Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Pulau Pinang Tahun 2024/ 1445H. Hendak tahu waktu berbuka puasa dan sahur di Pulau Pinang? Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Pulau Pinang termasuk Waktu Imsak tahun 2024 bersamaan dengan tahun 1445 Hijrah buat panduan warga Penang. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Selasa, 12 Mac 2024 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1445H.
Jadual berbuka puasa/ Imsak Penang yang disertakan ini memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi waktu berbuka dan imsak Negeri Pulau Pinang dan seluruh kawasan/ zon yang sewaktu dengannya. Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
Senarai Isi Kandungan
Jadual Waktu Berbuka Puasa Pulau Pinang Dan Imsak Tahun 2024/ 1445H
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Umat Islam adalah wajib untuk mengerjakan puasa dan untuk kemudahan bersama, berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Pulau Pinang dan Imsak 1445H melibatkan seluruh Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2024 seperti berikut :-
Seluruh Negeri Pulau Pinang
NOTA : Bagi kawasan Bukit Bendera : Kurangkan 3 minit pada waktu Syuruk dan ditambahkan 3 minit pada Waktu Maghrib
Muat Turun Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak (Pulau Pinang)
* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Semoga perkongsian jadual boleh dijadikan panduan buat umat Islam yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak pada bulan puasa Ramadhan di Penang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa
Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-
i) Bersahur dan mengakhirkan sahur
Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-
- “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-
- “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya
- “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air
ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari
Sabda Rasulullah SAW maksudnya
- Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah
iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan
Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan
iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,
v) Tadarus al-Quran
Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan
Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan buat Warga Penang. Semoga jadual yang dikongsikan bermanfaat buat semua. Semoga kita dapat mengerjakan puasa Ramadhan kali ini dengan jayanya.
Related : ramadhan 1443 hijrah, untuk berbuka puasa puasa, di bulan, lampiran jadual waktu, waktu yang tepat, bulan ramadhan tahun, kerjasama jabatan kemajuan islam malaysia jakim, jadual waktu berbuka puasa dan imsak pulau pinang, puasa dan imsak 2023, tahun 1444h, tahun 2023 masihi bersamaan 1444 hijrah, negeri pulau pinang penang,