguna sebelum digunakan.
Cara Aktifkan Kad Perak Sejahtera
Setiap Kad yang baru sahaja diterima oleh penerima yang layak masih belum diaktifkan lagi. Sebelum menggunakan manfaat daripada kad ini, pengguna mestilah mengaktifkan kad tersebut terlebih dahulu menerusi salah satu daripada tiga cara di bawah:
1. Secara Atas Talian (Online)
i) Kunjungi Laman Web Rasmi
ii) Pilih dan klik ‘Pengaktifan Kad’
iii) Atau layari portal : Kiplepay
2. Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
i) Taipkan : WBC<jarak>PACT<jarak>NO. KAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)
ii) Hantarkan ke : 33555
3. Pusat Panggilan (Call Centre)
i) Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERAK PRIHATIN: 1 800 22 6600
ii) Ataupun Emel kepada : admin@selcare.my
Fungsi Melalui SMS
Berikut adalah beberapa fungsi perkhidmatan melalui SMS yang boleh dilakukan bagi Kad ini
1. Penukaran Pin
Taipkan: WBC<jarak>PPIN<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YG TERAKHIR)<jarak>PIN-LAMA<jarak>PIN-BARU
Hantarkan ke 33555
2. Reset Pin
Taipkan: WBC<jarak>PRPIN<jarak>NO-CVV<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YANG TERAKHIR)<jarak>PIN-BARU
Hantarkan ke no 33555
3. Semakan Baki
Taipkan: WBC<jarak>PBAL<jarak>NO. MYKAD (LAST 6 DIGIT)<jarak>PIN
Hantarkan ke 33555
Manfaat Bantuan
Seperti yang dinyatakan, terdapat dua jenis bantuan yang boleh dimanfaatkan daripada Kad ini. Berikut adalah manfaat tersebut dan proses untuk menggunakannya.
MANFAAT 1 : RAWATAN KESIHATAN
Bagi bantuan rawatan kesihatan, penerima akan mendapat sebanyak RM300 had pembiayaan selama setahun dengan had gunaan setiap kali rawatan adalah sebanyak RM50. Selain itu, tiada had jenis rawatan / perubatan bagi kesihatan asas. Walau bagaimanapun, hanya penerima utama yang layak akan diberikan Kad. Berikut adalah proses atau cara untuk menggunakan manfaat ini:
1. Serahkan Kad dan MyKad di Klinik Panel (senarai seperti pautan di bawah)
2. Pengesahan had kelayakan dan baki gunaan akan dilakukan.
3. Sekiranya perlu, Klinik Panel akan menghubungi pihak Perak Sejahtera bagi pengesahan.
4. Penerima bantuan menandatangani borang kehadiran dan PDPA.
5. Pengguna mendapatkan rawatan dan perubatan.
6. Klinik Panel merekodkan rawatan perubatan dan membuat tuntutan secara atas talian.
7. Semakan pengesahan dan bayaran kepada klinik panel.
MANFAAT 2 : PEMBELIAN BARANGAN ASAS
Untuk makluman penggunaan bagi manfaat makanan telah dinaikkan daripada RM80.00 sebulan kepada RM90.00 bermula pada Januari 2023. Sukacita dimaklumkan bahawa pada bulan Februari 2023 penerima bantuan Kad Perak Sejahtera akan menerima wang yang akan dimasukkan kedalam kad sebanyak RM100.00 sahaja, ini kerana jumlah baki RM10.00 yang tidak dimasukkan kedalam kad pada Januari 2023. Namun demikian, pada bulan Mac 2023 penerima bantuan Kad Perak Sejahtera akan menerima wang yang akan dimasukkan ke dalam kad seperti biasa iaitu RM90.00 sahaja.
Untuk bantuan makanan atau pembelian barangan asas, hanya satu kad akan diberikan kepada setiap keluarga yang layak menerima. Had pembelian barangan keperluan asas terhad kepada RM90 sebulan. Baki nilai bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan serta nilai RM90 akan ditambah secara automatik kepada kad. Urusniaga pembelian akan dilakukan secara tanpa tunai (cashless). Kad ini boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar. Berikut juga adalah cara untuk menggunakan kad bagi bantuan makanan.
1. Penerima pergi ke kedai / pasaraya yang berdaftar seperti dalam pautan di bawah.
Senarai Kedai / Pasaraya Berdaftar
2. Penerima memilih barangan keperluan asas yang tersenarai seperti pautan di bawah:
3. Penerima membuat semakan baki kad sebelum membuat pembayaran.
4. Penerima menyerahkan kad kepada juruwang di kaunter pembayaran.
5. Juruwang akan merekodkan barangan yang dipilih secara automatik menggunakan sistem POS (Point of Sale).
6. Hanya barangan yang tersenarai akan diluluskan untuk pembelian yang akan ditapi melalui sistem POS.
7. Juruwang akan memasukkan kad ke dalam terminal pembayaran
8. Peserta perlu menekan nombor PIN di terminal pembayaran sebelum proses pembelian selesai
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan ingin mendapatkan lebih maklumat termasuk mengenai cara aktikan Kad, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:
i) Telefon: 1 800 22 6600
ii) Emel: info@perakprihatin.com
iii) Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak)
05 526 9829
wanitaperak2021@gmail.com
Diucapkan selamat maju jaya buat mereka yang bakal mendapat bantuan kerajaan negeri Perak ini. Semoga perkongsian yang diberikan ini termasuk cara aktifkan kad dapat memudahkan para penerima menggunakan manfaat yang diberikan dalam Kad ini.
Related : perak prihatin merupakan sebuah program kebajikan yang dikhususkan bagi golongan yang kurang berkemampuan golongan b40, pemegang kad perak prihatin, membeli barangan asas, sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan, https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp, rm75.00 untuk setiap kali rawatan, diberi kepada penjagaan kesihatan dan masyarakat negeri perak wanita perak, secara online, bantuan kewangan daripada perak, pemegang kad perak prihatin merupakan sebuah program kebajikan yang dikhususkan bagi golongan yang kurang berkemampuan golongan b40, sara hidup melalui bantuan kewangan,