Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2024 Dan Imsak, Lampiran takwim waktu buka puasa imsak dan sahur n9 1445H seremban nilai pd.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2024 Dan Imsak

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan Tahun 2024/ 1445H. Bulan Ramadhan yang mulia bakal menemui kita sekali lagi. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1445H bersamaan dengan hari Selasa, 12 Mac 2024. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan beserta dengan Waktu Imsak (Sahur) tahun 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah buat panduan warga Negeri Sembilan.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Jadual berbuka puasa/ Imsak Negeri Sembilan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi waktu berbuka dan imsak seluruh kawasan di Negeri Sembilan yang berjiran dengan Melaka, Selangor dan Pahang.

jadual waktu berbuka puasa negeri sembilan 2023 dan imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan Dan Imsak Tahun 2024/ 1445H

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga.

Berikut dikongsikan perincian masa berbuka puasa Negeri Sembilan dan Imsak 1445H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Sembilan untuk tahun 2024 seperti berikut :-

Zon 1 

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Negeri-Sembilan-Zon-1
NOTA : Muat Turun : Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2024 (Negeri Sembilan)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Negeri Sembilan untuk Zon 2:-

Zon 3

Di bawah adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Negeri Sembilan untuk Zon 3:-

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan buat umat Islam. Semoga perkongsian Jadual boleh dijadikan panduan buat umat Islam yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak pada bulan puasa Ramadhan di Negeri Sembilan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *